Friday, June 21, 2013

KISAH PAPA CHECK-IN HOSPITAL. HAI, KALUT!!!!

Kisah minggu lalu terasa amat panjang. Kononnya ambil cuti untuk membantu persiapan kenduri kahwin adik ipar, tapi lelah yang hadir dan kudratku tak mampu membantu sepenuhnya. Hanya terdaya dek badan, tercatat dek waktu.

Sepanjang minggu lalu, Mr Kekasih pun tak ada. Melalui tugasan luar di Perlis, aku akur bersama Ziqry berdua menjalani hari-hari menanti Jumaat tiba. Terlalu banyak aktiviti yang telah diaturkan.

Tanpa di duga, Papa diserang sesak nafas dan cengkaman maha hebat di dada belah kirinya. Mengenali papa sejak dari usia anak-anak, beliau orang yang tidak mudah dirundung sakit. Apatah lagi, pemakanan dan juga senamannya teratur. Cuma, tabiat merokok beliau amat melampau dan kami akur jika takdir menemukannya dengan sakit jantung. Namun tidak, alhamdulillah semuanya hanya ramalan belaka. Jantung papa tidak ada yang tersumbat apatah lagi tidak bisa dipam. Cuma tekanan darah papa sahaja yang agak tinggi dan ini membawa kepada berbagai soalan di benak kami.

Aku masih ingat lagi ketika Along menelefon dan mengkhabarkan yang papa sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Ku sekang airmata, bimbang akan segala kemungkinan. Tanpa berbidas, aku terus ambil langkah keluar dari rumah membawa anakku dan menuju terus ke rumah mama lantas pacu ke Hospital Sungai Buloh.

Itu dan ini, jam hampir ke angka 12 tengah malam. Sudah menjadi kebiasaan aku ke Hospital Swasta, ku ajukan kepada Dr yang merawat apakah bisa Papa di tukarkan ke Hospital Tropicana? Lebih hampir dengan rumah dan mudah untuk kami menguruskannya. Ya, jam 1 pagi beliau dihantar menggunakan ambulans dari Hospital Sg Buloh ke Tropicana Medical Centre. Jaraknya kurang lebih 5km sahaja tapi bayarannya RM300!!! Ini sangat melampau...Apakan daya, Doktor tidak membenarkan beliau dibawa menaiki kenderaan biasa, bimbang akan serangan kedua mungkin berlaku dan ini membuatkan keadaanya lebih teruk.

Ya, aku akur dan di Hospital Tropicana papa menjalani rawatan selama 4 malam. Alhamdulillah, aku puji sikap doktor dan kali ini servis mereka nampak lebih fleksibel dan tidak terlalu menekan. Malahan papa di up-grade bilik ke Suite Room yang bernilai RM560 semalam. Wow!!!! Terima kasih Tropicana Medica Centre. Adakah semua ini kerana title Dato' di hadapan nama papa? Biarkanlah ia menjadi misteri  tanda tanya, yang penting mereka amat bertolak ansur dengan pelawat papa yang sangat ramai setiap waktu.

Alhamdulillah, papa disahkan tidak mempunya sakit jantung! Lega dan tarik nafas panjang untuk kesekian kalinya. Cuma papa di sahkan mempunyai masalah acid perut yang melampau dan ia memang membawa kepada serangan jantung juga. Doktor kata ia dipanggil Barret Esophagus dan sekiranya tidak dirawat boleh membawa kepada kanser perut.

Mendengarkan perkara ini, aku dan keluarga sepakat untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup papa dengan sihat. Kami semua masih perlukan papa untuk menumpang kasih serta mencurah sayang terhadap cucunya.

Sedikit sebanyak, papa nampaknya mendengar kata-kata kami. Mungkin bimbang juga akan kesihatannya cuma tabiat merokok tu perlu di kurangkan berperingkat.

Aku hanya mampu terus berdoa kepada Illahi agar papa terus diberikan rezeki yang lapang dunia akhirat. Aku terngiang-ngiang lagu Raihan- Demi Masa. 

Harapnya kita semua tak terlambat dengan 5 perkara ini.....


Salam kasih penuh cinta buat papa


No comments: