Dua hari lalu, saya sempat menulis sedikit tentang saudara/saudari kita Chetz Yusof yang mengucapkan Selamat Hari Raya bersama-sama haiwan peliharaannya. Sila ke pautan ini KISAH 1
Saya ada membuat sedikit research mengenai siapa Chetz Yusof ini. Jom kita lihat dan klik di sini untuk membaca blog beliau.
Gambar-gambar ini semua saya dapatkan di laman google
Khabarnya dia sudah direman 2 hari di Balai Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor. Apa yang menyedihkan saya pagi ini, luahan hati ahli keluarga Chetz yang memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas apa yang terjadi. Pasti remuk hati ibu dan ayah bila anaknya diaibkan dan keluarga tercalit segala tohmahan yang dilemparkan.
Kenyataan bapa saudara Chetz@Maznah, 38, Wahid Togom memohom maaf bagi mewakili seluruh ahli keluarganya. Kata Wahid, Chetz@Maznah dibesarkan oleh atuknya Togom Yanang sejak berusia setahun hingga tamat sekolah (TIGS) di Johor.
Wahid turut berkata, Chetz@Maznah di didik dengan ajaran agama dengan baik malah merupakan pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Agama Islam (nak komen sikit: IMAN TAK BOLEH DIWARISI)
Namun apa yang membuat mereka terkilan, sekembalinya Chetz@Maznah dari USA, dia mula menukar haluannya dan ini mungkin sebab terpengaruh dengan gejala sosial hingga amalan gaya hidupnya agak pelik dan bertentangan dengan ajaran kita.
Tindakan Chetz@Maznah juga menjejaskan nama baik atuknya (Togom) yang terkenal sebagai penangkap dan penjinak buaya terkenal sekitar 70an di negeri itu. Wahid tidak berasa kesal dengan penahanan beliau dan mengharapkan ini dapat mengubah dan memberikan keinsafan dalam diri Chetz@Maznah.
Adik Chetz@Maznah, Zuraimi, 35, yang menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang serta keluarga amat kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.
"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya.
Jadi, mungkinkah cara hidup barat yang menubahnya atau dia sendiri yang tidak dapat menggunakan akal untuk berfikir dengan baik?
Jangan disalahkan di mana kita menuntut ilmu, kerana ilmu itu luas tidak ada batasan....sebaliknya, kita harus ukur baju pada badan sendiri. Angkat budaya dan jaga tatasusila agama kita.
Jom kita kembali ke paksi AGAMA dan fikirkan banyak pihak sebelum membuat sebarang tindakan yang akan menjatuhkan aib muka ayah bonda.
No comments:
Post a Comment