Thursday, June 13, 2013
AMANAH ALLAH TANGGUNGJAWAB BESAR BUAT HAMBANYA
Melihat anak membesar depan mata dan mengikuti perkembangan mereka adalah perkara terindah yang diharapkan oleh semua ibu di dunia.
Walaupun ayah sentiasa di hati anak, ibu pula tak boleh lekang dari mata si anak. Ini hakikatnya kerana anak sudah mendengar dan berkongsi setiap rasa dengan ibu sejak dari menjadi seketul darah hinggalah melihat dunia.
Sejujurnya, aku sedih bila mengenangkan rezeki anakku untuk merasa susu ibu tidaklah berpanjangan dan kesampaian sehingga usianya 2 tahun. Aku sempat menyusukannya beberapa minggu sahaja. Panjang kisah jika nak dikongsikan.
Tapi aku tetap berusaha untuk melihat anakku sihat dan pintar seperti semua anak-anak yang lain. Alhamdulillah, 2 tahun 7 bulan sudah, dia dapat ku ketegorikan anak pintar dan mudah bicara.
Bait bicaranya penuh isi dan kepintarannya memberikan jawapan kurasakan amat istimewa. Pada aku, semua anak begitu tapi tidak....kelebihan yang dimiliki sedikit berbeza dari yang lain.
Tips 1: Sepanjang mengandungkan Ziqry, aku tiada alahan muntah-muntah namun aku sukar menelan makanan yang tidak kena gayanya. Semua pahit walau setengah kilo gula ditaburkan. HANYA MASAKAN DADDY sahaja lalu ke tekak ini dengan selera.
Benarlah, WE ARE WHAT WE EAT! Anak akan mengikut kata-kata kita kerana sejak dari dalam perut pemakanannya terkawal dan di jaga.
Tips 2: Aku tak boleh minum air lain selain air PANAS...bukan suam bukan sejuk, malah manis pun tak boleh diterima tekak. ALHAMDULILLAH, dengan ini aku boleh katakan anakku tidak mempunyai masalah kulit, dan tiada terkena jaundis ketika dilahirkan.
Tips 3: Walaupun anakku tidak mendapat keseluruhan zat dari susu ibunya, tapi pemilihan makanan sejak bayi hingga hari ini amat menjadi titik utama buat kami. Sebelum menjangkau usia 2 tahun, tit bits Ziqry adalah KISMIS, BADAM, KEKACANG, KURMA, TOMATO, BUAH ZAITUN, APPLE DAN ORANGE. Kalian pasti terkejut Ziq boleh mengunyah Olive macam makan kacang....kalau dibiarkan setin boleh habis. Benarlah, dia sangat bijak menyusun ayat dan sekali di ajar sudah lekat di minda. Cuma setelah 2 tahun dan pandai meminta-minta, dia gemar pula makan keropok. Tapi masih terkawal.
Tips 4: NO MCDonalds telah kami terapkan sejak dia berusia 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah, kesannya dia boleh melihat bahawa BOIKOT dan juga keperluan makanan asas itu lebih penting walaupun ramai di sekeliling nya masih tidak kisah tentang isu BOIKOT + Nutrisi di dalam MCD. It's fine...Hasilnya, Ziq boleh memahami apa itu peperangan, perjuangan dan amat tersentuh melihat gambar2 di Syria + Gaza.
Tips 5: Bercakap dan bertutur seperti orang dewasa, itulah praktis yang kami terapkan. Tiada istilah pelat, tiada istilah mengikut telunjuk, disiplin yang dipacu oleh Daddy berikan kesan sangat baik pada progress minda Ziqry. SELALULAH BERBUAL ILMU dengannya. Kurangkan mendengar dongeng Ultraman semata. Anak harus di bentuk sejak usia 2...Pemikirannya sudah boleh dicongak.
Walaupun banyak perkara ingin aku lakukan, keterbatasan waktu dan kewangan membuatkan aku terkandas. InsyaALLAH aku akan terus berusaha untuk menjadikan amanah ALLAH ini dipulangkan dalam keadaan sesempurna ia lahir. Harta anak adalah harta amat berharga!
p/s: Jangan ada yang tanya bila nak tambah lagi ye :) hehehe insyaALLAH rezeki memberikan cahaya mata adalah milik Allah.
No comments:
Post a Comment