Friday, June 28, 2013

You are always in our heart!

Perkara paling tak suka dalam hidup ini adalah perpisahan. Biar apa pun kenangan yang pernah dilalui bersama, baik suka atau duka bukanlah alasan untuk mengakhirinya dengan ucapan Selamat Jalan / Selamat Tinggal.

Hampir 3 tahun aku bertugas di Pejabat Hubungan Antarabangsa & Korporat, Universiti Malaya dan beberapa kali majlis perpisahan dengan Pengarah / Timbalan Pengarah terjadi. Sejujurnya, tugasan mereka sebagai kakitangan akademik dan menggalas bebanan pentadbiran amat berat hingga terabai matlamat utama mereka sebagai pendidik.

Pejabat ini sibuk seperti kebiasaannya namun aku tak pernah rasakan ketegasan boss-ku ini menyulitkan keadaan, malah aku timba terlalu banyak ilmu untuk dijadikan panduan. Sebenarnya mereka ini tidaklah keluar dari Universiti Malaya cuma tidak lagi berkhidmat di pejabat yang sangat sangat sibuk kalah pejabat di KPT.

Aku di bawah penyeliaan beliau selama setahun setengah dan sejak dari itulah aku sedar bahawa tugasan yang dipikul bukan sekadar memacu nama baik universiti sebaliknya menjadikan kita seorang yang berfikiran kritis.

Dugaan suka dan duka sepanjang di bawah penyeliaan beliau adalah sesuatu amat berharga dan tak mampu diperolehi di mana-mana situasi.

Ketegasan dan kepintaran beliau aku kagumi dan hari ini merupakan hari terakhir beliau menjejakkan kaki sebagai Timbalan Pengarah di pejabat ini. Ouch, it's really painful because I'm sure I'll be missing her.

All the best dan aku sentiasa mengharapkan beliau berjaya dengan segala cita-cita yang disemai. Sunyilah ofis tanpa jeritan dan kemanjaan beliau! Ketegasan beliau akan menjadi buah cerita kami ketika merindui.





Wednesday, June 26, 2013

I'M BACK!!! Atas desakan kalian.....

Yuhuuuuu Assalammualaikum....

Sebenarnya stress bila tengok ramai betul mereka-mereka di luar sana yang sangat konsisten menulis blog. Pendek kata dalam sehari memang ada 2-3 posts.

Nini pun sebenarnya teringin nak kembali aktif menulis seperti zaman kolej dulu. Ketika itu.......(wah macam buat story telling pula), duduk di perantauan membuatkan Nini rasa kosong dan perlukan teman berbicara.

Adakah mereka yang kerap update blog ni dari kalangan yang begitu juga? Ah, mugkin tidak...mereka ada disiplin yang kau tak ada, Marini!!!! (hati kecil aku berbisik)

Dulu ingat lagi, setiap hari mesti ada 2,3 posts yang menceritakan tentang perjalanan hidup dan kekerapan menulis puisi membuatkan blog Nini tak putus dikunjungi ramai. Ada yang dari kalangan Nini tak kenal dan ada juga yang memang in my circle tapi tak pernah bertegur sangat.

Blog merapatkan silaturrahim dan kekosongan di bumi perantau buat Nini terisi dengan komen dan juga emel para pembaca.

Rata-rata mereka suka kalau Nini berpuisi dan ada juga terkesan dengan kisah kehidupan yang Nini khabarkan. Ada juga yang minta nasihat dan luahkan perasaan pada Nini, kesan dari kisah yang Nini coretkan.

Seronok sangat sebab diberi kepercayaan dari mereka yang tak dikenali menjadi pendengar dan penasihat setia. Wah.......hebatkan kuasa menulis?

Hari ini semua sudah pandai menulis dan ramai yang turut mempunyai blog. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya boleh mengasah bakat menulis serta menjadi di antara kalangan yang produktif. Bayangkan kalau tak di asah bakat menulis? Boleh kita berjaya? Cuma tulis biar berbatas, tidak mengaibkan, tidak memfitnah apatah lagi kawalan bahasa perlu dipertingkatkan. Usahlah dirojakkan pada potong ayat yang haram jika dirojak.

So, azam tetap terus bernafas....Nini akan terus menulis dan berkongsi bnyk kisah kehidupan yang mewarnai pentas dunia.

Those out there yang sudah lama mengikuti perkembangan blog Nini sejak dari 2006, terima kasih dan pada yang tak putus-putus menghantar emel untuk memberikan semangat juga, MILLION THANKS to all of you!

Nini akan kembali dan kali ini lebih konsisten...cuba buka pentas menulis tanpa kontroversi, tapi tak boleh lari dari arus politik sebab ianya sealiran dengan cintanya saya pada tanahairku ini! Haiyooooo berpatriotik la pula...




Friday, June 21, 2013

KISAH PAPA CHECK-IN HOSPITAL. HAI, KALUT!!!!

Kisah minggu lalu terasa amat panjang. Kononnya ambil cuti untuk membantu persiapan kenduri kahwin adik ipar, tapi lelah yang hadir dan kudratku tak mampu membantu sepenuhnya. Hanya terdaya dek badan, tercatat dek waktu.

Sepanjang minggu lalu, Mr Kekasih pun tak ada. Melalui tugasan luar di Perlis, aku akur bersama Ziqry berdua menjalani hari-hari menanti Jumaat tiba. Terlalu banyak aktiviti yang telah diaturkan.

Tanpa di duga, Papa diserang sesak nafas dan cengkaman maha hebat di dada belah kirinya. Mengenali papa sejak dari usia anak-anak, beliau orang yang tidak mudah dirundung sakit. Apatah lagi, pemakanan dan juga senamannya teratur. Cuma, tabiat merokok beliau amat melampau dan kami akur jika takdir menemukannya dengan sakit jantung. Namun tidak, alhamdulillah semuanya hanya ramalan belaka. Jantung papa tidak ada yang tersumbat apatah lagi tidak bisa dipam. Cuma tekanan darah papa sahaja yang agak tinggi dan ini membawa kepada berbagai soalan di benak kami.

Aku masih ingat lagi ketika Along menelefon dan mengkhabarkan yang papa sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Ku sekang airmata, bimbang akan segala kemungkinan. Tanpa berbidas, aku terus ambil langkah keluar dari rumah membawa anakku dan menuju terus ke rumah mama lantas pacu ke Hospital Sungai Buloh.

Itu dan ini, jam hampir ke angka 12 tengah malam. Sudah menjadi kebiasaan aku ke Hospital Swasta, ku ajukan kepada Dr yang merawat apakah bisa Papa di tukarkan ke Hospital Tropicana? Lebih hampir dengan rumah dan mudah untuk kami menguruskannya. Ya, jam 1 pagi beliau dihantar menggunakan ambulans dari Hospital Sg Buloh ke Tropicana Medical Centre. Jaraknya kurang lebih 5km sahaja tapi bayarannya RM300!!! Ini sangat melampau...Apakan daya, Doktor tidak membenarkan beliau dibawa menaiki kenderaan biasa, bimbang akan serangan kedua mungkin berlaku dan ini membuatkan keadaanya lebih teruk.

Ya, aku akur dan di Hospital Tropicana papa menjalani rawatan selama 4 malam. Alhamdulillah, aku puji sikap doktor dan kali ini servis mereka nampak lebih fleksibel dan tidak terlalu menekan. Malahan papa di up-grade bilik ke Suite Room yang bernilai RM560 semalam. Wow!!!! Terima kasih Tropicana Medica Centre. Adakah semua ini kerana title Dato' di hadapan nama papa? Biarkanlah ia menjadi misteri  tanda tanya, yang penting mereka amat bertolak ansur dengan pelawat papa yang sangat ramai setiap waktu.

Alhamdulillah, papa disahkan tidak mempunya sakit jantung! Lega dan tarik nafas panjang untuk kesekian kalinya. Cuma papa di sahkan mempunyai masalah acid perut yang melampau dan ia memang membawa kepada serangan jantung juga. Doktor kata ia dipanggil Barret Esophagus dan sekiranya tidak dirawat boleh membawa kepada kanser perut.

Mendengarkan perkara ini, aku dan keluarga sepakat untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup papa dengan sihat. Kami semua masih perlukan papa untuk menumpang kasih serta mencurah sayang terhadap cucunya.

Sedikit sebanyak, papa nampaknya mendengar kata-kata kami. Mungkin bimbang juga akan kesihatannya cuma tabiat merokok tu perlu di kurangkan berperingkat.

Aku hanya mampu terus berdoa kepada Illahi agar papa terus diberikan rezeki yang lapang dunia akhirat. Aku terngiang-ngiang lagu Raihan- Demi Masa. 

Harapnya kita semua tak terlambat dengan 5 perkara ini.....


Salam kasih penuh cinta buat papa


KENALI SYIAH - SEMAKIN BERLELUASA HARI INI - BIMBANG AKAN TERSUNGKUR KE LEMBAH SYIRIK

Petikan ini, Nini ambil dari laman FB dan diolah gaya bahasa untuk dikongsikan bersama...

Apa itu Syiah ?
Ramai sudah mendengar dan ia tidak asing di telinga kita hari ini
Namun kita masih berdiam diri
Tak mahu ambil tahu
Masih leka dengan kisah kehidupan di kaca tv
Masih terbuai dengan mesej pakwe/makwe
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita
Masih lagha dengan hiburan nyanyian, menari dan bergelak ketawa

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah....
 

Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak
Akidah yang bertentangan dengan Sunni
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi
Berasal dari Yaman
Dia datang ke Madinah semata-mata untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik
Ketika itu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan
Saidina Uthman tak layan dia
Dia jadi marah lalu sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Saidina Ali lah yang sepatutnya menjadi Khalifah bukan Saidina Umar, Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni
Dari situ lah fahaman Syiah bermula

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil )
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

  • -Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .
  • Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .
  • Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .
  • Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .
  • Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .
  • Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .
  • Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .
  • Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

Astaghfirullahala’zim
Nauzubillahiminzalik
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong
Mereka mensyirikkan Allah
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama darjatnya dengan kedudukan Allah
 

Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel, tetapi juga Rusia, China dan Iran 


Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita
Mereka lah antara yang menghantar bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam
 

Syiah itu sesat
Jangan kita memberi muka kepada mereka
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah , WAJIB kita betulkan

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa, yang mahal tu
Jangan terkejut!
Air itu air syiah
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura)
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam

Macam mana nak kenal syiah ?
Ketika solat, mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud dan mereka akan sujud atas tanah itu

Kalau tak kena tanah karbala itu, tak sah sembahyang mereka
Lepas habis sembahyang, lepas memberi salam, mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? Tak diketahui...


Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed facebook kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan .
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin

SEMINGGU BERLALU - KEJADIAAN MALAM ITU MENGHENTIKAN NADIKU

Assalammualaikum Jumaat,
Pagi ini moga membawa segala rahmat untuk kita semua.
Masa berlalu sangat pantas, pagi Jumaat minggu lalu aku sibuk di hospital menguruskan perihal papa yang terkena serangan jantung khamis malam.
Penat dan lelah tapi itu bukan alasannya untuk aku keluh kesah.
Aku ingat setiap pengorbanan papa dan setiap titis peluh yang tercurah adalah untuk melihat kami membesar dengan sempurna.

Lumrah manusia mana ada yang sempurna, begitu juga papa...
Tapi dia tidak pernah mengabaikan kami dan mama menjadi pemacu membentuk sahsiah kami.

Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka diizinkan bernafas di dunia
Walau sesibuk mana kita walau seletih mana pun kita....
Usah kita biarkan ruang senggang terdetik dalam hubungan antara kita dan mereka.

PAPA I LOVE YOU!

Monday, June 17, 2013

CATATAN DARI KANTOR - HARI KE-4 PAPA DI KAMAR 667 TROPICANA MEDICAL CENTRE



Hari ini aku ke pejabat seperti biasa dan mengharapkan papa  akan segera sembuh dengan jagaan penuh adindaku Ayu. Ada beberapa test yang doktor dah terangkan untuk papa lakukan hari ini.

Blood pressure papa still up n down dan ini merunsingkan. InsyaALLAH, doa dari anak-anak dan saudara mara akan memberikan kekuatan untuk papa.

Sejak Khamis minggu lalu, aku benar-benar penat hinggakan kondisi sendiri tak stabil. Thanks to VCO kerana supply tenaga luar biasa di saat aku perlukan di mana waktu makan dan rehat serba tak menentu. Kaku sakit berdiri, tumit kebas dan pinggang mula sakit2. Tanpa VCO memang aku tak terdaya untuk bergerak pantas.

Semalam terlalu banyak perkara terjadi namun masih bisa tersenyum dengan sambutan kecil Selamat Hari Bapa di Hospital bersama adik-adikku. Walau tragedi sebelum itu mengeringkan darah dimukaku, kekentalan semangat kukumpul sedaya yang mungkin. Nasib juga kemalangan itu hanya kecil, kalau besar? Aduhai....akan lebih membuat semua kalut. Fokus dan tenang itulah kuncinya tapi aku sejenak terkandas dari warasnya minda.

Tak sabar tunggu jam 5, nak melihat perkembangan papa di hospital. Segera sembuh ya!!!!

Saturday, June 15, 2013

CATATAN DARI KAMAR TIDUR - HARI KE-2 PAPA DI RAWAT

Sejak semalam, aku hanya rehat 3 jam sahaja! Wow, memang tak percaya boleh terus segar. Bila kita dalam keadaan yang memaksa, memang kita mampu untuk lakukannya.

Alhamdulillah, papa nampak sihat sedikit walau aku tahu ia tak akan bertahan kalau tidak di jaga. Selama ini papa tak pernah sakit, apatah lagi masuk ke hospital. Ini juga pertama kali papa diserang serangan jantung, darah tinggi dan harapnya tidaklah lebih dari itu. Papa seorang yang sangat aktif dan menjaga pemakanan cuma tabiat rokoknya aduhai.....keluh panjang.

Serba salah merendam dalam hati, hubby di rumah keluarga kerana esok adik iparku akan melangsungkan perkahwinannya. Malam ini pasti sibuk dan aku???? berada di sisi papa yang sudah lama aku tidak berikan masa untuknya. Sejak berkahwin, aku kurang berbual kerana masa kami selalu bertembung walau setiap hari ke rumah mama. Ini mungkin dugaan Allah dan juga kesempatan untukku berikan waktu yang amat kurindui.

Melihat raut wajah kian usangnya, aku sekang airmata yang ingin bercucuran. Tangan itulah yang mencari sesuap nasi untukku dan memberikanku pendidikan hingga aku berjaya hari ini.

Aku mahu melihat papa terus sihat dan diberikan usia yang panjang, agar anak-anakku dapat merasai cinta kasih atuknya lebih panjang. Moga Allah swt mendengar setiap doaku dalam sujud padanya.

Terima kasih pada yang sudi hadir dan menemani terutama semua adik-beradikku.
Terima kasih juga suami tercinta atas keprihatinan dan pertimbangannya. Pada keluarga mertua, ku susun maaf atas segala kekangan yang melintang.
Moga ALLAH permudahkan segalanya...

Thursday, June 13, 2013

AMANAH ALLAH TANGGUNGJAWAB BESAR BUAT HAMBANYA


Melihat anak membesar depan mata dan mengikuti perkembangan mereka adalah perkara terindah yang diharapkan oleh semua ibu di dunia.

Walaupun ayah sentiasa di hati anak, ibu pula tak boleh lekang dari mata si anak. Ini hakikatnya kerana anak sudah mendengar dan berkongsi setiap rasa dengan ibu sejak dari menjadi seketul darah hinggalah melihat dunia.

Sejujurnya, aku sedih bila mengenangkan rezeki anakku untuk merasa susu ibu tidaklah berpanjangan dan kesampaian sehingga usianya 2 tahun. Aku sempat menyusukannya beberapa minggu sahaja. Panjang kisah jika nak dikongsikan.

Tapi aku tetap berusaha untuk melihat anakku sihat dan pintar seperti semua anak-anak yang lain. Alhamdulillah, 2 tahun 7 bulan sudah, dia dapat ku ketegorikan anak pintar dan mudah bicara.

Bait bicaranya penuh isi dan kepintarannya memberikan jawapan kurasakan amat istimewa. Pada aku, semua anak begitu tapi tidak....kelebihan yang dimiliki sedikit berbeza dari yang lain.

Tips 1: Sepanjang mengandungkan Ziqry, aku tiada alahan muntah-muntah namun aku sukar menelan makanan yang tidak kena gayanya. Semua pahit walau setengah kilo gula ditaburkan. HANYA MASAKAN DADDY sahaja lalu ke tekak ini dengan selera.

Benarlah, WE ARE WHAT WE EAT! Anak akan mengikut kata-kata kita kerana sejak dari dalam perut pemakanannya terkawal dan di jaga.

Tips 2: Aku tak boleh minum air lain selain air PANAS...bukan suam bukan sejuk, malah manis pun tak boleh diterima tekak. ALHAMDULILLAH, dengan ini aku boleh katakan anakku tidak mempunyai masalah kulit, dan tiada terkena jaundis ketika dilahirkan.

Tips 3: Walaupun anakku tidak mendapat keseluruhan zat dari susu ibunya, tapi pemilihan makanan sejak bayi hingga hari ini amat menjadi titik utama buat kami. Sebelum menjangkau usia 2 tahun, tit bits Ziqry adalah KISMIS, BADAM, KEKACANG, KURMA, TOMATO, BUAH ZAITUN, APPLE DAN ORANGE. Kalian pasti terkejut Ziq boleh mengunyah Olive macam makan kacang....kalau dibiarkan setin boleh habis. Benarlah, dia sangat bijak menyusun ayat dan sekali di ajar sudah lekat di minda. Cuma setelah 2 tahun dan pandai meminta-minta, dia gemar pula makan keropok. Tapi masih terkawal.

Tips 4: NO MCDonalds telah kami terapkan sejak dia berusia 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah, kesannya dia boleh melihat bahawa BOIKOT dan juga keperluan makanan asas itu lebih penting walaupun ramai di sekeliling nya masih tidak kisah tentang isu BOIKOT + Nutrisi di dalam MCD. It's fine...Hasilnya, Ziq boleh memahami apa itu peperangan, perjuangan dan amat tersentuh melihat gambar2 di Syria + Gaza.

Tips 5: Bercakap dan bertutur seperti orang dewasa, itulah praktis yang kami terapkan. Tiada istilah pelat, tiada istilah mengikut telunjuk, disiplin yang dipacu oleh Daddy berikan kesan sangat baik pada progress minda Ziqry. SELALULAH BERBUAL ILMU dengannya. Kurangkan mendengar dongeng Ultraman semata. Anak harus di bentuk sejak usia 2...Pemikirannya sudah boleh dicongak.

Walaupun banyak perkara ingin aku lakukan, keterbatasan waktu dan kewangan membuatkan aku terkandas. InsyaALLAH aku akan terus berusaha untuk menjadikan amanah ALLAH ini dipulangkan dalam keadaan sesempurna ia lahir. Harta anak adalah harta amat berharga! 

p/s: Jangan ada yang tanya bila nak tambah lagi ye :) hehehe insyaALLAH rezeki memberikan cahaya mata adalah milik Allah.



















Tuesday, June 04, 2013

KITA HARUS UBAH DIRI!




Akur kita bertempat, tunduk kita beralas, patuh kita berasas
Bukan biadap bukan kufur
Angguk kita pada yang benar
Sanggah pada menindas
Bangkit pada kekuasaan kezaliman

Yang wajib kita abaikan?
Yang harus kita padamkan?
Yang haram kita kaburkan?

Harusnya.....
Pada PENCIPTA kita mengaduh
Pada UTUSANNYA kita turuti
Pada SUNAHNYA kita pandu

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar,
Pentas dunia kian kecamuk dengan jalan ceritanya
Pelakon-pelakon hebat bermain wayang
Watak tempelan didukung penyokong tegar semakin gemilang
Hanya kerna bicara tak sehaluan, KAU TUNJUK DIRIMU YANG SEBENAR...
Terima kasih kerna aku tak perlu menyingkap sejarah hidupmu
Lakaran peribadimu jelas terserlah
Maki hamun, kutukan, hinaan, cacian, kebiadapan ku elak.
Aku terhibur dengan cerekarama kalian
Terus dan teruskan
Amin......

Firman Allah swt didalam Surah al-Nisa’ ayat 59 :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. “

Kesimpulan yang boleh diambil dari ayat al-Quran dan penerangan hadith :-

a. Ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak

b. Ketaatan kepada pemimpin adalah bersyarat, selama mana pemimpin tidak melanggar ketaatan kepada Allah dan Rasul. Apabila berlaku perselisihan, maka hendaklah merujuk kepada al-Quran dan hadith.

c. Pemerintah yang merujuk kepada al-Quran dan hadith yang wajib ditaati.

Sunday, June 02, 2013

LET'S PUT OUR HAND TOGETHER! CLOSE OUR EYES, HOLDING HANDS TO RAISE UP OUR FUTURE GENERATION



CAN WE UNITE?
PUT ASIDE WHO WE ARE, WHO WE VOTE & WHAT RACE WE ARE...

Recently, terlalu kuat angin perkauman. Terlalu lantang juga kalian berbicara, hingga mendabik dada sendiri. Agama menegah apatah lagi ketamadunan hari ini memandang jengkel.

Just a moment after ELECTION, kalian sanggup menghalau saudara serumah, teman sebilik, keluarga senegara seperti kita tak punya iman, akal tertinggal dalam kekuasaan marah.

Can we stop all those? Can we unite? Can we start to think of our future generation? Work hard to show good example to them? They need us and our love!

Just because of one person that you hate in BN, PKR,PAS,DAP and so on, we lost the most precious moment in life - HAPPINESS!

Can we think about it?