Wednesday, July 31, 2013

CHETZ YUSOF UCAP SELAMAT HARI RAYA DENGAN ANJINGNYA...SADIS!

Susulan dari kisah pasangan Alvin dan Vivian, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kisah Ucapan Selamat Hari Raya oleh seorang perempuan dengan 2 ekor anjingnya.

Kemarahan rakyat belum pun reda, sudah dicucuh pula dengan kisah di bawah ini.




Dari kaca mata kecil saya, video rakaman oleh Chetz Yusof ini lebih tidak menghormati sensitiviti umatnya sendiri. Seorang muslim yang mempunyai identiti berbeza dari jantinya sendiri, memuat naik ucapan Hari Raya yang disusuli dengan gambar orang bersiap sedia ke masjid untuk mengalunkan takbir raya.

Kebiadapan ini lebih tidak dapat diterima akal apabila dia menghidangkan kuih raya kepada binatang kesayangnya seolah-olah ingin menunjukkan bahawa bukan manusia sahaja yang menyambut Aidil Fitri sebaliknya binatang juga ingin meraikannya.

En/Puan Chetsz, ingin sekali saya bertanya, binatang apakah yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w? Tidak salah membela atau memelihara anjing, tetapi apakah hukumnya bergaul dengan binatang itu dari pandangan Islam?

Bukankah Allah swt sudah berfirman, sebaik-baik umat di muka bumi ini adalah manusia. Tindakan saudara/saudari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dengan menampilkan binatang kesayangan saudara/saudari ini amatlah kurang sopan.

Usah biarkan bangsa lain melihat bangsa kita sendiri tidak menghormati agamanya. Kalau Alvin dan Vivian itu jahil kerana bukan Islam, saudara/saudari ini siapa?

Belajarlah dari kesilapan, lebihkanlah mengenali Islam dan tidak salah mengambil berat terhadap binatang cuma berbataslah dalam mengangkat martabat binatang tersebut.

Pesanan kecilku: Kenali diri dan agungkan ciptaan tuhan terhadap dirimu terlebih dahulu sebelum merasa agung dengan ciptaaannya terhadap binatang.

Maaf kalau keterlaluan....

JOM KITA CUBA : RANCANG JANTINA BAYI...MANA TAU BOLEH DAPAT KEMBAR



Wow!

Saya fikir ini informasi yang amat menarik untuk dikongsikan bersama!

Mesti ramai pasangan di luar sana adakalanya merancang jenis jantina untuk cahaya matanya

Wah...ramai hari ini suka merancang sesuatu luar kotak minda.

Tapi menurut kajian, ia boleh diusahakan. So, tak mustahillah nak dapatkan baby boy or girl kan? Atau ada yang nak dapatkan kembar pun boleh.

Jom kita baca artikel di bawah ini yang di karang oleh Pak Bidan famos Malaysia, one of my favy doktor, Dr. Hamd Arshat

Merancang jantina bayi


Kita merancang Allah menentukan. Semuanya bolih dirancang termasuk jantina bayi. Kesluruhan kadar kejayaan 70%. Tiga bulan sebelum mencuba buat segala persiapan, untuk kesan waktu subur/ovulation. dan panduan jenis pemakanan dimulakan awal2 lagi.

  Mencatit suhu 'Basal Body Temperature'.


Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, Lihat carta BBT diatas sebagai panduandan cara2untuk mencatit suhu badan setiap pagi.
Selepas habis haid bolih bersetubuh berhenti pada hari ke10 dan bila catitan BBT menurun menunjukkan berlakunya 'ovulation' , biasanya hari ke14 - 15, mulakan hubungan dengan suami.

Satu cara lain untuk kesan hari penetasan telor ialah dengan membuat ujian air kencing pertama pagi dengan alat ujian 'Ovulation Test Kit' yang bolih di beli difarmasi. Mulakan ujian pada hari ke10 dikira dari hari pertama mula datang haid.
Bagi mereka yang pusingan haid teratur iaitu 28 - 30 hari jauhkan persetubuhan mulai hari ke10 . Bila ujian kencing positif mula bersama keesokkan hari berturut2 selama 3 hari dan selepas itu selang hari sampai hari ke20.


3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2.Persetubuhan dilakukan lepas habis haid , selang sehari , sehingga hari penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation, yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila lihat carta BBT diatas untuk kesan hari ovulation,

3.Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.

Bolehkah merancang anak kembar


Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wanita hamil.


Tuesday, July 30, 2013

Kisah ALVIN dan VIVIAN...Komen saya!!!


Maafkan saya terlebih dahulu. Tidak sekali-kali entri ini untuk menyebelahi mana-mana pihak apatah lagi bersetuju dengan tindakan kurang bijak yang di ambil mereka ini.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk meneliti kisah ini dan rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai pasangan Vivian dan Alvin yang kecoh dengan video Bak Kut Teh nya ketika 1 Ramadhan lalu. Saya juga reserve comments on the other issue yang mana melibatkan video seks mereka secara terang-terangan.

Pada mulanya saya seperti kalian, sedikit berang, apatah lagi bila kebiadapan tidak menghormati sensitiviti perkauman telah menimbulkan ketidak senangan pelbagai pihak. Hanya kerana mengucapkan selamat berbuka puasa dengan menikmati Bak Kut Teh, sikap biadap beliau ditujah dihenyak oleh setiap lapisan masyarakat.

Walaupun mereka ini telah memuat naik permohonan maaf melalui lama youtube, kemarahan rakyat jelata tidak dapat dibendung lagi dan kerana itu, akaun facebook, twitter dan blog ALVIVI ini telah di padam oleh pihak management fb & twitter.
Saya ada berbual dengan beberapa rakan berbangsa Cina dan mereka juga tidak berpuas hati dengan ketidak sopanan ALVIVI terhadap berjenaka tentang berbuka puasa. Namun............... adakah masyarakat terutamanya Islam menepis hinaan ini dengan cara yang benar?

Tertanya-tanya, kalau kebiadapan mereka ini tidak dapat diterima akal, bagaimana pula kebiadapan dan kekesatan kata-kata kita umat Muhammad s.a.w. Tempikan berbaur ugutan, ancaman, makian terus menerus ditujah kepada ALVIVI sehingga pihak SKMM memanggil kedua-dua pasangan ini seterusnya menghantar ke pihak Polis seperti mereka telah melakukan jenayah maha hebat.

Tahanan ini pula pada mulanya tidak dapat diikat jamin dan dari 1 tuduhan beranjak menjadi 3 tuduhan. Api kemarahan saya terhadap ALVIVI tiba-tiba bertukar meluat pula dengan tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

Saya melihat laman web lucah mereka, nah......ia memang memberikan kekecohan di Singapura dan Malaysia memandangkan Alvin merupakan penuntut universiti yang diiktiraf no-25 terbaik dunia, NUS.

Saya bersetuju dengan amaran dan juga dendaan yang dikenakan oleh mereka, mungkin mereka akan sedar dengan cara sedemikian namun apabila berita mewar-warkan ikat jamin beliau berdua sebanyak RM60,000 (seorang RM30,000), sekali lagi saya rasa undang-undang seperti kartun!

Ramai pula masyarakat di luar sana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, sehingga ada yang berkata mereka ini deserve to death! Wow!!!! Syabas kaumku dengan kata-kata kalian, sesungguhnya kalian itulah pejuang tegar ya!!! Tertawa kecil melihat gelagat masyarakat bijak pandai hari ini.

Soalan saya:

A) Adakah Alvin menyebut nama ALLAH? dan memperlekeh-lekehkan ALLAH?

B) Adakah nama Nabi Muhammad s.a.w junjungan mulia itu juga disebut-sebut dalam iklan berbuka puasa beliau?

C) Aspek apakah ianya boleh dikira sebagai jenayah besar sehingga hak-hak kemanusiaan ditolak tepi dan mereka tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar?

D) Berapa ramai di kalangan masyarakat di luar sana memakan Daging Lembu di hadapan kaum India??? Tidakkah ini juga seperti menghina mereka?


Bangsaku, usahlah kalian terlalu pantas memacu jihad, sedang perkara lebih serius diambil perhatian adalah RASUAH dalam kalangan pimpinan sendiri, SYIAH yang mula mengganas di timur tengah dan ahli-ahlinya dabik dada di Bumi Malaysia.

Sekiranya kalian ingin sekali memperjuangkan Islam dan mengangkat martabatnya, ikutlah ajaran Nabi kita seperti mana dia berhadapan dengan 1001 dugaan membawa Islam mulia di mata umat kafir, antaranya:

a) Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepadaArab Badwi tersebut.

b) Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

c) Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

d) Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, "Wahai Rasulullah berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”


Renungkanlah sejenak.....

Apakah kita ini benar-benar berjuang ke jalan yang dipimpin Rasullullah s.a.w?

MALAYSIAKU AMAN DAN SELAMAT!

Saya tak dapat bayangkan yang sekarang ni saya duduk di negara yang katanya aman tapi hakikatnya terancam dengan kadar jenayah yang tinggi. Sumber dari Malaysia Today ini boleh dijadikan rujukan >> 10 dangerous cities in the world! <<

Perasan atau tidak, di Malaysia ini ada trend. Kalau musim orang buang anak, merata-rata kita dapati orang buang anak baik dalam laporan media massa utama ataupun blog-blog kecil para penulis. Kalau musim meragut, hari--hari kes ragut kita baca, belum lagi kalau kes rogol berleluasa, sana sini semua dok pakat update orang tu kena rogol, orang ni kena rogol dan siap pakej pun pun ada, ragut, rogol & bunuh.....haish sangat kejam.

Antara isu yang langsung saya tak boleh fikir dalam benak, isu penderaan seksual/fizikal dan mental terhadap anak-anak terutamanya bayi. Sakit gila hati ni.

Sejak beberapa hari yang lalu, kita dikejarkan pula dengan kisah TEMBAK MENAMBAK, dan saya sangat-sangat bimbang isu ini. Bermula dengan kes MyWatch chairman R. Sri Sanjeevan dan seterusnya tembakan mati Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dan beberapa kes lain. Semua ini dilaporkan dari hari ke sehari.

Tak takut ke???? Keselamatan negara kian terancam. Ini semua salah siapa??? Salah Anwar Ibrahim la! Hehehehehehe. Teringat jenaka DSAI tempoh hari, katanya setiap yang terjadi hari ini di bumi Malaysia, semuanya salah dia termasuklah kekalahan bola sepak antarabangsa. Ayo yo yo! Dah tak ada modal la tu.

Mari kita kupas sedikit isu ini. 

Kes 1 - Tembakan bermotifkan dendam (khabarnya) terhadap R Sri. Sanjeevan. Siapa SANJEEVAN? Seorang anak muda yang mengepalai kumpulan MyWatch dan mengapa dia di buru untuk dibunuh? Sumber mengatakan, beliau mempunyai beberapa isu berkait rapat dengan pihak polis dalam beberapa kes sindiket dan jenayah yakni sangat menyimpang dari akauntabiliti institusi kepolisan. 

OH TIDAK!!! Adakah kes ini melibatkan pegawai atasan PDRM? Sumber turut mengatakan, sebelum beliau ditembak, dia juga turut menerima ugutan berbaur bunuh yang mana sejurus selepas itu beliau dilaporkan di tembak. Ketika saya menulis artikel ini, beliau masih lagi tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal yang ditempatkan di Hospital Serdang. Pembedahan mengeluarkan peluru pada rusuk kirinya masih belum boleh dilakukan, kerana bimbang tentang kestabilan kesihatan beliau. Kita tunggu sahajalah apa kesudahan kes ini. Adakah pihak polis akan mengambil langkah menyiasat secara telus atau sekadar mengaburi mata masyarakat untuk menutup pekung anak-anak buahnya. Kita nantikan!



Kes 2 - Pembunuhan terhadap pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak di perkarangan tempat parkir kereta di Lorong Ceylon bersama-sama isteri. Beliau yang baru sahaja keluar dari Temple yang berdekatan berjumpa seseorang yang dipercayai membincangkan urusan perniagaannya. Beliau mati di tempat kejadian dan isterinya masih dalam rawatan kesan dari tembakan tersebut. Isunya di sini, saya dah seperti tinggal di New York City pula, di mana sungguh ramai manusia mempunyai senjata api. Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis melaporkan ianya turut berunsurkan dendam. 










Kes 3 - Kes ini biasa sahaja, tidak melibatkan mana-mana VIP mahupun ahli politik, tetapi kes ini sangat mudah terjadi hari ini.




Ada beberapa kes lain yang boleh kalian google dan lihat sendiri! Entah apalah nasib anak-anak bangsaku di bumi Malaysia ini kelak.

Salah siapa??? 

Wallahualam.....

Friday, July 26, 2013

Wearing Hijabs helps body confidence.

Apa sahaja yang disyariatkan oleh Allah sw.t, pasti ada hikmahnya maka dengan itu usahlah pertikaikan apa dan mengapa yang dituntut olehNYA.

Ramai hari ini lebih suka bersikap pandai 'sangat' nak komen bab berhijab. Setengah golongan pula mempermainkan hijab seperti satu fesyen yang tak mengikut ajaran.

Meh kita baca artikel dari The British Psychology Society on

British Muslim women who wear the hijab feel generally better about their body image than those who don’t wear the hijab suggests research published in the British Journal of Psychology today.

The research, conducted by Dr Viren Swami from the University of Westminster and colleagues looked at body image issues amongst British Muslim women.
Dr Swami explained: “In the West anxiety about body image, for women, is so prevalent it’s considered normal. This study aimed to explore how these attitudes differ within a British Muslim community.”

A total of 587 Muslim women aged from 18 to 70 years from London participated in a number of tests. From this group 218 women stated they never used the hijab and 369 women said they used some form of the hijab at least now and then.

Participants undertook a number of questionnaires that asked them to rate their own feelings of body dissatisfaction, how much pressure the media put on them to be attractive and how religious they were. They were also asked to match their own figure to a set of female silhouette images that ranged from emaciated to obese.

The results showed that women who wore the hijab generally had a more positive body image, were less influenced by the media’s beauty ideals and placed less importance on appearance. 

Dr Swami said: “Although the results showed only a small difference between those who wear or don’t wear the hijab it does suggest the hijab offers Muslim women a small protective effect in terms of feeling positive about their body image. It appears that those who choose to wear it are better able to distance themselves from the Western thin ideal. 

“These results may have useful implications for intervention programmes aimed at promoting healthier body image among Muslim women in the West. For example, by identifying those aspects of hijab use that are associated with more positive body appreciation in future studies, it might be possible to isolate factors that can be targeted in intervention programmes.”

The journal, entitled “Is the Hijab Protective? An Investigation of Body Image and Related Constructs Among British Muslim Women"




Friday, July 12, 2013

Masjid dan Kaum Hawa....Peranan Ibu dan Isteri?

Seronoknya bila dapat ke Masjid menunaikan Tarawikh. Peluang yang datang hanya 29 hari di bulan Ramadhan setiap tahun ini pasti dinantikan oleh semua umat terutama untuk berlumba-lumba mencari pahala.

Masjid dan kaum lelaki amat sinonim. Tak hairanlah ramai kaum Adam yang lebih prihatin soal bersolat jamaah di Masjid berbanding kaum Hawa.

Pelbagai dalil akan dikeluarkan bila kita bercakap tentang kaum Hawa perlu di rumah dan kaum Adam lebih afdhal ke Masjid. My personal opinion, kalau suami ke masjid perlu jugalah isteri dan anak-anak turut serta? Kalau tidak solat tidak berjamaah la isteri dan anak-anaknya.

Ramai juga kaum Hawa tak 'prefer' nak solat kat Masjid, baik ibadat di rumah sahaja. Apa tidaknya, kalau setelah makan yang ke dapur hanya kaum Hawa, sebelum makan yang ke dapur juga kaum Hawa, memastikan rumah bersih juga kaum Hawa....maka longlailah tenaga yang ada.

Sebaliknya kalau bersama-sama membuat segala kerja rumah tanpa mengira 'gender', ia memberikan sedikit ruang buat wanita punyai masa untuk mempersiapkan diri untuk Allah dan juga suami tersayang.

Bayangkan kalau isteri perlu memasak juadah, menghidang makanan, ketika makan pula sibuk dengan meyuapkan anak dan memerhatikan apa yang anak-anak makan, setelah selesai makan mengemas pula meja dan mencuci pinggan serta perlatan masak, aduhai....letih tak terkata.

Belum lagi ada anak kecil (baby) yang minta di susukan, anak yang sedang membesar makan sambil bermain dan akhirnya rumah bersepah dengan mainan dan makanan, ada pula ekstra abstrak pada dinding, kerusi dan perabot yang perlu dilap kesan dari tangan yang kotor.

Bagaimana keadaan ini dapat membuatkan ibu-ibu makan dengan tenang / 40 kali kunyahan seperti yang disunatkan. Pasti TIDAK!!!! Ayah hanya tahu makan dan telan, menjegil perbuatan si anak, melenting dan setelah perut sendat, bersiap-siap ke Masjid tanpa bertanyakan perihal si isteri yang lelah dengan segala kerenah.

Ketika isteri baru duduk di sofa mengaduh lelah, suami pula langsung dengan soalan 'Nak ikut saya ke Masjid ke? Siaplah cepat", sedang dalam benak si isteri sudah tersenarai beberapa perkara untuk ke masjid pula.

Antaranya, anak dah siap? Pampers dah tukar? Susu nak kena buat atau nak bawa. Telekung dan sejadah juga perlu di bawa. Suami di muka pintu menanti dengan tangan menyeluk ke dalam saku jubah, melaung lagi "U, dah ke belum? Lambat nanti", terus mematahkan semangat isteri untuk ke Masjid.

Apa tidaknya, semua perlu 'rushing' sampai ada juga yang tiba-tiba terfikir, eh aku ni dah makan ke belum? Kenapa rasa macam belum??? Pernah tak kalian wahai isteri-isteri budiman melalui keadaan ini?

Akhirnya????? "Tak apalah bang, you pergi sahaja, I nak gosok baju, lipat baju, lap apa yang patut, kalau tak bersemut nanti.", lantas suami pun berlalu dengan hanya berkata "Ok, I pergi dulu ya".

Tanpa ada sedikit pun perasaan yang terlintas di hati dan si isteri korbankan malam itu dengan hanya Isyak di rumah sambil melayan anak-anak sahaja.

Sekiranya isteri turut serta ke Masjid...........

Keadaan yang sama akan berlaku, suami lebih afdhal meninggalkan si anak dengan ibu atas alasan, anak nak susu, nanti ganggu jemaah, anak menangis mencari ibu.

Si isteri pun dengan telekung yang labuh, mengendong bag bekalan susu dan anak-anak yang sudah jumpa ruang bersuka ria. Apalah yang mereka tahu tentang disiplin ketika usia 5 tahun? Pasti ruang luas di lantai masjid itu seolah memanggil untuk melakukan pelbagai aksi dan akhirnya mengundang teriakan dan hilaian mereka.

Mata si ibu pula pasti tak lepas memandang anaknya yang berusia 6 bulan - 4 tahun. Bimbang kalau jatuh tangga / jatuh longkang / mengutip makanan bertaburan atau hilang entah ke mana. Bagaimana mungkin pengertian "KHUSYUK" itu dapat dikecapi?

Kerna itu, senarionya....kaum hawa yang berpusu-pusu ke masjid adalah mereka yang sudah tidak ada lagi komitmen anak kecil, sudah berusia, sudah pencen dan yang ada pembantu rumah.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan masih bersekolah, hentikan sahaja niat itu kalau tidak mahu makan hati. Betul tak?

Walhal, bukankah bertarawikh itu banyak pahalanya walau tidak disabitkan wajib. Sekiranya ramai pihak lebih prihatin, dari yang di dalam rumah hingga ke peringkat komuniti, mungkin perkara ini tidak menjadi permasalahan lagi dan tiada alasan kenapa ibu perlu di rumah, ayah seorang ke masjid mengimarahkannya.

Sekiranya ada ruang untuk jagaan anak-anak dan warga masjid khususnya kaum Adam dapat menerima teriakan anak-anak ketika solat, pasti lebih ramai ahli masjid dan kita dapat berkenal-kenalan mengeratkan ukhwah.
 
Jom kita baca artikel ini. Mungkin dapat memberikan sedikit input buat kita semua dan alangkah indahnya kalau ada seperti ini di Masjid kita.







Wednesday, July 10, 2013

SALAM 1 RAMADHAN : JOM TINGKATKAN GANJARAN PAHALA

Assalammualaikum...

Hari ini seluruh umat Islam sedunia menyambut kedatangan 1 Ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Apa tidaknya, bulan yang sering dinantikan saban tahun untuk mengutip segala kenikmatan yang Allah janjikan.

Ramadhan adalah waktunya kita melatih diri untuk berlapar dan mengerti pengertian anak-anak kita yang sedang bertempur di medan peperangan yang tidak pernah mereka minta dan gambarkan.

Cukup...aku tidak mahu memakruhkan puasaku dengan tangisan mengenangkan anak-anakku di Palestin, Syria, Afghanistan, Mesir dan seantero dunia. Anak-anakku di bumi Malaysia juga masih ramai yang berlapar dan tidak terbela nasibnya.

Apakan daya, aku hanya manusia biasa yang mampu memohon doa sepanjang hayat dan membantu sekadar termampu. 

Baiklah, mari kita perhalusi amalan-amalan sunat yang memberikan ganjaran hebat buat kita sepanjang Ramadhan ini.

1. Mengkhatamkan Al-Qur’an

Bulan Ramadhan adalah bulan kitab agung AL-QURAN. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali diturunkan dari lauhul mahfuz ke langit dunia dam Allah berfirman:

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)(al baqarah: 185)

2. Solat Tarawikh
Rasulullah saw. bersabda: 
“Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Sebuah riwayat mengatakan bahwa Nabi Saw. pernah shalat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang shalat malam beliau bersabda: 
“Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang diantara kalian khawatir masuk waktu subuh hendaklah shalat satu rakaat witir.”

3. Memperbanyakkan doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa ketika berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan keluarga, diri sendiri, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di seluruh dunia.

4. Bersedekah ketika berbuka (ifthar)

Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa bersedekah terutamanya ketika iftar biarpun hanya dengan sebutir kurma dan seteguk air sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun”. (Bukhari Muslim)

5. Bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: 
"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. I’tikaf

I’tikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf disunahkan bagi laki-laki dan perempuan karena Rasulullah saw selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para istrinya juga turtu ber-I’tikaf . 

7. Mengerjakan Umrah
Ramadhan adalah waktu terbaik untuk mengerjakan umrah, karena pahala umrah di bulan Ramadhan sama seperti menunaikan Haji malahan ia seperti menunaikan Haji bersama-sama Rasulullah saw. Beliau bersabda: 
“Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.”

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang emas bagi setiap umat untuk menambah pahalanya di sisi Allah. Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahwa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib itu seperti bernilai 70kali ganda amalan wajib di luar Ramadhan.Setiap peluang berbuat kebaikan biarpun hanya memberikan senyum di wajah insan lain. Sentiasalah memberikan kegirangan di hati umat kerana ia merupakan pahala yang paling mudah dilakukan dan ganjarannya besar.

Semoga kita termasuk orang-orang yang bisa memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan bisa meraih predikat “bebas dari neraka.”



Tuesday, July 09, 2013

Kisah Ery & Amani bercinta seminggu? Dengarnya dah 'clash'.....drama sungguh!




You all mesti tak terlepas pandang kisah cinta budak-budak 'Ery & Awani' yang tiba-tiba hangat di laman sosial kan?

Apa yang menarik sangat? Awani si cantik manis ni dah pergi posting la satu video macam orang dulu-dulu tulis surat cinta tu, berjanji bersumpah bagai...siap ada nyanyi lagi kak non....Sedap juga suara Awani ni, dah la wajahnya manis, cara cakap pun macam ada talent jadi pengacara. Anugerah Tuhan..

Mula-mula aku tonton video tu semalam, memang rasa la macam geli-geleman je sebab apa yang dia cakap dalam video tu memang puitis habis tapi disebabkan terjemahannya dalam bahasa mulut, dah macam drama filem la dan ramai orang kita kat luar sana tu meluat.

Kisah bercinta seminggu ni amat menarik perhatian umum sampaikan ada yang sanggup menyekodeng ex-girlfriends Ery sebelum Awani. Sungguhlah hangpa ni tak dak kerja.


.

Ada pula sanggup buat parodi video Awani tu.  Alahai kesiannya!!!!  Apalah masalah mental orang yang buat parodi + sibuk jaga tepi kain orang. Rasa hebat kot bila tengok orang lain ditertawakan. Ya ya aku tak sokong apa yang depa buat, tapi aku rasa lebih jelek melihat kita ni yang dah dewasa (katanya) pun sama-sama menyumbang ke arah kebudak-budakkan.

Tell me, korang dulu waktu sekolah tak bercinta ka? Cuma waktu tu tak ada you tube, facebook, myspace, friendster, instagram,twitter and so on.....handphone pun tak ada tapi korang mesti selalu bergayut kat fon rumah atau public fon yang masukkan duit syiling tu kan? Ala...jangan tipu kalau u'oll tak pernah tulis dan simpan berhelai-helai surat cinta. 

Cuba waktu tu semua orang baca surat cinta hangpa? Tercuri baca ke atau dapat kat celah-celah buku teks pinjaman SPBT. Mesti korang malu juga kan? Korang pernah lalui zaman tak? pergi tution form 3 & form 5 dan balik dari tution tu, tunggu boyfriend korang kat bus stop tak pun kat mana-mana kedai makan? Pastu sembang la kejap sementara bas awam/mak ayah korang sampai? Kalau korang tak lalui benda ni, memanglah korang ni suci habis. 

Ok, tadi aku dah kata bukannya aku nak sokong apa diorang buat, cuma tak payahlah sampai nak jadi busybody sangat pergi share, tag, tulis kat blog, buat parodi dan ada hashtag bagai...Alahai.......korang yang sepatutnya tunjuk tauladan baik dah terus flop.....Ini nak mengabikan bukan nak tunjuk laluan lurus yang sepatutnya adik-adik ni dah tersesat.

Paling tidak pun, korang janganlah sampai memaki hamun Ery dan Awani tu. Apalah yang korang dapat? Sampaikan fb mereka pun u'oll hangatkan!!! Kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang, pak-pak, toksahlah dok kalut!!!!! Kalau salah ditegur bukan mencaci maki pula. Ini masalah etika manusia yang tak dapat diubah.

Aku luangkan sikit waktu dan browse kat facebook siapa sebenarnya Ery dan Awani, so aku boleh katakan apa yang mereka buat sama macam ramai anak-anak muda kat luar sana buat. Yang salahnya, Awani tak berfikir sebelum berkata-kata tapi aku tak rasa dia jahil agama. Aku suka dengar dia bercakap, memang ada gaya pembahas dan pemidato terbaik. 

Cut it short, tak payahlah u'oll semua hentam macam-macam kat mereka berdua ni, cukup sekadar beri nasihat yang berpada-pada. Usia mereka sekarang ini adalah di zaman edan dan mereka tidak mampu memandang terlalu jauh di hadapan kerana pendedahan media tv dan media sosial hari ini memberikan contoh yang tidak baik juga pada masyarakat.

Drama bersiri di TV membangkitkan rasa berahi jangan kata pada yang berkahwin, tapi yang sudah mengenali erti kasih dan sayang. So, tak tepat rasanya nak memberikan kesalahan penuh kepada mereka.

Sempena Ramadhan kali ini, baiklah kalian memohon maaf pada empunya badan, takut-takut tak sempat minta maaf pula nanti.

Buat adik Ery dan Awani, jadikan pengalaman hari ini bekalan dan panduan memandu hari esok. Cinta boleh datang dan pergi, tapi mengenali siapa yang perlu ditambatkan kasih sayang dan penghargaan hati, bukanlah dalam masa seminggu berkenal-kenalan. Sebaliknya adik-adik fokus menghabiskan perjalanan liku sekolah dan sekiranya jodoh milik kalian, tidak kemana-manalah arahnya.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"



Thursday, July 04, 2013

UNDANG-UNDANG BARU????? PERATURAN UNDANG-UNDANG BAGI PENIAGA ONLINE BERKUATKUASA 1 JULY 2013....OK JE LAH

Bermula 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.



Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.

Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011.

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.

Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat.
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat.
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian.
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu.
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain.
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat-syarat
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.
 
Kesan Positif Kepada Pengguna Dan Pembeli

Dengan penguat-kuasaan undang-undang dan peraturan baru ini, ia akan memberikan lebih jaminan dan perlindungan kepada pengguna dan pembeli yang melakukan transaksi secara online. Mereka mungkin tidak lagi perlu bimbang mengenai seseorang penjual, dan boleh mengetahui data dan info berkenaan dengan seseorang penjual dengan mudah terus melalui laman jualan.


Panduan Pencukaian Untuk E-Dagang



Setiap perniagaan komersial tertakluk kepada cukai, dan tidak terkecuali adalah transaksi online. Selain pengumuman untuk menguatkuasakan Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, ia kelihatan pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut sama menyediakan sebuah panduan yang memberikan idea berkenaan bagaimanakah dan siapakah yang akan tertakluk untuk cukai dalam perniagaan elektronik. Dengan panduan yang disediakan pihak LHDN ini, ia akan memudahkan para penjual untuk mengetahui apakah yang tertakluk kepada pencukaian dan sebaliknya.

Nilai transaksi online dijangka menjangkau RM5 bilion menjelang 2014





Wednesday, July 03, 2013

Mr 1HotLovers!!!!

Akhirnya...
Berakhirlah sinetron Teduhan Kasih yang dibintangi artis pujaan hati Nini, Mr. 1HotLovers Adi Putra!!!!!!

Ramai yang bertanya, "Kau tak follow ke Marini, kan Adi Putra tu kesayangan hati kau?", aku cuma menggeleng. Macam mana nak follow, Nini balik kerja pun dah jam 6.45 petang, terkejar-kejar pula nak berkampung depan tv. Surely En. Hubby tak gemar sebab tayangannya di tengah-tengah solat Maghrib. Apatah lagi bila balik sahaja rumah, kami wajib makan bersama semeja. So, tak adalah jawabnya nak melekat sejam depan tv semata-mata Teduhan Kasih.

Tapi....jangan terkejut!!! Nini selalunya download la, apalagi!!! Tonton di website pun selalu juga, malah boleh settle dalam masa 2 minggu je,  al-maklumlah tak ada iklan dan part yang tak menarik boleh dipercepatkan. 

Nini masih ingat betapa gigihnya menonton Sehangat Asmara di online, wah....senyum sorang-sorang, rasa macam diri ni Rita Rudaini pun ada. Hahaha!!!! Berangan la nak husband macam Zainal dalam cerita tu. Hakikinya, siapalah yang tak mahukan suami yang baik dan setia macam Nal...wahhhhhhhhhhh Nal katanya!!!

Anyway, ini semua kisah dalam wayang semata. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan janganlah terbawa-bawa watak seseorang dari dalam kaca tv ke realiti. Ramai dari mereka tidak sehebat yang kita gambarkan.

Ziqry pun pandai, bila nampak sahaja Adi Putra di kaca tv terus menjerit...."Mommy favourite mommy tu tu dalam tv", wahhhhhhhh teruja ai u'olls.

Sejujurnya, Nini memang minat dengan lakonan Adi yang berjaya membawakan watak disandangnya. Kalau jahat, memang sejahatnya dan kalau baik...aduh bisa gugur airmata ku ini. Renungannya pun buat luluh! Nini suka lihat kesederhanaan Adi dengan isterinya Kak Aida, mereka kelihatan amat romantis dan dari kacamata Nini, kak Aida adalah seorang perempuan yang bersederhana dan tidak terlalu mengatur perjalanan hidup suaminya. Dia kelihatan tenang dan cantik bila tersenyum.

Bermulalah demam Teduhan Kasih Nini di online lepas ini, pastinya terbayang-bayang watak Adi dalam fantasi dan realiti. Hamboi......

So, meh enjoy dengar suara Mr.1Hot Lovers ni tapi bukanlah dari drama bersiri Teduhan Kasih ek! 













Monday, July 01, 2013

ZIQ MERAYU BAWA KE ZOO

Melewati hujung minggu pastinya penuh dengan aktiviti kekeluargaan
Itu yang aku terapkan dan utamakan sejak dari awal usia perkahwinan
Dengan kehadiran si cilik, sudah tentu dia yang merancang perjalanan kami di hujung minggu
Walau kurasakan hujung minggu itu adalah milik kami yang bekerja untuk berehat
Namun hakikatnya ia adalah hari di mana si anak mahukan sepenuhnya waktu bersama ayahnda dan bonda tercinta

Ziqry bersungguh mengajak kami ke Zoo...
Tak kisahlah Zoo manapun yang penting ada gajah, zirafah dan haiwan-haiwan seangkatan dengannya
Aku lemah sikit ke Zoo Negara kerana seringkali melampiaskan kekecewaan dengan jumlah haiwan, kesihatan haiwan dan kebersihan yang ala kadar semata.
Aku lebih gemar ke Zoo Melaka dan juga A Famosa
Nampak lebih terjaga dan terbela
Tapi apakan daya nak mengharungi perjalanan 2 jam semata-mata untuk ke Zoo
Mematahkan semangat kami

Memandangkan keadaan Ziqry tak mengizinkan
Apatah lagi cuaca juga baru nak sembuh dari jerebu
Kami putuskan untuk tidak ke Zoo
Apa pun, aku akan pastikan sebelum Ramadhan ini, hajat itu aku pasti tunaikan
InsyaALLAH...kami turut berhajat untuk membawanya ke Safari di Singapore dan juga USS pada September nanti.

So Ziqry, sabar sikit ye sayang....
Mummy pasti tunaikan hajatmu cuma waktu seringkali menghambat kita 

Jom ambil feel sebelum bawa Ziqry ke Zoo hujung minggu nanti (insyaALLAH)