Wednesday, July 03, 2013

Mr 1HotLovers!!!!

Akhirnya...
Berakhirlah sinetron Teduhan Kasih yang dibintangi artis pujaan hati Nini, Mr. 1HotLovers Adi Putra!!!!!!

Ramai yang bertanya, "Kau tak follow ke Marini, kan Adi Putra tu kesayangan hati kau?", aku cuma menggeleng. Macam mana nak follow, Nini balik kerja pun dah jam 6.45 petang, terkejar-kejar pula nak berkampung depan tv. Surely En. Hubby tak gemar sebab tayangannya di tengah-tengah solat Maghrib. Apatah lagi bila balik sahaja rumah, kami wajib makan bersama semeja. So, tak adalah jawabnya nak melekat sejam depan tv semata-mata Teduhan Kasih.

Tapi....jangan terkejut!!! Nini selalunya download la, apalagi!!! Tonton di website pun selalu juga, malah boleh settle dalam masa 2 minggu je,  al-maklumlah tak ada iklan dan part yang tak menarik boleh dipercepatkan. 

Nini masih ingat betapa gigihnya menonton Sehangat Asmara di online, wah....senyum sorang-sorang, rasa macam diri ni Rita Rudaini pun ada. Hahaha!!!! Berangan la nak husband macam Zainal dalam cerita tu. Hakikinya, siapalah yang tak mahukan suami yang baik dan setia macam Nal...wahhhhhhhhhhh Nal katanya!!!

Anyway, ini semua kisah dalam wayang semata. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan janganlah terbawa-bawa watak seseorang dari dalam kaca tv ke realiti. Ramai dari mereka tidak sehebat yang kita gambarkan.

Ziqry pun pandai, bila nampak sahaja Adi Putra di kaca tv terus menjerit...."Mommy favourite mommy tu tu dalam tv", wahhhhhhhh teruja ai u'olls.

Sejujurnya, Nini memang minat dengan lakonan Adi yang berjaya membawakan watak disandangnya. Kalau jahat, memang sejahatnya dan kalau baik...aduh bisa gugur airmata ku ini. Renungannya pun buat luluh! Nini suka lihat kesederhanaan Adi dengan isterinya Kak Aida, mereka kelihatan amat romantis dan dari kacamata Nini, kak Aida adalah seorang perempuan yang bersederhana dan tidak terlalu mengatur perjalanan hidup suaminya. Dia kelihatan tenang dan cantik bila tersenyum.

Bermulalah demam Teduhan Kasih Nini di online lepas ini, pastinya terbayang-bayang watak Adi dalam fantasi dan realiti. Hamboi......

So, meh enjoy dengar suara Mr.1Hot Lovers ni tapi bukanlah dari drama bersiri Teduhan Kasih ek!