Sunday, November 02, 2008

~~Bintang Bicara Bahagia~~

Dalam segala derita ada nafas bahagia
Usah dirobek lagi corong gelita
Biar teruskan dengan kepekatannya
Sinaran bulan biar teruja terus ke dasar hati

Semalam bintang lagukan bicaranya
Terkelip kelip menyinar bak permata
Bertaburan di dada langit
Mengurat mataku yang tak bisa kerlip

Aku jerit pada awan
"Kini aku temui BAHAGIA"
Aku jerit lagi
"Aku mahu kongsi BAHAGIA bersama"
Dan lantas terpekik lagi kotak suara
"Aku tak mahu lagi kau ragut keBAHAGIAAN ini"

Bintang kerdipan yang indah
Dengarlah bingkis hati menangis
Semalam itu momok kelabu yang menghantu
Aku mahu kau kerlip dan terus mengerlip
Menemani aku dan bulan

Ku dongak menghitung teman temanmu
Banyak sekali malam ini
Langit benar cerah buat kita
Buat alam yang rindukan babak ceria

Jangan pergi sebelum aku tidur
Temani aku hingga awal subuh
Hiburkan aku dengan kerdipanmu
Aku bahagia melihat kesucian itu

Bintan bertaburan bintang mendamaikan
Temani aku sebelum aku tidur
Janji ya....

No comments: