Saya tak dapat bayangkan yang sekarang ni saya duduk di negara yang katanya aman tapi hakikatnya terancam dengan kadar jenayah yang tinggi. Sumber dari Malaysia Today ini boleh dijadikan rujukan >> 10 dangerous cities in the world! <<
Perasan atau tidak, di Malaysia ini ada trend. Kalau musim orang buang anak, merata-rata kita dapati orang buang anak baik dalam laporan media massa utama ataupun blog-blog kecil para penulis. Kalau musim meragut, hari--hari kes ragut kita baca, belum lagi kalau kes rogol berleluasa, sana sini semua dok pakat update orang tu kena rogol, orang ni kena rogol dan siap pakej pun pun ada, ragut, rogol & bunuh.....haish sangat kejam.
Antara isu yang langsung saya tak boleh fikir dalam benak, isu penderaan seksual/fizikal dan mental terhadap anak-anak terutamanya bayi. Sakit gila hati ni.
Sejak beberapa hari yang lalu, kita dikejarkan pula dengan kisah TEMBAK MENAMBAK, dan saya sangat-sangat bimbang isu ini. Bermula dengan kes MyWatch chairman R. Sri Sanjeevan dan seterusnya tembakan mati Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dan beberapa kes lain. Semua ini dilaporkan dari hari ke sehari.
Tak takut ke???? Keselamatan negara kian terancam. Ini semua salah siapa??? Salah Anwar Ibrahim la! Hehehehehehe. Teringat jenaka DSAI tempoh hari, katanya setiap yang terjadi hari ini di bumi Malaysia, semuanya salah dia termasuklah kekalahan bola sepak antarabangsa. Ayo yo yo! Dah tak ada modal la tu.
Mari kita kupas sedikit isu ini.
Kes 1 - Tembakan bermotifkan dendam (khabarnya) terhadap R Sri. Sanjeevan. Siapa SANJEEVAN? Seorang anak muda yang mengepalai kumpulan MyWatch dan mengapa dia di buru untuk dibunuh? Sumber mengatakan, beliau mempunyai beberapa isu berkait rapat dengan pihak polis dalam beberapa kes sindiket dan jenayah yakni sangat menyimpang dari akauntabiliti institusi kepolisan.
OH TIDAK!!! Adakah kes ini melibatkan pegawai atasan PDRM? Sumber turut mengatakan, sebelum beliau ditembak, dia juga turut menerima ugutan berbaur bunuh yang mana sejurus selepas itu beliau dilaporkan di tembak. Ketika saya menulis artikel ini, beliau masih lagi tidak sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal yang ditempatkan di Hospital Serdang. Pembedahan mengeluarkan peluru pada rusuk kirinya masih belum boleh dilakukan, kerana bimbang tentang kestabilan kesihatan beliau. Kita tunggu sahajalah apa kesudahan kes ini. Adakah pihak polis akan mengambil langkah menyiasat secara telus atau sekadar mengaburi mata masyarakat untuk menutup pekung anak-anak buahnya. Kita nantikan!
Kes 2 - Pembunuhan terhadap pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi yang ditembak di perkarangan tempat parkir kereta di Lorong Ceylon bersama-sama isteri. Beliau yang baru sahaja keluar dari Temple yang berdekatan berjumpa seseorang yang dipercayai membincangkan urusan perniagaannya. Beliau mati di tempat kejadian dan isterinya masih dalam rawatan kesan dari tembakan tersebut. Isunya di sini, saya dah seperti tinggal di New York City pula, di mana sungguh ramai manusia mempunyai senjata api. Kes ini masih dalam siasatan dan pihak polis melaporkan ianya turut berunsurkan dendam.
Kes 3 - Kes ini biasa sahaja, tidak melibatkan mana-mana VIP mahupun ahli politik, tetapi kes ini sangat mudah terjadi hari ini.
Ada beberapa kes lain yang boleh kalian google dan lihat sendiri! Entah apalah nasib anak-anak bangsaku di bumi Malaysia ini kelak.
Salah siapa???
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment