Saturday, June 15, 2013

CATATAN DARI KAMAR TIDUR - HARI KE-2 PAPA DI RAWAT

Sejak semalam, aku hanya rehat 3 jam sahaja! Wow, memang tak percaya boleh terus segar. Bila kita dalam keadaan yang memaksa, memang kita mampu untuk lakukannya.

Alhamdulillah, papa nampak sihat sedikit walau aku tahu ia tak akan bertahan kalau tidak di jaga. Selama ini papa tak pernah sakit, apatah lagi masuk ke hospital. Ini juga pertama kali papa diserang serangan jantung, darah tinggi dan harapnya tidaklah lebih dari itu. Papa seorang yang sangat aktif dan menjaga pemakanan cuma tabiat rokoknya aduhai.....keluh panjang.

Serba salah merendam dalam hati, hubby di rumah keluarga kerana esok adik iparku akan melangsungkan perkahwinannya. Malam ini pasti sibuk dan aku???? berada di sisi papa yang sudah lama aku tidak berikan masa untuknya. Sejak berkahwin, aku kurang berbual kerana masa kami selalu bertembung walau setiap hari ke rumah mama. Ini mungkin dugaan Allah dan juga kesempatan untukku berikan waktu yang amat kurindui.

Melihat raut wajah kian usangnya, aku sekang airmata yang ingin bercucuran. Tangan itulah yang mencari sesuap nasi untukku dan memberikanku pendidikan hingga aku berjaya hari ini.

Aku mahu melihat papa terus sihat dan diberikan usia yang panjang, agar anak-anakku dapat merasai cinta kasih atuknya lebih panjang. Moga Allah swt mendengar setiap doaku dalam sujud padanya.

Terima kasih pada yang sudi hadir dan menemani terutama semua adik-beradikku.
Terima kasih juga suami tercinta atas keprihatinan dan pertimbangannya. Pada keluarga mertua, ku susun maaf atas segala kekangan yang melintang.
Moga ALLAH permudahkan segalanya...

No comments: