Susulan dari kisah pasangan Alvin dan Vivian, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kisah Ucapan Selamat Hari Raya oleh seorang perempuan dengan 2 ekor anjingnya.
Kemarahan rakyat belum pun reda, sudah dicucuh pula dengan kisah di bawah ini.
Dari kaca mata kecil saya, video rakaman oleh Chetz Yusof ini lebih tidak menghormati sensitiviti umatnya sendiri. Seorang muslim yang mempunyai identiti berbeza dari jantinya sendiri, memuat naik ucapan Hari Raya yang disusuli dengan gambar orang bersiap sedia ke masjid untuk mengalunkan takbir raya.
Kebiadapan ini lebih tidak dapat diterima akal apabila dia menghidangkan kuih raya kepada binatang kesayangnya seolah-olah ingin menunjukkan bahawa bukan manusia sahaja yang menyambut Aidil Fitri sebaliknya binatang juga ingin meraikannya.
En/Puan Chetsz, ingin sekali saya bertanya, binatang apakah yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w? Tidak salah membela atau memelihara anjing, tetapi apakah hukumnya bergaul dengan binatang itu dari pandangan Islam?
Bukankah Allah swt sudah berfirman, sebaik-baik umat di muka bumi ini adalah manusia. Tindakan saudara/saudari mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dengan menampilkan binatang kesayangan saudara/saudari ini amatlah kurang sopan.
Usah biarkan bangsa lain melihat bangsa kita sendiri tidak menghormati agamanya. Kalau Alvin dan Vivian itu jahil kerana bukan Islam, saudara/saudari ini siapa?
Belajarlah dari kesilapan, lebihkanlah mengenali Islam dan tidak salah mengambil berat terhadap binatang cuma berbataslah dalam mengangkat martabat binatang tersebut.
Pesanan kecilku: Kenali diri dan agungkan ciptaan tuhan terhadap dirimu terlebih dahulu sebelum merasa agung dengan ciptaaannya terhadap binatang.
Maaf kalau keterlaluan....

No comments:
Post a Comment