Seronoknya bila dapat ke Masjid menunaikan Tarawikh. Peluang yang datang hanya 29 hari di bulan Ramadhan setiap tahun ini pasti dinantikan oleh semua umat terutama untuk berlumba-lumba mencari pahala.
Masjid dan kaum lelaki amat sinonim. Tak hairanlah ramai kaum Adam yang lebih prihatin soal bersolat jamaah di Masjid berbanding kaum Hawa.
Pelbagai dalil akan dikeluarkan bila kita bercakap tentang kaum Hawa perlu di rumah dan kaum Adam lebih afdhal ke Masjid. My personal opinion, kalau suami ke masjid perlu jugalah isteri dan anak-anak turut serta? Kalau tidak solat tidak berjamaah la isteri dan anak-anaknya.
Ramai juga kaum Hawa tak 'prefer' nak solat kat Masjid, baik ibadat di rumah sahaja. Apa tidaknya, kalau setelah makan yang ke dapur hanya kaum Hawa, sebelum makan yang ke dapur juga kaum Hawa, memastikan rumah bersih juga kaum Hawa....maka longlailah tenaga yang ada.
Sebaliknya kalau bersama-sama membuat segala kerja rumah tanpa mengira 'gender', ia memberikan sedikit ruang buat wanita punyai masa untuk mempersiapkan diri untuk Allah dan juga suami tersayang.
Bayangkan kalau isteri perlu memasak juadah, menghidang makanan, ketika makan pula sibuk dengan meyuapkan anak dan memerhatikan apa yang anak-anak makan, setelah selesai makan mengemas pula meja dan mencuci pinggan serta perlatan masak, aduhai....letih tak terkata.
Belum lagi ada anak kecil (baby) yang minta di susukan, anak yang sedang membesar makan sambil bermain dan akhirnya rumah bersepah dengan mainan dan makanan, ada pula ekstra abstrak pada dinding, kerusi dan perabot yang perlu dilap kesan dari tangan yang kotor.
Bagaimana keadaan ini dapat membuatkan ibu-ibu makan dengan tenang / 40 kali kunyahan seperti yang disunatkan. Pasti TIDAK!!!! Ayah hanya tahu makan dan telan, menjegil perbuatan si anak, melenting dan setelah perut sendat, bersiap-siap ke Masjid tanpa bertanyakan perihal si isteri yang lelah dengan segala kerenah.
Ketika isteri baru duduk di sofa mengaduh lelah, suami pula langsung dengan soalan 'Nak ikut saya ke Masjid ke? Siaplah cepat", sedang dalam benak si isteri sudah tersenarai beberapa perkara untuk ke masjid pula.
Antaranya, anak dah siap? Pampers dah tukar? Susu nak kena buat atau nak bawa. Telekung dan sejadah juga perlu di bawa. Suami di muka pintu menanti dengan tangan menyeluk ke dalam saku jubah, melaung lagi "U, dah ke belum? Lambat nanti", terus mematahkan semangat isteri untuk ke Masjid.
Apa tidaknya, semua perlu 'rushing' sampai ada juga yang tiba-tiba terfikir, eh aku ni dah makan ke belum? Kenapa rasa macam belum??? Pernah tak kalian wahai isteri-isteri budiman melalui keadaan ini?
Akhirnya????? "Tak apalah bang, you pergi sahaja, I nak gosok baju, lipat baju, lap apa yang patut, kalau tak bersemut nanti.", lantas suami pun berlalu dengan hanya berkata "Ok, I pergi dulu ya".
Tanpa ada sedikit pun perasaan yang terlintas di hati dan si isteri korbankan malam itu dengan hanya Isyak di rumah sambil melayan anak-anak sahaja.
Sekiranya isteri turut serta ke Masjid...........
Keadaan yang sama akan berlaku, suami lebih afdhal meninggalkan si anak dengan ibu atas alasan, anak nak susu, nanti ganggu jemaah, anak menangis mencari ibu.
Si isteri pun dengan telekung yang labuh, mengendong bag bekalan susu dan anak-anak yang sudah jumpa ruang bersuka ria. Apalah yang mereka tahu tentang disiplin ketika usia 5 tahun? Pasti ruang luas di lantai masjid itu seolah memanggil untuk melakukan pelbagai aksi dan akhirnya mengundang teriakan dan hilaian mereka.
Mata si ibu pula pasti tak lepas memandang anaknya yang berusia 6 bulan - 4 tahun. Bimbang kalau jatuh tangga / jatuh longkang / mengutip makanan bertaburan atau hilang entah ke mana. Bagaimana mungkin pengertian "KHUSYUK" itu dapat dikecapi?
Kerna itu, senarionya....kaum hawa yang berpusu-pusu ke masjid adalah mereka yang sudah tidak ada lagi komitmen anak kecil, sudah berusia, sudah pencen dan yang ada pembantu rumah.
Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil dan masih bersekolah, hentikan sahaja niat itu kalau tidak mahu makan hati. Betul tak?
Walhal, bukankah bertarawikh itu banyak pahalanya walau tidak disabitkan wajib. Sekiranya ramai pihak lebih prihatin, dari yang di dalam rumah hingga ke peringkat komuniti, mungkin perkara ini tidak menjadi permasalahan lagi dan tiada alasan kenapa ibu perlu di rumah, ayah seorang ke masjid mengimarahkannya.
Sekiranya ada ruang untuk jagaan anak-anak dan warga masjid khususnya kaum Adam dapat menerima teriakan anak-anak ketika solat, pasti lebih ramai ahli masjid dan kita dapat berkenal-kenalan mengeratkan ukhwah.

Jom kita baca artikel ini. Mungkin dapat memberikan sedikit input buat kita semua dan alangkah indahnya kalau ada seperti ini di Masjid kita.
No comments:
Post a Comment