Thursday, January 19, 2012

Warkah buat temanku yang sedang dalam ujian TUHAN

Aku terpanggil menulis warkah hari ini untuk seorang sahabat yang sedang di uji tuhan.

Kalau dia terbaca, aku sebenarnya tidak punya kata yang tepat untuk gambarkan ketabahannya.

Kalau aku diduga, kalau aku diuji, aku sendiri belum tentu boleh menjadi sekuat dia.

Ujian tuhan itu tidak akan menzalimi umatnya, maka dengan itu kita harus terus tabah bila diuji.

Teman,
Kalau hari ini kau menangis atas pemergian insan yang bakal kau gelar anak, sapulah airmatamu kerana pastinya mereka itu sedah menantimu di syurga jannah.

Teman,
Kalau hari ini sakit di perutmu tidak sesakit hatimu yang kian remuk dek kegagalan merasai bayi kecil bergerak-gerak dalam tubuhmu itu, genggamlah seeratnya jemarimu moga Allah titipkan sedikit cahaya dalam genggamanmu. Sesungguhnya itu adalah keperitan yang seketika cuma.

Teman,
Aku tak mungkin merasai apa yang ada dalam sanubarimu, namun walau sejuta kata semangat dilemparkan, sejuta kali itu jualah kau tak endahkannya.
Kerana kau sedang dalam kemurungan yang tidak mungkin ada penawarnya.

Teman,
Kau beruntung di uji tuhan, terhapus dosa-dosa kecilmu setiap kali kau memanjatkan syukur dan redha atas ketentuan yang Allah warkahkan buatmu.

Teman,
Bangkit dan janganlah kau terus dikerumuni kesepian. Kau itu sebenarnya jauh lebih gagah dari apa yang kau tahu. Tuhan sedang merencana sesuatu lebih indah buatmu.

Teman,
Setiap kali kau dihambat tangisan, lihatlah wajahmu di cermin, apakah ini wajah seorang bakal ibu yang tak bisa menanggung ujian Tuhan?
Apakah ini wajah mama yang bakal melahirkan putera puteri comel tapi tidak kental dalam mengharungi cabaran?

Tataplah wajah manismu dan senyumlah, katakanlah pada dirimu bahawa kau akan menemui mereka di Syurga sana.

Teman,
Aku tidak mengerti sejauh mana rasa pilumu walau aku sangat memahami kedukaan itu.
Namun aku hanya mahu kau tahu, sebutir airmatamu mengalir, selautan isi alam turut bersedih.
Apakah kau mahu dunia bersedih? Dirundungi malap?
Jangan teman, jangan simbahi dunia ini dengan gelap dan kusam.
Kau semburkanlah segala cahaya dengan senyuman, khabarkan pada seisi alam bahawa kau akur ketentuan ALLAH swt.
Dia yang maha AGUNG merencana untuk kita semua
Dia maha ADIL
Dia maha MENGETAHUI
Dia maha PENYANYANG

Teman,
Jika senyumanku bisa merawat kelopak kuntum bungamu yang kian layu, ambillah bila-bila kau mahu agar aku bisa membuat bunga itu terus kembang dengan mekar.

Salam dari sahabatmu....
19012012

Tuesday, January 17, 2012

Kisah AWAN NANO dan Ziq

Setiap kali aku nyanyikan lagu ini, Ziq pasti tak kerlip tengok wajahku. Sambil menahan mengantuk yang tak tertahan, dia cuba tenyeh-tenyeh matanya.

Mungkin sedap kot aku nyanyi atau mungkin juga dia faham apa maksud lagi ini.

Sebenarnya aku sendiri tak pernah tahu apa maksud Awan Nano sampailah aku dan Mr Kekasih membincangkannya secara ilmiah, memang sangat kelakar.

Kata Mr Kekasih, Nano tu maknanya kecil, sekecil zarah. Jadi apa kena mengena Nano dan Awan.

Aku pun menyanyi dan terus nyanyi hingga dapat aku selami mungkin juga itu yang ingin disampaikan oleh penulis lirik lagi ini.

Di minda, aku cuma membayangkan video klip Awan Nano, wajah Hafiz dan perkataan NANO. Itu sahaja yang aku tahu sebelum aku nyanyi dengan penuh pengertian buat Ziq setiap kali dia minta untuk ditidurkan.

Aku sedar ada sesuatu pada lagu ini dan aku terus nyanyi pada Ziq dan setiap kali itulah dia seperti mengerti bahawa aku benar-benar mencintai dan tulus ikhlas menyampaikan mesej lagu tersebut kepadanya.

Percaya atau tidak, setiap kali aku nyanyi (dengan gaya tersendiri), sinar mata Ziq membalas bahawa dia benar mengerti kasih yang aku taburkan.

Terima kasih pada Awan Nano kerana Ziq mungkin mengerti lebih dari apa yang aku tahu tatkala keikhlasan yang aku sampaikan terus pada corong telinganya itu.

Ah....anak kecil sahaja mana mungkin mengerti! Tapi aku tak tipu!!!

Ziq meminta aku nyanyikan lagu tersebut hingga adakalanya dia tidak pernah kerdipkan mata sehingga aku menangis sambil menyanyi.

Ya aku emo! Aku tak kisah kalau orang katakan aku emo, sebab aku emo dalam menyatakan kasihku! Aku ikhlas.

Terima kasih Awan Nano kerana Ziq pernah senyum seikhlasnya dan khusyuk mendengar aku mendendangkannya.

Aku masih ingat bila dia terus memelukku bila lagu tersebut habis kudengdangkan dan tertidur dia dalam dakapanku.

Anak kecil itu mungkin sukakan muzik, tapi aku tahu Awan Nano punya kehebatan di sebalik kata-kata sehingga jiwa anak itu tenang!

Dengarkan ya!



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu



Alunan lagu buat tidurmu - Ziq

Aku cuba elakkan dari menulis tentang si kenit itu.

Nyata aku gagal kerana dia berada dalam setiap nafas yang ku hembus dan kerlip mata yang membuntang.
Aku terlalu asik membelek wajahnya yang mulus itu, giginya yang mula memenuhi senyuman buatkan aku tak lekang mahu membuat dia tertawa.

Aku tak pernah endah walau dia tak bisa menyelami hatiku.

Setiap hari, bertalu-talu soalan yang aku lontarkan,

"Eki sayang mommy tak?"
"Eki rindu mommy tak?"
"Malam ini Eki tidur peluk mommy tak?"
"Eki tak rindu ke bila mommy kerja dan tinggalkan Eki?"

Semua jawapan itu dianggukan dengan laju tanda benar-benar rindu padaku. Padahal tahukah dia erti rindu???

Aku berkelakuan seperti anak kecil bila berbicara dengannya.

Namun, ada soalan yang seringkali aku tanyakan dia tak pernah menggeleng, malah dia sering mampi padaku, minta di didakap dihembus rapat ke telinga dan memanah terus ke matanya. Aku seolah bisa memahami apa yang dimahukan,

"Eki nak mommy nyanyi ye?", seringkali terjadi bila dia sudah tidak keruan melawan mata.

Si kenit hanya mengangguk dan menghulur tangan mohon di dakap.
Seeratnya aku dakap dengan senyum mengukir tiada bantahan.

Lagu ku alun bersilih ganti hingga dia benar-benar memejam rapat matanya sambil jemari menggosok-gosok dadaku. Inilah tabiat si kenit itu bila mahu tidur, tak bisa diam walau jemari sahaja yang mampu digerakkan.

Moga satu hari nanti jiika bisa dia membaca warkahku, mungkinkah aku dapat mendengar dia mengalunkan pula padaku lagu-lagu tersebut?

Awan Nano
Ayah & Ibu
Kisah Hati
Ombak Rindu

Katakan padaku wahai anak, apakah kau rasakan cinta yang bergetar dalam diriku setiap kali pipi mulus mu ke kucup?

Semoga tuhan memberkati amanah nya ini untukku didik dan pelihara sebaik manusia yang bisa menjadi pejuang Islam dan bangsanya!

InsyaALLAH.....

Sunday, January 15, 2012

Sesekali aku TERlantang..Opppps

Atas nama perjuangan itu
Aku tak kisah apa orang nak endah
Aku menyusur walau mata kau kabur
Aku menyelinap dalam saraf tanpa kau sedar

Atas nama perjuangan yang aku bersumpah
Kau tak perlu tinjau kesetiaanku
Kau tak perlu terjengket-jengket melihat ketaatanku
Kau hanya perlu lihat kegagahanmu

Aku punya prinsip walau kau keh keh keh kan aku
Aku punya tanggungjawab walau kau menggeletek gelakkan aku
Aku punya matlamat untuk aku dan perjuangan aku
Sedang kau aku pun tak tahu
Apa yang kau mahu?

Perjuangan itu usah kau bilang
Perjuangan itu usah kau bentangkan dadamu
Perjuangan itu atas laksanaan bukan modus operandi gahmu

Mari sini aku bisikkan
Rapat di suping telinga
Sayup resap di dada
"KAU MASIH BERDIRI BILA KENCING DAN AKU SUDAH TAU CANGKUNG AGAR TIDAK MELELEH"

Sibukkan tentang perjuanganmu sebelum selak tirai perjuanganku!