Tuesday, July 30, 2013

Kisah ALVIN dan VIVIAN...Komen saya!!!


Maafkan saya terlebih dahulu. Tidak sekali-kali entri ini untuk menyebelahi mana-mana pihak apatah lagi bersetuju dengan tindakan kurang bijak yang di ambil mereka ini.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk meneliti kisah ini dan rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan mengenai pasangan Vivian dan Alvin yang kecoh dengan video Bak Kut Teh nya ketika 1 Ramadhan lalu. Saya juga reserve comments on the other issue yang mana melibatkan video seks mereka secara terang-terangan.

Pada mulanya saya seperti kalian, sedikit berang, apatah lagi bila kebiadapan tidak menghormati sensitiviti perkauman telah menimbulkan ketidak senangan pelbagai pihak. Hanya kerana mengucapkan selamat berbuka puasa dengan menikmati Bak Kut Teh, sikap biadap beliau ditujah dihenyak oleh setiap lapisan masyarakat.

Walaupun mereka ini telah memuat naik permohonan maaf melalui lama youtube, kemarahan rakyat jelata tidak dapat dibendung lagi dan kerana itu, akaun facebook, twitter dan blog ALVIVI ini telah di padam oleh pihak management fb & twitter.
Saya ada berbual dengan beberapa rakan berbangsa Cina dan mereka juga tidak berpuas hati dengan ketidak sopanan ALVIVI terhadap berjenaka tentang berbuka puasa. Namun............... adakah masyarakat terutamanya Islam menepis hinaan ini dengan cara yang benar?

Tertanya-tanya, kalau kebiadapan mereka ini tidak dapat diterima akal, bagaimana pula kebiadapan dan kekesatan kata-kata kita umat Muhammad s.a.w. Tempikan berbaur ugutan, ancaman, makian terus menerus ditujah kepada ALVIVI sehingga pihak SKMM memanggil kedua-dua pasangan ini seterusnya menghantar ke pihak Polis seperti mereka telah melakukan jenayah maha hebat.

Tahanan ini pula pada mulanya tidak dapat diikat jamin dan dari 1 tuduhan beranjak menjadi 3 tuduhan. Api kemarahan saya terhadap ALVIVI tiba-tiba bertukar meluat pula dengan tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

Saya melihat laman web lucah mereka, nah......ia memang memberikan kekecohan di Singapura dan Malaysia memandangkan Alvin merupakan penuntut universiti yang diiktiraf no-25 terbaik dunia, NUS.

Saya bersetuju dengan amaran dan juga dendaan yang dikenakan oleh mereka, mungkin mereka akan sedar dengan cara sedemikian namun apabila berita mewar-warkan ikat jamin beliau berdua sebanyak RM60,000 (seorang RM30,000), sekali lagi saya rasa undang-undang seperti kartun!

Ramai pula masyarakat di luar sana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, sehingga ada yang berkata mereka ini deserve to death! Wow!!!! Syabas kaumku dengan kata-kata kalian, sesungguhnya kalian itulah pejuang tegar ya!!! Tertawa kecil melihat gelagat masyarakat bijak pandai hari ini.

Soalan saya:

A) Adakah Alvin menyebut nama ALLAH? dan memperlekeh-lekehkan ALLAH?

B) Adakah nama Nabi Muhammad s.a.w junjungan mulia itu juga disebut-sebut dalam iklan berbuka puasa beliau?

C) Aspek apakah ianya boleh dikira sebagai jenayah besar sehingga hak-hak kemanusiaan ditolak tepi dan mereka tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar?

D) Berapa ramai di kalangan masyarakat di luar sana memakan Daging Lembu di hadapan kaum India??? Tidakkah ini juga seperti menghina mereka?


Bangsaku, usahlah kalian terlalu pantas memacu jihad, sedang perkara lebih serius diambil perhatian adalah RASUAH dalam kalangan pimpinan sendiri, SYIAH yang mula mengganas di timur tengah dan ahli-ahlinya dabik dada di Bumi Malaysia.

Sekiranya kalian ingin sekali memperjuangkan Islam dan mengangkat martabatnya, ikutlah ajaran Nabi kita seperti mana dia berhadapan dengan 1001 dugaan membawa Islam mulia di mata umat kafir, antaranya:

a) Pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda. Tetapi Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepadaArab Badwi tersebut.

b) Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

c) Pernah satu ketika seorang Arab Badwi kencing di satu sudut dalam Masjid Nabi. Ada di antara para Sahabat marah kerana sikap tidak beradab itu. Tetapi Rasulullah SAW tetap tenang dan berkata, “Biarkan dia menyelesaikan hajatnya…” Setelah lelaki tersebut selesai, Rasulullah SAW sendiri membasuh najis itu dan kemudiannya barulah memberitahu Arab Badwi tersebut adab-adab di dalam masjid.

d) Ketika Rasulullah meninggalkan kabilah Saqif, ada seorang lelaki yang memohon kepada beliau, "Wahai Rasulullah berdoalah untuk kebinasaan mereka.” Rasulullah berkata, “Ya ALLAH, berilah petunjuk kepada kabilah Saqif dan bawalah mereka (ke jalan yang benar).”


Renungkanlah sejenak.....

Apakah kita ini benar-benar berjuang ke jalan yang dipimpin Rasullullah s.a.w?

No comments: