Wednesday, November 26, 2008

~~Salam Hari Lahir~~

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to AYU (youngest)
Happy Birthday to you...

Adik mengenjak usia 17 tahun pada 19 November lalu. Usia semakin bertambah, segalanya bakal berubah namun yang pasti, keperibadiaan usah bertukar.

Kesempatan ini, kak ngah iringi salam keberkatan yang dipohon ke hadrat Illahi. Semoga Allah swt memanjangkan usia adikku, melimpahkan rezeki yang murah, memberikan kelapangan dan kejayaan dalam hidup dan diberkati oleh-NYA.

Salam kasih dari kak ngah & mr Kekasih.

Tiupan lilin yang ke 17.

Kenapa Mr Kekasih tutup sebelah matanya di belakang ku? Hurmmmm


HAPPY BIRTHDAY!!!


Nota : 18th November 2008
Jam : 11pm
Lokasi : Kamar usang KD9


............................................................................................................................................................

Another birthday CELEBRATION..

Family of SRW meraikan hari keputerian (hehehe) our LADY BOSS kami Dr K.H Wang.
BIG HAPPY BIRTHDAY
BIG HUGS
BIG LOVE
BIG KISSES
FROM ME & family members of SRW

Happy Birthday Dr Wang!!


Purple day!!!

Me & Mummy to be :)

Teman-teman yang memeriahkan majlis


Wisma Smart Reader disimbahi kaler purple yoep!!!! hehehe


Tarikh : 18 November 2008
Jam : 11.5pm
Lokasi : Teratak Seni KD9

..............................................................................................................................................................

Another Happy Birthday to my dearie niece : Arina (Mr Kekasih's niece)

Tarikh dilahirkan sama dengan adikku cuma tahun sahaja yang berbeza. Sakit juga tiap tiap tahun macam ni, kena spend for two present.
Anyway cutie, aunty Nini ucapkan Semoga Panjang Umur, diberkati selalu dan belajar rajin rajin ya!


Happy Birthday SAYANG!!!

Mwah mwah...

Banyak dapat BARBIE :) Aunty pun sibuk main sama...hehehe


Tarikh : 23 November 2008
Jam : 2300

Lokasi : Kamar Usang KD9

Saturday, November 15, 2008

~~Bosan + Teruja = Ok ok je la~~



Hat Off!!!!

SUPERB!!!

BoMbaStIc....

Nothing much could says, I was enjoyed the Impak Maksima The Musical.

SATISFIED & WORTH IT....

Aku lalui hujung minggu dengan 'stress' menghadapi kursus kahwin yang menghamparkan kebosanan. Tak banyak yang boleh aku katakan selain dari ianya sekadar cukup syarat untuk meluluskan aku dan Mr Kekasih melengkapkan segala borang perkahwinan yang ada.

Kami buat persediaan sedikit awal berbanding dengan peserta peserta kursus yang lain. Rata-ratanya sudah hampir benar dengan tarikh perkahwinan, ada yang terkocoh kocoh sehingga memberikan beban dan tekanan, alhamdulillah aku tak rasakan asakkan itu.

Hujung minggu kami lebur dengan melepakkan diri di Zura's Akademik bermula dari jam 3 petang hingga 8 malam (Sabtu) dan 8 pagi hingga 8 malam (Ahad). Seramai 80 pasangan yang hadir menjalani kursus wajib ini.

Malamnya, setelah kursus selesaim, aku dan Mr Kekasih bergegas ke Panggung Istana Budaya untuk meriadahkan diri menonton teater muzikal Impak Maksima arahan Ahmad Idham. Menakjubkan serta mengujakan! Itulah ayat pertama aku lafazkan pabila menjejak keluar dari auditorium! Hilang sikit stress kursus kahwin! Huhuhu....






Dari produksi pentas, lakonan dan muzik sungguh memberikan impak MAKSIMA pada aku yang tak pernah ambil kisah langsung tentang Filem Impak Maksima di panggung wayang. Malah aku ini bukanlah juga seorang minah 'drift atau penggemar sukan permotoran.

Seperti biasa, pelakon utama teater ini, Zulhuzaimi (the best actor untuk aku) memberikan pulangan wang yang aku taburkan untuk menontonnya! Lakonan yang mantap menyebabkan aku dan Mr Kekasih serta para penonton yang lain sengal rahang tertawa tawa akan kehebatan lakonannya.

Ahmad Idham sangat berani! Aksi 'drift donut' mengujakan semua! Irama Hip Hop yang disusuli nada asli melayu memantapkan lagi penceritaan cerita ini.

Cuma yang buatkan aku terfikir, mungkinkah Ahmad Idham berani untuk membawa teater ini keluar dari Malaysia? Renungkan....Aku yakin ia mampu berikan IMPAK yang sangat MAKSIMA buat penonton luar terutamanya Jepun!

Hey, Dynas (my classmate) juga tak kurang hebatnya di pentas lakon teater. Keberaniannya mencampakkan minda penonton jauh tentang bakat yang tak ada tolok banding. Cool babe (dynas). You will always have my support towards you career.

Untuk kalian yang teragak agak ingin menonton teater ini, jangan buang masa fikirkannya. Tiket masih boleh dimiliki sehingga 22 November ini! GO and GET IT! You will enjoy the show. Trust me!

Again and again, CONGRATS!!! I was enjoying from the 1st scene till the end.

Here are the pics during & after the theater:


~~Teruja beb.... 9/10 stars~~

Im so called 'perempuan melayu terakhir' sb pakai baju kurung. Hey! just got back from Kursus Kahwin la....malas nak tukar2 uniform ;)

Fav actor. You're the best la bro.

Suddenly terjumpa pula school mates yang lain. Hahahaha, dah macam small reunion pula. Can't really remember their names (sorry pretty gilrs). Yang I tahu, Dynas, Amy (berambut pendek bersebelahan jejaka tampannya berbaju orange) and Me were in the same class (form 4 & form 5).


I wish I could have her shape....sob sob. This is Amy! Classmate....

Mr Kekasih enjoyed the show cuma tak puas hati sebab ending part hero mati (cool hunny, nanti kita marah Ahmad Idham ok)

So tunggu apa lagi??? Get your ticket NOW!!!!

~~I want those~~

Beberapa waktu lagi, usia mengenjak menggapai angka 25 dan aku semakin ke hadapan melihat duniawi penuh pancaroba. Kalau liku yang harus aku tempuh, aku gagahi. Jika gemilang merempuh maka aku syukuri nikmatNYA.

Alhamdulillah buat segala nafas yang telah aku hembus dan dosa yang aku sedut, keampunan kupohon agar tidak lagi mencalit setitis noda dosa menyusuri liku yang bakal kususuri.

Pesanan yang kuterima dari email, sms dan laman laman seperti friendster, facebook dan myspace persoalkan aku tentang cenderahati yang mahu aku pinta menjelang hari 25 tahun itu nanti. Teman teman sungguh prihatin dan aku bersyukur dipertemukan dengan kalian. Bangkit, jatuh, bangkit lagi dan jatuh lagi, kamu masih di situ memapah jalan tersungkur memimpin lorong bahagia bersama.

Aku hanya mahu kalian terus bergandingan denganku. Aku mahu kalian terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatanku. Aku mahu kalian usah putus memohon agar Illahi mengampunkan dosa dosa yang pernah aku lakukan.

Tapi, jika kalian tanyakan lagi tentang hadiah itu maka aku tidak menolak. Hahahahahaha! Aku senaraikannya :

Buku ini sambungan dari "UGLY" wrote by Constance Briscoe. Sebuah buku yang berjaya membuatkan aku menangguhkan segala kerja, termasuklah ke tandas dan lupakan makan pagi dan malam semata mata berazam menghabiskan keseluruhan ceritanya. Kejam dan menyayat hati. Now, I can't wait to continue my reading on her 2nd book, continuously from UGLY.
**Hunny, I want this**

Another story, membuatkan aku menghuni teratak MPH selama hampir 45min untuk menghabiskan beberapa babak membuatkan aku tak mahu lepaskan untuk mengklimakskan bacaanku!
**Hunny, one more please!!!! No mo after this**


Nobody's Child!!! Again, a story of abandoned child yang turut membuatkan aku sebak dan mencebikkan muka keluar dari MPH kerna tak membawanya sekali.
**Along or Amirul or Siti or could be Ayu, this one for me ya!!!**

And next goes to this!

One more and more....

Ermmm, thats it for books. Those who didnt know me, Im a bookworm, tapi bukanlah bagi buku buku berilmiah sangat. These are for leisure, nothing more! I wanna share moments with the author! Tot one day, I would published ones.

Sesungguhnya, aku nyatakan sejak kembali pulang tanah nusantara, aku tidak lagi punya banyak waktu untuk manjakan diri bersama buku. Masa sangat padat untuk aku menyiapkan tugasan pejabat, mengaktifkan Kelab Anwar Ibrahim, berfamili dan memanjakan Mr Kekasih. Aku kepingin benar punya waktu seperti dulu. Ke mana sahaja pasti ada ruang untuk minda terus bergerak membaca dan membaca.

Aku bicarakan pada Mr Kekasih isu ini, katanya lepas 'settle down' pasti kita punya banyak masa untuk meriadahkan kembali aktiviti diri. Malah tuturnya lagi, kita ini sedang sibuk bangat dengan telaah waktu waktu genting menyorotkan diri melangkah ke alam baru.

Benar, aku suka bicara sama Mr Kekasih. Lidahnya lembut selembut ikhlas hatinya. Tuturnya manis dan indah semanis senyuman dan jujur hatinya. Aku senang berkongsi rasa, dan mungkin kerna itu Tuhan menemukan aku untuk bersamanya.

Mr Kekasih banyak memberikan aku sokongan dan menenangkan aku dikala runsing. Kecamuk minda pastinya dirawat dengan sentuhan dan senyuman. Sejak kami berkenalan, bercinta, mengutus risikan keluarga lantas bertunang dan kini menghitung saat saat diijabkabulkan, aku dan dia seringnya mengerti firasat kata hati ke hati. Alhamdulillah, Tuhan itu benar mencampakkan rahmat ke dalam hati kami.

Owh ya, berbalik pada bicara Hadiah untuk Ulangtahun Kelahiranku. Apa lagi yang aku mahu? Sudah punya segalanya, keluarga yang tak putus mengikat dengan kasih sayang, Mr Kekasih yang menambat dengan belai dan cinta, teman teman yang jujur dan tidak bermuka muka (walau aku sedar ada seekor dua), kehidupan yang damai, maka akhirnya aku tak mahu apa apa untuk tanggal itu.

Teman yang budiman, kamu ukur aku bukan kerna siapa aku. Kamu kasihkan aku bak saudaramu bukan kerna besar mana aku, sebaliknya aku harus hadiahkan kamu segala rasa cinta yang ada untuk membawa persahabatan ini dunia dan akhirat. Usah tanyakan lagi apa yang aku mahu!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tapi aku mahu ini dari Papa & Mama (hahahaha):

1: Return ticket from KUL to LHD (Kuala Lumpur -> London)
2. Blackberry Bold
3. D&G Sunglasses (cost RM9xx before 30% discount)
4. VAIO laptop
5. New Editing Software (Matrox II)
6. HDV Sony Video Camera

Can I get that? Tak dapat semua, at least 3 items pun ok la. Muahahahahaha Demanding!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oppssss I have to stop dreaming! Jam menunjukkan Zohor dah tiba, Mr Kekasih akan muncul beberapa ketika lagi dan aku harus bersiap untuk ke Kursus yang sangat membosankan!!!! Nak kahwin pun kena torture! Arghhhhhhhh...

Nanti aku bicara lagi, dengan kisah minggu ini yang menarik untuk aku kongsi. Aku minggir dulu ya!

Thursday, November 13, 2008

~Kota Inggeris....aku rindu kamu~~

Perjalanan mencari bulan dan bintang sering ada di tengah tengah gugusan cinta. Bila si angin menghembus bayunya, ditempelek aku dengan persoalan demi persoalan.

"sudahkah kamu rasakan erti bahagia?"

"apa tulikah matamu wahai angin? aku ini bukankah dalam kelopak warna cinta? mana mungkin aku tidak rasakan bahagia?"

sambil mengulit lorong selingkuh cinta, aku mengacu tajamnya kata pada angin lena.

"sudah setahun kau pulang ke tapak nusantara. kau tinggalkan bius selesa Kota London, katamu di sana itu adanya damai sedang disini fikiranmu kusut"

"aku mencari damai? dalam diri bersama semangat aku sudah ketemui, yang tinggal hanya pengertian", aku sambut lagi bicara si angin kudus.

Di sana aku gambarkan cinta penuh dengan warna. Empat musim buatkan aku dalam blues, empat musim buatkan aku benci pada jalanan hidup, empat musim sering menukar rona suka dan duka.

Kota empat musim yang aku diami selama hampir 3 tahun itu buatkan jiwa ini kacau dan resah. Aku sering rindukan metropolitan Kuala Lumpur. Nyamannya ada, panas dan sejuk bersilih ganti namun setianya cuaca pada alam mengajarkan aku apa itu gugusan cinta.

Yang lalu telah rebah, cinta disulam punah sudah, di telah rakusnya keegoan. Aku mencari cari apa itu cinta hingga utusan pilu kulayangkan buat si cinta.

"angin petang, aku benar kecapi bahagia kini. Aku tak mahu lagi berpisah ribuan batu, aku mahu cinta yang ada sentiasa mekar tanpa ada celanya", aku bebel.

"angin petang, semalam sudah aku kuburkan. Masihkah kau ingat betapa buntunya aku? Mencari dan mengenali rasa cinta yang terikat hampir 3 tahun akhirnya karam dan tenggelam?"

Bulan tertawa dengan keluhan hati. Bintang mengekek sambil terkerdip kerdip.

"Mari doakan aku terus bahagia. Aku tak peduli siapa pun cemburu, aku nyahkan terus angin buntu yang hadir dalam jiwa mereka nan kalut. Permata yang dihadiahkan Illahi padaku jawapan akhir dalam pencarian teman hidup. Usah kau kekekkan semalamku, usah kau tawakan aku".

Aku menerawang kisah lalu, di rimbun usang Kota Inggeris. Kelihatan hanya ada samar samar, menari dan mencari fokus yang hilang. Gelak tawa hanya sendiri, mencari menumpang kasih tatkala jauh dari semuanya buatkan aku tewas bersama hukum karma.

Kota Inggeris pengalaman mendewasakan, aku hanya mahu kenali diri yang kini walau hati meronta mahu pulang kembali menjejak kota empat musim.

Kata Mr Kekasih, "Hari ini I izinkan U untuk kembali ke tapak jajahan. Kalau suratannya I harus turut ke sana, sepanjang hayat I pasti menemani U baby".

Aku sudah persiapkan diri, aku mahu kembali ke sana membawa cinta yang abadi. Aku tak sunyi lagi, dimamah gelisah. Aku rindukan kamu kota Inggeris, aku rebah dalam rangkulan cintamu.

Bulan dan bintang sering nantikan aku dengan jarak lebih hampir. Bila ku tatap wajah sang bulan, terbayang sinaran yang menerangi alam gelitaku.

Dengan izinmu Illahi, aku mahu kembali ke sana. Pondok usang Croxley Road, London sering membawa mimpi indah untuk aku kembali.

Maka bulan, bintang dan angin tersenyum melihat tanaman cita citaku. Kau usah gelak, sebaliknya aku merangka benteng utuhnya kesempurnaan hidupku.

~~Bulan Oh Bulan~~

Aku renung pada bulan
Bicaralah padaku
Mengapa membisu
Mengapa memaling dariku

Apa kau rajuk padaku bulan
Endahkan keriangan bersamamu
Sedang dibalik sana indahmu berseri
Dibalik bintang bertaburan

Aku rindu padamu bulan
Jangan lagi rajuk padaku
Berikan senyuman
Berikanlah

~~Warkah Terlantar Di Katil Usang~~

Terik petang membuatkan aku dahaga mencari segelas air, yang kujumpa dalam peti sejuk adalah vitagen berperisa asli.

Gluk gluk, hanya dengan tiga kali tegukkan habis sebotol kecil.

Beberapa jam kemudian, aku rasakan perut mual. Serba tak kena dengan segalanya. Apa sahaja yang melintang depan mata hanya disambut dengan loya. Hati mula tertanya tanya, apa semua ini? Kepala turut menyambut pening. Pusing macam gasing.

Mr Kekasih yang terlantar setelah mendapat suntikan dari doktor pagi tadi tak mampu berkata kata. Khabarnya, keracunan makanan tapi mengapa dia sahaja yang terkena sedangkan lewat waktu ini, apa yang diratah itulah yang menjadi halwa tekak ini menelan.

"Sayang ok ke? Sakit perut lagi?", aku tanyakan padanya.

"ooook taaapi takk laaaaarat naaaak baaaangun laa", percakapan Mr Kekasih semakin lembab dan perlahan. Ini tak bukan, kesan dari suntikan yang diberikan oleh doktor siang tadi.

Tiba tiba, aku pula yang mual. Berjangkit ke? Atau psikologi yang menari?

Perut memulas, pening melibas. Tekak loya mengeras. Apa kenanya ni?

Petang berlabuh, aku masih lagi menonggeng kesakitan. Mr Kekasih terus mamai. Aku kini dapat rasakan tentang isu keracunan makanan siang tadi.

..............................................................................................................................................................

Dalam kereta menuju ke pejabat

"Baby, I rasa kita kena keracunan makanan la. Malam tadi I tak boleh tidur, cirit birit aje. Ni pun badan lemah lemah dan sakit kepala. Pusing betul ni", Mr Kekasih mulakan bicara.

"Keracunan makanan? Apasal I ok je hunny? Apa yang u makan, itulah yang I makan sama. You ni mesti ada yang tersalah makan kot"

Aku membebel dan terus memandu. Selalunya Mr Kekasih yang akan memandu ke pejabat tapi kali ini dia betul betul 'surrender'.

"Hurmmmm entahlah, mungkin I termakan mangga busuk kot. Semalam balik je rumah, I makan mangga yang kita beli di Bidor hari tu".

"Tak pelah hunny, you rehat ya. Nanti dah sampai office, kalau tak larat jumpa doktor ok."

..............................................................................................................................................................

Lokasi : Klinik Kota Damansara

"Kamu terkena keracunan makanan ni. Asid dah makin banyak dalam perut. I tak boleh nak bagi Injection takut takut gastric pula then perut you boleh kena cramp", tutur doktor berbangsa Cina padaku.

"Apa apa je lah doktor. Saya tak tahan dah ni, asyik ke tandas selang 3 minit. Saya tak larat sungguh ni", aku merintih.

Mr Kekasih yang sudah beransur pulih menemani aku ke klinik jam 9mlm.

Nampaknya memang benar kami terkena keracunan makanan, kesan aku cuma terlewat tiba.

"Saya berikan kamu MC dan berehat. Jangan lupa habiskan ubat yang diberikan. Kalau masih tak kurang, datang balik ke klinik", bicara doktor dengan senyuman memberikan sedikit semangat buatku.

"Thanks doc". Itu sahaja kata kata yang ada.

..............................................................................................................................................................

Maka dengan itu, benarlah RESTORAN THE CHICKEN RICE SHOP, GIANT KELANA JAYA benar benar membuatkan aku dan Mr Kekasih diserang keracunan makanan. Seksanya hanya mereka yang pernah alami tahu.

Mual bila diingatkan kembali.

Perhatian untuk semua : Jangan main makan je walaupun restoran tersebut dalam premis berhawa dingin. Belum tentu ianya bersih dan dijamin tahap kebersihannya. Perhatikan bahawa ada tak lalat berterbangan, kalau makanan tersebut dah rasa lain dari biasa, maka cepat cepatlah hentikan dari terus menelan.

Di kala aku sedang merangka ayat ini, perut masih terus memulas dan kepala tinggal saki baki pusingnya.

Ahhhhh leceh tau!

Tuesday, November 11, 2008

~~Kisah Hujung Minggu bersama Family Smart Reader~~

Aku sukakan laut, deru ombak membidas pantai buatkan aku tenang, buatkan aku damai. Percutian ringkas hujung minggu yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat aku mencari rezeki merungkai sedikit ketegangan otak yang serabut dek bebanan yang adakalanya memecahkan otak kiri dan kanan aku.

Kesibukkan sepanjang hari, meluputkan sedikit aktiviti mengarang novel, merenggangkan perjuangan Kelab Anwar Ibrahim bersama teman teman, memendekkan masa tidurku kini membuahkan nafas panjang bila mana aku dihantar oleh 'company' bersama rakan rakan yang lain untuk menikmati percutian 2 hari 1 malam di Damai Laut, Perak.

'Company trip' di kala ketegangan minda sungguh menyeronokkan biarpun pulang dengan sengal sendi dan tulang empat kerat. With very tight schedule started on 8th November, walaupun penat dengan agenda yang disusun namun masih mampu menarik senyum ke telinga.

Apa kata aku biarkan gambar ini berbicara. Ermmmmm Mr Kekasih kata "jangan letak gambar banyak banyak ye sayang. Nanti jadi hot story pula".

Untuk menjadi seorang kekasih yang mendengar kata lantas bakal isteri yang menuruti nasihat bakal suaminya, aku hormati bait kata Mr Kekasih.

Maka berbicaralah gambar gambar ini :


Mr Kekasih won 3rd prize for lucky draw.....Buble Jet Printer. I guess it related dgn kerjanya la!!! Congrats darling tho I know u want cash money. Huhu!


Cuba untuk memberikan pose yang paling seksi, but the winner still her!!!! hehehehe, the most hottest babe in Smart Reader (sweet Yen Yi)


Cian Mr Kekasih, kena kerja juga malam berdansa. Hey, you look stunning with your pink suit la hunny. Blink blink

The Mommy of SRW!!! Dr Wang (big boss)

Aku temui rona ceria dalam dirinya! Hey, I love you!!!!

taken by Shin Yi. katanya creative shot.....ermmmmm wut do u think hunny?

back : Agnes, Yen Yi, Me
front : Rachel & Shin Yi

Friday, November 07, 2008

~~Eh...Temujanji hujung minggu~~

Khabarnya ada deruan laut membisik
Pasir pantai mulus menyalut
Awan membiru burung berlagu
Ah indahnya suasana itu

Khabarnya ada janji di sisir pantai
Berselingkuh dengan pohon rendang
Bergelumang dengan bayu menderu
Ah indahnya suasana itu

Akan aku khabarkan kisah itu
Cinta di pantai Damai Laut
Bersama daun kering yang gugur
Cemburu lihatkan keriangan

Usah rindukan aku
Beberapa hari menghilang dari bayanganmu
Kuutus kisahku
Pada lembaran baru

p/s : I'll be away for company trip. Yuhuuuu.........

Thursday, November 06, 2008

~~Ini Entri Emosi! Bahaya~~

Mual lihat perangai manusia berasak asak mencari ruang selesa di kota metropolitan.

Bosan dengan lagak ego yang tak mahu kalah dan sentiasa fikirkan mereka umpama pari pari kayangan atau mungkin aktor kacak.

Bergelimpangan dengan nada nada angkuh, buat aku loya dan mual.

Mulanya mereka hanya parasit, menempek mengangkat dada. Walhal hakikinya mereka lebih dari lingkaran pokok duri melata yang melilit ruang bahagia orang lain.

Dunia terus gelakkan aku, melihat lakon layar mereka di pentas dunia dan aku tunduk membisu. Apa mahu sahaja aku hamburkan segala kata???? Ahhhhhh biarkan.... Kata hati juga yang mengurut urut dada gelora.

p/s : Ini entri nada emosi. Aku dah mual! Entri ini lahir ketika kepala pusing.

Sunday, November 02, 2008

~~Jom Ke Panggung Tonton BUDAK KELANTAN~~

Aku tonton wayang bersama Mr Kekasih Jumaat lalu. Judul cerita kali ini agak mengujakan aku, apatah lagi barisan pelakon ditampilkan tidak begitu gah di persada seni. Kalau adapun, sekadar seorang dua. Sudah lama aku dan Mr Kekasih tidak tonton wayang Melayu dan kali ini, setelah mengikat kata sepakat maka aku dan Mr Kekasih membeli tiket wayang yang berjudul "Budak Kelantan".

Persepsi di awalan tidak melahirkan sebarang keyakinan bahawa ia bakal dianugerahkan 5 bintang oleh aku. Namun untuk terus menyokong filem kita malah membuka ruang meningkatkan lagi pengetahuan mengenai mesej yang ingin disampaikan maka terus tidak berfikir panjang untuk melepaskan peluang menonton wayang ini.

Mengisahkan tentang kehidupan anak muda dari Negeri Pantai Timur, Kelantan dengan berlandaskan pelbagai onar dan ranjau kehidupan, filem ini membuatkan panggung sentiasa senyap dan konsentrasi penonton memberikan impak pada jalan cerita yang sangat memberangsangkan.

Dua kelompak kehidupan anak muda yang mencari rezeki di kota syurgawi Kuala Lumpur bukanlah menghasilkan cerita cerita indah dalam perjalanan hidup mereka. Terlibat dengan penjualan perempuan, rogol, penggunaan ubat batuk secara salah dan menganggu ketenteraman awam menjadikan filem ini berwajah dua. Umum untuk semua tetapi masih mengandungi unsur unsur keterlaluan walau tidak membahayakan.

Pengajaran dan mesej yang ingin disampaikan sangat jelas, jika dari 10 bintang, aku letakkan 8 bintang untuk jalan cerita dan mesej yang ingin diterjemahkan.

Namun demikan, ada dua kelemahan yang seharusnya pihak produksi ambil kira dan pertimbangkan. Pertamanya dari penggunaan kamera yang banyak menggunakan 'hand held', gambar yang bergoyang dan berayun membuatkan aku mual dan tak sanggup untuk menonton. Sekurang kurangnya jika mahu menonjolkan kreativiti sekalipun, jagalah kualiti teknik penggunaan kamera. Terus terang aku katakan, aku seperti berada di dalam sebuah kapal di lautan bergelora dan menonton wayang gambar dalam keadaan berbaring. Benar, ia sungguh memualkan dan mengganggu konsentrasi aku terhadap jalanan ceritanya.

Kedua yang seharusnya pihak produksi beratkan adalah kreativiti dari aspek 'jump shot'. Walaupun ia diketegorikan sebagai kreatif 'shot' namun perberatkan jugalah tentang kualiti penceritaan. Mungkin ada yang hilang arah untuk menumpukan perhatian sepenuhnya. Sebaiknya, perancangan teliti dari babak ke babak menjadi faktor utama.

Kekuatan mesej dan penceritaan filem BUDAK KELANTAN ini sesungguhnya memberikan pengajaran yang tak bisa disangkal. Malah ia sangat berkait rapat dengan realiti. Barisan pelakon biarpun tidaklah terdiri dari golongan punya nama di persada tanah air namun mereka harus diberikan 'hat off' pada mereka memandangkan kualiti lakonan yang sangat baik. Syabas!!!

Owh ya, buat rakan rakan yang tidak berapa fasih dengan dialek Kelantan, anda disarankan membaca 'subtitle' yang disediakan kerana penggunaan dialek Kelantan sangat pekat dalam filem ini. Namun ia tidaklah membebankan sebaliknya memberikan ruang untuk kita mempelajari keindahan dialek tersebut. Aku agak bernasib baik, setiap butir yang tidak begitu faham lantas sahaja aku ajukan pada Mr Kekasih, memandangkan beliau begitu fasih dengan dialek negerinya itu.

Secara keseluruhannya, filem ini banyak menzahirkan realiti sebenar dan skrip filem ini disusun begitu mantap seolah ayat puisi.

Jangan lupa ke panggung wayang untuk menonton filem ini kerana ia memberikan kepuasan yang mendalam dari segala aspek. Tahniah buat kumpulan produksi BUDAK KELANTAN yang bertungkus lumus menyiapkan filem ini dari peringkat pra hingga pasca produksi. Aku hanya mampu zahirkan rasa puas dan keluar dari panggung diringi senyuman buat Mr Kekasih.


~~Bintang Bicara Bahagia~~

Dalam segala derita ada nafas bahagia
Usah dirobek lagi corong gelita
Biar teruskan dengan kepekatannya
Sinaran bulan biar teruja terus ke dasar hati

Semalam bintang lagukan bicaranya
Terkelip kelip menyinar bak permata
Bertaburan di dada langit
Mengurat mataku yang tak bisa kerlip

Aku jerit pada awan
"Kini aku temui BAHAGIA"
Aku jerit lagi
"Aku mahu kongsi BAHAGIA bersama"
Dan lantas terpekik lagi kotak suara
"Aku tak mahu lagi kau ragut keBAHAGIAAN ini"

Bintang kerdipan yang indah
Dengarlah bingkis hati menangis
Semalam itu momok kelabu yang menghantu
Aku mahu kau kerlip dan terus mengerlip
Menemani aku dan bulan

Ku dongak menghitung teman temanmu
Banyak sekali malam ini
Langit benar cerah buat kita
Buat alam yang rindukan babak ceria

Jangan pergi sebelum aku tidur
Temani aku hingga awal subuh
Hiburkan aku dengan kerdipanmu
Aku bahagia melihat kesucian itu

Bintan bertaburan bintang mendamaikan
Temani aku sebelum aku tidur
Janji ya....