Thursday, September 07, 2006


~~SPECIAL DEDICATION TO PAPA, MAMA, ALONG, AMIRUL, N AYU ~~

"AKU INGIN MENJADI MIMPI INDAH DALAM TIDURMU
AKU INGIN MENJADI SESUATU YANG MUNGKIN BISA KAU RINDU
KARENA LANGKAH MERAPUH TANPA DIRIMU
KARENA HATI T'LAH LETIH"

"AKU INGIN MENJADI SESUATU YANG SELALU BISA KAU SENTUH
AKU INGIN KAU TAHU BAHWAKU S'LALU MEMUJAMU
TANPAMU SEPINYA WAKTU MERANTAI HATI
BAYANGMU SEAKAN AKAN"

"KAU SEPERTI NYANYIAN DALAM HATIKU YANG MEMANGGIL RINDU KU PADAMU SEPERTI UDARA YANG KU HELA KAU SELALU ADA"

"HANYA DIRIMU YANG BISA MEMBUATKU TENANG
TANPA DIRIMU AKU MERASA HILANG
DAN SEPI...
DAN SEPI..."

"KAU SEPERTI NYANYIAN DALAM HATIKU YANG MEMANGGIL RINDU KU PADAMU SEPERTI UDARA YANG KU HELA KAU SELALU ADA"
"KAU SEPERTI NYANYIAN DALAM HATIKU YANG MEMANGGIL RINDU KU PADAMU SEPERTI UDARA YANG KU HELA KAU SELALU ADA"

SELALU ADA...KAU SELALU ADA...SELALU ADA.....KAU SELALU ADA...
~~LONDON...HERE I COME~~




It's a time now...

Less then couple of weeks, i have to repack all my stuff and fly back to UK (my 2nd home at the moment). What a sob sob day when 19th September will come? I'm gonna miss all my beloved buddies in my life...mama, papa, along, amirul, ayu, rudy, friends and close relatives when my feet step onto Heathrow airport soon.

To stay alive in spinning world and dive in waving ocean, I believe god will always send me some guidance. Sincen kid, I always told myself, Im not strong enough standing by my own feet to survive in this world, and i need my family to guide me all the times. Papa told me, 'i can only give you an education sweetie', where as i think i need him more than what he gave to me now. I thought i could stay alone without anyone in my life, now I know...i can't!! Those who knows me well could understand my feelings since the day I left Malaysia and holding a name as a student in here. I miss them terribly......

Some people said,"London is a city of heaven and why should i cry like a baby?". Some says, 'am still new and couldn't attached with terrible weather and culture". Most people told, "come on, don't act like a baby...stay under your parent's armpit...only the chosen one have a chance to abroad and gain an experiences here...". Whatever they were told me, know one could understand my baby's feeling. Perhaps, am spoilt because of my parent, they pampered me with lots of happiness and loves. Thanks papa, mama and my siblings...

I wish i could blink my eyes and everything change....

I wish i could stay here till Eid

I wish all my family members are flying with me

I wish i could be more brave and stronger

I wish all my wishes come thru...

~~macam budak-budak kan?~~

Tuesday, September 05, 2006

~~MALAYSIA BOLEH?~~

Industri muzik Malaysia semakin tenat hari ini, isu yang merapu dan membosankan sering meniti dada dada majalah. Perkembangan perjalanan karier artis Malaysia suram sesuram langit petang yang membingungkan. Populariti dan bakat semakin tidak seimbang akhir akhir ini malah lebih menyedihkan apabila isu peribadi menjadi tajuk utama bagi mempromosikan diri. Demam rancangan Akademi Fantasia tak surut surut setiap kali ianya ditayangkan walhal setiap tahun penurunan dari faktor bakat semakin ketara. Sesungguhnya saya sendiri dah mula bosan mengikuti perkembangan industri muzik tanah air hari ini.

Membuak buak rasa meluat di hati ini apabila membaca isu Mawi yang tak henti menceritakan tentang keretakan hubungan pertunangannya dengan gadis dari Johor, di tambah pula dengan cerita yang membibitkan rasa meluat di hati saya terhadap kisah rahsia kelas atasan Siti Nurhaliza berhubung ura ura perkahwinannya dengan Dato 'K'. Tahap kritikal yang saya rasakan pula bila terbaca isu Salem yang tak berpuas hati dengan Adlin Aman Ramli berkaitan isu 'mulut lancang' yang tercetus ketika berlangsungnya Konsert Akademi Fantasia di munggu yang ke 4. Ketiga tiga isu ini sesungguhnya mengaibkan diri saya sendiri sebagai warganegara Malaysia yang menonton perilaku rakyat Malaysia yang suka mengambil tahu dan ingin tahu peribadi orang lain. Bukankah lebih molek jika kita mengambil tahu perkara yang tidak berhubung dengan kisah peribadi mereka, bukan apa, kuranglah dosa kering setiap kali kita mula berdiskusi dengan rakan rakan kita mengenai industri muzik, bukan industri glamour.

Sudah sudahlah mencari keaiban orang, kita seharusnya cermin diri sendiri sebelum mengukur baju di badan orang lain. Perkara putus tunang, berkahwin dengan kerabat dan kutuk mengutuk ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita, untuk apa kita rasa teruja bila ia melibatkan rakan-rakan artis? Mereka juga insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan, bukankah itu asam garam kehidupan? Sampai bila kita mahu membeli majalah dan membaca suratkhabar semata mata untuk menambahkan pengetahuan mengenai pengaiban orang lain? Ubahlah sikap kita untuk menjadi orang yang lebih berilmu dan mampu menilai sesuatu subjek dengan rasional bukan berpandukan gosip liar yang entah di mana kebenaran dan kesilapannya.

Industri muzik sendiri sesungguhnya melemaskan saya, bertungkus lumus dan berkempen kononnya mengurangkan lanun cetak rompak dan menaikkan taraf artis ke peringkat antarabangsa semuanya sekadar tin kosong sahaja. Setiap hari, masih lagi bersepah mereka yang menghasil dan menjual produk kotor ini. Sakit mata ini bila melihat industri kita sekadar usaha tanpa tindakan.

Di luar sana, banyak mulut yang mencemuh industri muzik kita, bukan itu sahaja ada yang memperkotak katikkan bakat artis kita yang pada mata saya hebat. Mengapa ini semua terjadi? Mengapa kita sanggup menjadi rakyat yang sanggup di cemuh? Saya hilang kata kata untuk mempertahankan industri kita bila mulut dan mata yang melihat serta mendengar terus memandang yang negatif dahulu, positif yang kurang dari 50 peratus terus membungkam kata kata saya. Untuk apa menegakkan benang yang basah, diam tak bererti takut dan bertarung tak bererti berani. Sebaiknya saya kaji dahulu mengapa kita sanggup menjadi pak tunggul yang membutakan mata menulikan telinga menelan cemuhan mereka itu.

Entahlah, hati saya sempit dan sesak bila melihat ke manakah arahnya nasib artis dan industri muzik tempatan kita. Bakat yang seharusnya dijual ditutupi dengan cerita cerita peribadi yang memualkan. Cukuplah, cukup mengambil tahu peribadi orang lain dan berilah ruang pada artis kita mencari rezeki dalam bidang ini dengan mempertontonkan bakat yang mereka ada. Mereka tidak akan kenyang perut dengan produk dari lanun yang anda perolehi. Buktikanlah kita ini warganegara yang bukan 'ASAL BOLEH' di mata rakyat luar, slogan 'MALYSIA BOLEH' seharusnya menjadi kata kata perangsang semangat kita bukan kata kata yang membuatkan ruang untuk warga asing mencemuh kita.

Saya tetap saya, teguh mencintai bangsa, budaya dan negara sendiri tetapi jika saya hanya berdiri sendirian melontarkan azam dan semangat untuk menaikkan martabat negara di mata dunia, lumpuhnya bakal mengundang di separuh jalan. Janganalah terlalu terikat dengan budaya yang mana kononnya kita ini negara sopan dan susila, namun di sebaliknya mereka di luar sana telah menyimpulkan rakyat kita di antara yang kurang adab dan sopannya.

Bukalah mata hati, renung sedalamnya apa yang kita mahu lakukan untuk generasi akan datang? Industri muzik kita semakin tenat, yang kaya bukan bangsa kita. Orang kita nasi dah disuapkan ke dalam mulut pun masih malas untuk mengunyahnya. Hentikanlah menjaga keaiban dan perihal orang lantas kita menyelami bagaimana untuk memajukan bangsa dan industri sendiri bukan untuk zaman yang akan datang tapi mulai dari saat ini. Buktikan kita bukan ASAL BOLEH tetapi kita ini rakyat yang BOLEH memikul dan memartabatkan negara ke antarabangsa. Jauh perjalanan ini bukan jarak pengukur yang membantutkan usaha ke destinasi kita...Berdiri kita biar sama teguh, beban yang kita tanggung biar sama dipikul, peluh yang menitis biar seiring irama lenguhnya.

Maruah kita paku, martabat kita patri, harga diri kita junjung, budi pekerti biar di sanjung!




GUBRA~~ORKED~~CEMAR BUDAYA???~~

Hati ini menarik narik untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...Benar kata pepatah, berfikir jangan diturutkan rasa hati yang seringnya memandu ke arah membuta tuli. Hampr seminggu lamanya memendam rasa di atas ketidak puasan cara masyarakat dan golongan artis menghukum 'orked' ketika memberikan ucapan ringkas sempena kemengannya meraih pelakon wanita terbaik menerusi festival filem 19 baru baru ini.

Mencari kesilapan orang serta menghukumnya membuta tuli memang lumrah manusia di muka bumi ini, tidk hairanlah mengapa isu kecil di bawa sehingga mengganggu gugat sensitiviti kabinet menteri kerajaan. Walhal isu negara yang lebih penting sanggup di ketepikan dan digantikan dengan hukuman pada anak muda yang baru diiktraf sebagai pelakon wanita terbaik. Pengertian bahasa Inggeris yang digunakan ketika menyampaikan ucapan ringkas tidak dilihat dari mata halus sebaliknya hukuman terus dijatuhkan dengan mengatakan beliau tidak menghormati bangsa dan bahasa. Ini yang sering menjadi masalah bagi rakyat kita hari ini, bahasa dan bangsa diagungkan lebih dari menilai keperibadian seseorang itu. Bagaimana masyarakat mahu bergerak lebih maju dalam mengusai bahasa Inggeris jika pengertiannya sendiri tidak dinilai dengan cara rasional?

"I look stupid when I speak Malay" bukan bererti beliau tidak menghormati mahupun menghina Bahasa ibunda kita, cuma mungkin beliau merasakan tidak begitu selesa jika bertutur dalam bahasa melayu pasar di majlis sedemikian. Cubalah kita mengerti dan memahami apa yang beliau rasai. Gemuruh yang melanda hati mungkin akan mengucar kacirkan bahasa ibunda jika tidak dituturkan dalam susunan yang betul di saat itu dan itu lebih memalukan. Keselesaan untuk bertutur biarlah beliau sendiri yang pilih, takkan itu pun kita harus tentukan......Sebaliknya kita harus mencontohi beliau kerana berani dan jujur pada diri sendiri. Seharusnya kita menasihati bukan menghukum sehingga ada pihak yang ingin menarik balik kemenangan beliau dalam usaha mengangkat kualiti lakonan Malaysia.

Sedikit sebanyak mengenai filem yang beliau bintangi, GUBRA, bukan mendapat pujian dan sokongan ramai malah hentaman demi hentaman diberikan. Tayangan di pawagam yang tidak mencecah beberapa minggu malah jualan vcd yang juga tidak dipasarkan sudah cukup memberi gambaran bahawa ramai pihak yang menghukum filem tersebut boleh meruntuhkan akhlak dan imej bangsa. Bagaimana kita ingin berkembang dan maju jika hama yang berterbangan di anggap gajah? Kononnya aksi berkemban tidak wajar bagi masyarakat kita yang mencintai kesopanan tetapi tidak pula ada sesiapa yang pertikaikan jika rata rata artis yang hadir di setiap majlis memakai pakaian ala kemban? Ini mungkin boleh menaikkan dan meningkatkan martabat melayu dan budaya agaknya di pemikiran mereka.....Belum lagi isu realiti masyarakat yang semakin hanyut dengan budaya barat....dari mana sumber ini diperolehi? Dari filem dan media jugakan? Walaupun berbeza bangsa dan budaya, tetapi tidakkah mesej yang diterima sama hebatnya dengan filem dalam negara?

Sudahlah, janganlah asyik mencari kesilapan orang lain. Berdiri di hadapan cermin dan bercakaplah apa yang anda tidak puas hati, pantulannya akan melibas diri sendiri bukan? Begitulah senario hari ini, tak perlu kita mendabik dada menghukum sesuka hati walhal segala kesopanan dan keperibadian diri datangnya dari pupukan keluarga dan masyarakat. Jika kita mahu lahirkan masyarakat yang punya nilai diri, paksilah pada kebenaran yang bukan berat di bahu kiri mahupun kanan.

Buat 'orked', syabas kerana berjaya membuka mata orang ramai betapa kita ini sebenarnya hanya hidup dalam lakonan kita sendiri dan mengutuk lakonan orang lain. Jadikan cemuhan dan rintangan yang dilalui sebagai ubat antibiotik yang hanya sekadar mempetahankan sistem imunisasi diri. Abaikan pemikiran cetek mereka dan teruslah berjuang sebagai anak seni yang kuat menghadapi rintangan dunia pura pura itu.

Hanya mereka yang tinggi bahasa Inggeris dan Melayunya sahaja dapat memahami erti kata sebenar maksud yang tersurat di sebalik kata-kata anda. Bak kata pepatah, kita tidak mati dek kata orang lain......

Monday, September 04, 2006




~~GUBRA cemar budaya~~REMPIT mengangkat martabat budaya~~????


Hello...
Im back to share my opinions and bit of comment regarding a new film revealed last few weeks. As a lover of 'malay's movies', i should show my thumbs up to 'REMP-IT and GONG' which i think they did a very good job to made the movie had it's own standard towards the industry. Of course, they will faces a lot of commenting from viewer, however it is, i always stand with my word, no one's perfect babe....so as if u care....

Mentaliti masyarakat kita sentiasa tertutup dengan budaya dan sopan bicara yang dibendung sekian lama, oleh itu mencari kesilapan dari aspek moral adalah satu kemestian dari kaca mata mereka. Sukar untuk diubah, perit untuk ditelan, payah untuk diluahkan bagaimana sebenarnya masyarakat hari ini menilai kualiti filem mahupun drama yang di tonton. Aspek utama yang sering dibicarakan adalah mesej yang bakal diterima dari penonton melalui cerita-cerita yang ditonton, tetapi hari ini ramai pula yang ingin menjadi 'tukang komen' dari segi pembikinan dan aspek sosial yang diterapkan dalam sesebuah filem@drama. Mungkin masyarakat kita cuba untuk berdiri sama tinggi dengan para pengkritik profesional, tidak pula mahu duduk sama rendah dengan para karyawan seni yang berusaha sedaya upaya menyelitkan kesan negatif yang mesejnya untuk kesedaran masyarakat.

Setelah menonton filem terbaru yang berada di pawagam (REMP-IT & GONG), satu pujian harus dilayangkan buat 'team' barisan pra produksi sehinggalah ke pasca produksi, kesungguhan mereka untuk menerbitkan filem sejaya negara barat jelas ketara dari 'result' filem mereka. Syabas kerana cuba untuk menzahirkan slogan 'MALAYSIA BOLEH', di mata dunia.

Saya tidak punya sebarang komen mengenai penyusunan cerita dari kedua dua buah filem tersebut, malah ianya membuatkan saya menarik nafas lega kerana kualiti sentiasa diberikan perhatian utama oleh pihak produksi. Barisan pelakon juga tidaklah 'stereotype', wajah-wajah baru mula menghiasi panggung malah kepercayaan peminat menjadikan mereka (pelakon-pelakon baru) berani dan berkeyakinan tinggi untuk mempersembahkan kehebatan mereka. Syabas!

Namun terselit rasa geram di hati kerana masih lagi ada suara sumbang yang menghentam filem tempatan 'GUBRA' dengan isu mencemarkan budaya, walhal dari perspektif mata empat ini, tidak langsung terselit unsur negatif yang mampu merosakkan minda anak remaja apatah lagi menghumban pemikiran mereka ke arah pencemaran budaya. Apa maksud mereka semua dengan 'sentence' mencemar budaya? Dont they feel stupid to comdemn other people works where you aren't even knew bout what's culture is...

Secara jujurnya, setelah melihat filem REMP-IT, saya boleh ketegorikan ianya sebuah filem yang digarap baik bermula dari susunan skrip sehinggalah ke susunan visual. Memang benar rencah kehidupan mamat motor sedemikian, walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang negara tetapi masih ramai yang alpa dan leka bahawa mereka menempah peti keranda mereka sendiri bila berada di jalan raya yang membawa dekat ke alam kekal dengan cara tunggangan mereka itu. Dari aspek BUDAYA pula, filem ini lebih hebat tamparannya dari filem GUBRA. Aksi yang tidak terbatas, tidak dipotong oleh pihak FINAS sebenarnya amat baik sekali, barulah mudah karyawan ingin berkarya membikin filem! Cuma, mengapa tiada yang ingin mencemuh aksi MELAMPAUI BATAS mereka di atas ranjang? Walhal dalam filem ini mereka yang BERGUMPALAN di atas katil bukan suami isteri, jika dibandingkan dalam filem GUBRA pula, mereka yang bergumpal dan berpelukan adalah suami isteri. CUBA PANDANG DARI PERSPEKTIF POSITIF YANG INGIN DITERAPKAN? Bukankah ia dapat membantu pasangan suami isteri kembali menyentuh antara satu dengan yang lain? DARI PETIKAN FILEM REMP-IT PULA BAGAI MANA? TIDAKKAH AKSI BERPELUKAN DALAM PENUH GHAIRAH ITU BOLEH MEMBUATKAN NAFSU DAN MINDA MASYARAKAT MUDA YANG MENONTON INGIN MENCUBANYA SENDIRI? Fikir dan renung kembali, apa yang kita mahu untuk budaya? Seronok melihat pasangan suami isteri bergumpal atau pasangan bercinta bergumpal? USAHLAH DITANYA MENGENAI MORAL ARTIS KITA, NAMA PUN PELAKON...MEREKA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MEREKA SEBAGAI PELAKON....APA YANG DIINGINKAN OLEH PENGARAH MENJADI AMANAT BAGI MEREKA MELUNASKANNYA. TUGAS MEREKA MENJADI PIHAK KETIGA MENYAMPAIKAN MESEJ, BUKANLU BAHAN KUTUKAN DARI PIHAK YANG MENONTON!!!! Dosa dan pahala bukan kita yang menilainya!

Samalah kita renung, apa yang sebenarnya bangsa kita ini mahu dalam mempertingkatkan dan memantapkan BUDAYA? Janganlah seronok menunding jari walhal empat jari lagi mengacu ke arah diri sendiri. BIAR PENGGIAT SENI FILEM MENJALANKAN TUGAS MEREKA, KITA INI SEBAGAI MANUSIA YANG BERAKAL JANGANLAH TERLALU SEMPIT MENILAI SESEBUAH ABSTRAK ITU!

KALAU TAK SUKA FILEM ITU, JANGAN TONTON...KALAU SUKA TONTONLAH!!! INI ADA PULA YANG TAK TONTON TAPI TUMPANG DUA KAKI MENGUTUK KONONNYA FILEM ITU CEMAR BUDAYALAH, ROSAK BANGSALAH....WALHAL BILA DITANYA 'BAB APA YANG CEMAR BUDAYA', JAWAPANNYA, 'ALA YANG DIORANG KATA PELUK ATAS KATIL TU LA.........', ishhhhh malu betul saya mendengar kenyataan sebegini. Mual dengan sikap yang terlalu mengikut suara ramai!!!!!!!

Apa apa pun, filem GUBRA mahupun REMP-IT, saya berpuas hati dengan tahap pelakon yang membintangi filem ini dan kejayaan pengarah menjadikan filem tersebut mempunyai kualiti harus diberi tepukan gemuruh gempita alam!
SYABAS!!!!!