Hari ini aku ke pejabat seperti biasa dan mengharapkan papa akan segera sembuh dengan jagaan penuh adindaku Ayu. Ada beberapa test yang doktor dah terangkan untuk papa lakukan hari ini.
Blood pressure papa still up n down dan ini merunsingkan. InsyaALLAH, doa dari anak-anak dan saudara mara akan memberikan kekuatan untuk papa.
Sejak Khamis minggu lalu, aku benar-benar penat hinggakan kondisi sendiri tak stabil. Thanks to VCO kerana supply tenaga luar biasa di saat aku perlukan di mana waktu makan dan rehat serba tak menentu. Kaku sakit berdiri, tumit kebas dan pinggang mula sakit2. Tanpa VCO memang aku tak terdaya untuk bergerak pantas.
Semalam terlalu banyak perkara terjadi namun masih bisa tersenyum dengan sambutan kecil Selamat Hari Bapa di Hospital bersama adik-adikku. Walau tragedi sebelum itu mengeringkan darah dimukaku, kekentalan semangat kukumpul sedaya yang mungkin. Nasib juga kemalangan itu hanya kecil, kalau besar? Aduhai....akan lebih membuat semua kalut. Fokus dan tenang itulah kuncinya tapi aku sejenak terkandas dari warasnya minda.
Tak sabar tunggu jam 5, nak melihat perkembangan papa di hospital. Segera sembuh ya!!!!
No comments:
Post a Comment