Tuesday, July 09, 2013

Kisah Ery & Amani bercinta seminggu? Dengarnya dah 'clash'.....drama sungguh!




You all mesti tak terlepas pandang kisah cinta budak-budak 'Ery & Awani' yang tiba-tiba hangat di laman sosial kan?

Apa yang menarik sangat? Awani si cantik manis ni dah pergi posting la satu video macam orang dulu-dulu tulis surat cinta tu, berjanji bersumpah bagai...siap ada nyanyi lagi kak non....Sedap juga suara Awani ni, dah la wajahnya manis, cara cakap pun macam ada talent jadi pengacara. Anugerah Tuhan..

Mula-mula aku tonton video tu semalam, memang rasa la macam geli-geleman je sebab apa yang dia cakap dalam video tu memang puitis habis tapi disebabkan terjemahannya dalam bahasa mulut, dah macam drama filem la dan ramai orang kita kat luar sana tu meluat.

Kisah bercinta seminggu ni amat menarik perhatian umum sampaikan ada yang sanggup menyekodeng ex-girlfriends Ery sebelum Awani. Sungguhlah hangpa ni tak dak kerja.


.

Ada pula sanggup buat parodi video Awani tu.  Alahai kesiannya!!!!  Apalah masalah mental orang yang buat parodi + sibuk jaga tepi kain orang. Rasa hebat kot bila tengok orang lain ditertawakan. Ya ya aku tak sokong apa yang depa buat, tapi aku rasa lebih jelek melihat kita ni yang dah dewasa (katanya) pun sama-sama menyumbang ke arah kebudak-budakkan.

Tell me, korang dulu waktu sekolah tak bercinta ka? Cuma waktu tu tak ada you tube, facebook, myspace, friendster, instagram,twitter and so on.....handphone pun tak ada tapi korang mesti selalu bergayut kat fon rumah atau public fon yang masukkan duit syiling tu kan? Ala...jangan tipu kalau u'oll tak pernah tulis dan simpan berhelai-helai surat cinta. 

Cuba waktu tu semua orang baca surat cinta hangpa? Tercuri baca ke atau dapat kat celah-celah buku teks pinjaman SPBT. Mesti korang malu juga kan? Korang pernah lalui zaman tak? pergi tution form 3 & form 5 dan balik dari tution tu, tunggu boyfriend korang kat bus stop tak pun kat mana-mana kedai makan? Pastu sembang la kejap sementara bas awam/mak ayah korang sampai? Kalau korang tak lalui benda ni, memanglah korang ni suci habis. 

Ok, tadi aku dah kata bukannya aku nak sokong apa diorang buat, cuma tak payahlah sampai nak jadi busybody sangat pergi share, tag, tulis kat blog, buat parodi dan ada hashtag bagai...Alahai.......korang yang sepatutnya tunjuk tauladan baik dah terus flop.....Ini nak mengabikan bukan nak tunjuk laluan lurus yang sepatutnya adik-adik ni dah tersesat.

Paling tidak pun, korang janganlah sampai memaki hamun Ery dan Awani tu. Apalah yang korang dapat? Sampaikan fb mereka pun u'oll hangatkan!!! Kakak-kakak, makcik-makcik, abang-abang, pak-pak, toksahlah dok kalut!!!!! Kalau salah ditegur bukan mencaci maki pula. Ini masalah etika manusia yang tak dapat diubah.

Aku luangkan sikit waktu dan browse kat facebook siapa sebenarnya Ery dan Awani, so aku boleh katakan apa yang mereka buat sama macam ramai anak-anak muda kat luar sana buat. Yang salahnya, Awani tak berfikir sebelum berkata-kata tapi aku tak rasa dia jahil agama. Aku suka dengar dia bercakap, memang ada gaya pembahas dan pemidato terbaik. 

Cut it short, tak payahlah u'oll semua hentam macam-macam kat mereka berdua ni, cukup sekadar beri nasihat yang berpada-pada. Usia mereka sekarang ini adalah di zaman edan dan mereka tidak mampu memandang terlalu jauh di hadapan kerana pendedahan media tv dan media sosial hari ini memberikan contoh yang tidak baik juga pada masyarakat.

Drama bersiri di TV membangkitkan rasa berahi jangan kata pada yang berkahwin, tapi yang sudah mengenali erti kasih dan sayang. So, tak tepat rasanya nak memberikan kesalahan penuh kepada mereka.

Sempena Ramadhan kali ini, baiklah kalian memohon maaf pada empunya badan, takut-takut tak sempat minta maaf pula nanti.

Buat adik Ery dan Awani, jadikan pengalaman hari ini bekalan dan panduan memandu hari esok. Cinta boleh datang dan pergi, tapi mengenali siapa yang perlu ditambatkan kasih sayang dan penghargaan hati, bukanlah dalam masa seminggu berkenal-kenalan. Sebaliknya adik-adik fokus menghabiskan perjalanan liku sekolah dan sekiranya jodoh milik kalian, tidak kemana-manalah arahnya.

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"



No comments: