Sunday, August 25, 2013

Raya sakan memenuhi undangan RUMAH TERBUKA!!!!!

Berjalan musim raya dengan dipenuhi undangan 'Rumah Terbuka' memang seronok, bukan kerana dapat makan free bagai di kata, sebaliknya dapatlah kita berkumpul bercerita dan update mana-mana part yang tertinggal.

Namun tak dinafikan, juadah disediakan merupakan antara faktor penarik untuk berkunjung. Makan punya makan, aktiviti lain pastinya bergambar!!

Malas bercerita, kita tonton gambar jugalah ye hehehehe

Tak banyak mana pun, tapi suka nak sharing je....


 
Sahabat sejak dari zaman kanak-kanak ribena!!!! Kami masih terus menjadi sahabat..... Ukhwah ini moga akan terus disemai dengan seindahnya...






Anak-anak kami....moga mereka menyaksikan persahabatan ibu-ibunya ini adalah persahabatan dunia akhirat...

Next, kami ke rumah YB Azmin Ali...Setiap tahun tak putus mengundang! Sedap makanannya cuma perut kena simpan untuk makan beberapa buah rumah lagi....huhuhu

 Sahabat saya dalam arena politik, Brother Sam!! Now dah jadi MP di Bukit Katil dah....Moga terus berjuang untuk rakyat....


Bergambar bersama tuan rumah itu wajib, Ziqry seperti biasa.......baru bangun tido dan moody!!

Lastly, rumah Mentor saya...Prof Datin Dr. Rahimah....my ex-boss yang beri saya peluang untuk mengkordinasikan satu conference besar back in 2010...seriously tanpa tunjuk ajar beliau, saya tak mungkin akan secekap hari ini....


Sunday, August 11, 2013

Edisi Raya Teman - Siri 2

Orang post gambor, teman pun nak post gambor jugalah!!!!

Masa beraya nilah rasa nak jadi retis.

Apa taknya, semua moment nak diambil untuk jadi memori...

Jom tengok kisah raya Siri 2!!

 Mercun ni menggegarkan Kg Dalam Kamunting, Pasir Puteh la.....memang terbaik. Harganya pun terbaik jugalah...RM200++ untuk 2 minit!!! Bakor bakor duit yoep

 
Inilah rupanya sebelum di bakor! Tapi hasilnya best woooooo KLCC katanya!
 

 Yang ni pun best juga!!! Meriah meriah sangat malam raya kami!

Kalau abang ipor teman ni tak ada, maka raye Kelantan tak ado la Lemang!! Lemang Perok di Kelantan Yoep!!!

 Edisi Membakor!

 Keluarga Cik Lah 

 Keluarga Ayah Su

 Teman tertarik benor dengan warna tema deme...memang menyerlah!!! Keluarga Ayah Ngah

 Keluarga Pengantin Baru..... Dik Ku...

 Bersama Cik Hir....

Pretty cousins

Cucu-cucu atuk n nenek!!! Kakak Shasha je tak ada dlm gambor ni

 Adik kesayangan Ziqry! Adik Zara....

Bersama abang Zara....Farish dan mommy yang gemokssssssss

Saturday, August 10, 2013

JOM REVIEW KISAH RAYA SAYA!!!! - Siri 1

I'm back!!!! 

2 minggu tak menulis rasa rindu. Kalau dah memang anak penulis, darahnya sentiasa mengalir dalam nadi.

So, seronok beraya? Banyak juadah yang dirindui dapat diratah pagi raya. Ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, lodeh, dodol, bahulu, apa lagi??? Macam-macam lah pendek kata sampai panjang tak terkata apa-apa.

Nini pun enjoy raya tahun ini, alhamdulillah semuanya sihat dan perjalanan ke Kelantan juga selamat. Cuma, adoiiiiiiii nak cerita pun rasa letihnya lagi. Apa tidaknya, perjalanan pulang dari Pasir Puteh ke KL mengambil masa hampir 12 jam!!! Repeat again, 12 JAM!!!!

Dengan keadaan Ziqry yang kurang sihat diserang demam panas dan sakit mata, Nini pun rasa tertekan jugalah dengan situasi tersebut.

Namun tak dinafikan, keseronokkan di pagi Syawal sering menggamit perasaan. Gelagat si anak buat aku rasa lebih terhibur. Keletahnya berkata-kata menjadikan aku sangat girang. Al-maklumlah, beraya di Kelantan ni 2 tahun sekali sahaja kami rasakan. Ikut sistem bergilir. Alhamdulillah, memang tak ada tandingannya bila meraikan dengan suasana kampung.

Alahai....rindunya kampungku di Perak. Sejak arwah atuk pergi meninggalkan kami 2009, sudah lenyap budaya ke Kg Baharu, Ayer Tawar, Perak dan rumah nenek pun seperti sayup sahaja memandang kami dari kejauhan.

InsyaALLAH, aku tak akan biarkan anak-anakku lupa budaya kampung dan kemeriahannya. Macam mana sekalipun, beraya di Perak dan Kelantan adalah kemestian buat mereka merasai dan terus memupuk budaya ini hingga berzaman-zaman.

Let's photos play the roles, lebih indah bercerita dengan photo kan? 

 
Keluarga bahagia....di pagi Syawal!

Kami bertiga!!! Salam Aidil Fitri...

Senyuman riang di kesibukkan pagi Syawal


Ciuman kasih atuk untuk cucunya


Bermaaf-maafan keafdhalan pagi Syawal

Bersama kekanda iparku yang jelita di pagi Syawal

Ziqry bersama ayahku....

Anak anak perempuan UMI- LOVE!!!

Ladies in the family!!!!!

Siblings yang jelita semuanya!!!!

Pagi raya anak nak bermesra dengan kambing!!! Haiyooooooooo

Tuesday, August 06, 2013

UACAPAN SELAMAT HARI RAYA

Hari ini hari terakhir bekerja sebelum menyambut kedatangan Aidil Fitri. Seminggu berhari-raya mungkin tak sempatlah nak share apa-apa story. Al-maklumlah beraya di desa Kelantan tahun ini dan mungkin akan ke Perak untuk berhari raya dengan bonda saudara yang saya cintai.

Sempena itu, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Sekiranya ada tutur bicara mengguris hati kalian dan ada tingkah laku yang tidak disengajakan membuat kalian terluka, mohon ampun dan maaf.

Hidup ini tidak lama, usahlah kita berpanjang-panjangan menyimpan segala dendam dan khilaf orang lain. Marilah kita bermaaf-maafan dan menjernihkan segala kekusutan. 

‎ ‎ﻓَﻈًّﺎ ﻏَﻠِﻴﻆَ ﺍﻟْﻘَﻠْﺐِ ﻟَﺎﻧﻔَﻀُّﻮﺍ ﻣِﻦْ ﺣَﻮْﻟِﻚَ‏‎ ‎ﻓَﺎﻋْﻒُ ﻋَﻨْﻬُﻢْ ﻭَﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻬُﻢْ ﻭَﺷَﺎﻭِﺭْﻫُﻢْ‏‎ ‎ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﻣْﺮِ
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Ali Imran: 159)
 

Salam tulus penuh keikhlasan.

AHMAD SYAUKI MD AFANDI
NOOR LAILATUL MARINI KAMAL AMIR
KAMAL IZZ ZIQRY AHMAD SYAUKI

Monday, August 05, 2013

SUSULAN : KEHILANGAN ADIK AISYAH SUDAH DIJUMPAI

ALHAMDULILLAH....

ADIK AISYAH SUDAH PUN DI TEMUI DAN BERADA DI BALAI POLIS NIBONG TEBAL.

Bermacam-macam spekulasi ditohmahkan kepada bonda Aisyah. Bulan Ramadhan yang mulia ini, janganlah kita menghukum atas setiap perkara yang kita belum tentu kesahihannya.

Mari kita sujud syukur kerana adik Aisyah tidak diapa-apakan dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.





Biarlah pihak berkuasa menyelesaikannya dan untuk Bonda Aisyah, berhati-hatilah dengan segala tindakan anda. Duit RM25 ribu boleh di cari, nyawa permata hati mana mungkin digalang ganti.

Syukur!!!

Kehilangan Adik Aisyah...Pulangkan....

Kita memang tak mahu menghukum tapi kita selalunya cepat memberikan respon tanda kita sayang. Di sebalik kisah penculikan adik Aisyah ini, kita semua tak pasti apa yang terjadi tetapi naluri insan yang bergelar ibu dan ayah, adik dan abang, pastinya tidak rela kalau ada di kalangan anak-anak/ saudara kita yang diambil orang lain.

Jangan katakan orang yang tidak kenal, yang mengenali Nini sekalipun kalau ambil Ziqry dan bawa keluar tanpa maklumkan, hati ini penuh dengan debar dan resah. Bukan tidak percaya, cuma bimbang kalau-kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Usahlah kita spekulasi kisah adik Aisyah, yang penting kita mohon pada ALLAH swt dan kita minta sesiapa sahaja yang berniat mahupun tidak berniat menculik adik comel ini, kembalikanlah dia ke pangkuan ibu ayah. 

Jika diculik atas niat dendam, janganlah jadikan anak ini mangsa kegelapan hati kalian.

Jika diculik atas niat menjual, janganlah kalian zalim dengan memisahkannya dari kedua iba bapa.

Jika diculik atas niat ingin membelanya, hubungilah keluarga anak itu untuk meredakan kebimbangan

Kasihanilah anak itu
Dia perlukan ayah dan ibu untuk membelainya
Dia perlukan pelukan ayah dan ibu untuk rasa selamat
Jangan disakiti dia
Pulangkan.....




 

DIKEJUTKAN ISU SUSU FONTERRA TIDAK SELAMAT DIMINUM...JOM BACA....

Wake up!!!!!

Tiba-tiba dikejutkan dengan isu susu dari Fonterra tidak selamat di minum oleh bayi dan juga dewasa yang mungkin kandunganya ada dalam Whey Protein. Abang-abang bina badan sure tahu apa tu Whey Protein kan...

Dikhabarkan ianya tercemar ketika proses membuat susu tersebut dari kilang yang beroperasi di New Zealand. 

Banyak khabar angin sudah mula menular dan saya pun takut juga, seriously cuak dengar isu ini. Mana tidaknya, hero pujaan hari saya minum susu Anmum dan adakah ianya turut tercemar?

Alhamdulillah, ketika membaca isu ini dan bertanyakan pada rakan-rakan di facebook, sahabat saya Fade mengirimkan link berikut Anlene-Anmum-Anchor-Fernleaf are safe fonterra 

Saya turut mendapatkan maklumat di bawah ini dari page Anmum.
FONTERRA CONFIRMS NONE OF ITS BRANDED CONSUMER PRODUCTS AFFECTED BY QUALITY ISSUE
03 AUGUST 2013

Fonterra today confirmed that no Fonterra-branded consumer products are affected by the quality issue announced by the Co-operative on 3 August 2013.

Fonterra assured consumers in global markets including Australia, Asia, China, Latin America, New Zealand and the Middle East that none of its range of branded consumer products contains the affected whey protein concentrate (WPC80).

FULL LIST OF FONTERRA’S CONSUMER

In addition to branded consumer products, Fonterra markets a range of commercial ingredients under its NZMP label. These ingredients are sold to other food companies that use them to manufacture their own consumer products.

The three specific batches of WPC80 produced at a single New Zealand manufacturing site, which were identified by Fonterra in its initial announcement, are the only NZMP ingredients affected by this quality issue.

These batches were sold to eight of Fonterra’s customers – with some receiving it as base product and others receiving finished product manufactured by Fonterra using the affected WPC80 as an ingredient. Of these customers, three are food companies, two are beverage companies and three are companies that manufacture animal stock feed.

Fonterra is continuing to communicate with and provide support directly to these eight customers. At this stage, no product recalls have been announced. Any product recalls that may be necessary in the coming days will be announced and initiated by the respective customers, in conjunction with local regulators.

Fonterra will continue to provide regular updates and further information as it becomes available.

Link to press release - FONTERRA ADVISES OF QUALITY ISSUE

For further information contact:

Fonterra Communications

Phone: +64 21 507 072

About Fonterra

Fonterra is a global leader in dairy nutrition – the preferred supplier of dairy ingredients to many of the world’s leading food companies. Fonterra is also a market leader with our own consumer brands in Australia/New Zealand, Asia/Africa, Middle East and Latin America.

The farmer-owned New Zealand co-operative is the largest processor of milk in the world, producing more than two million tonnes of dairy ingredients, value added dairy ingredients, specialty ingredients and consumer products every year. Drawing on generations of dairy expertise, Fonterra is one of the largest investors in dairy based research and innovation in the world. Our more than 16,000 staff work across the dairy spectrum from advising farmers on sustainable farming and milk production, to ensuring we live up to exacting quality standards and delivering every day on our customer promise in more than 100 markets around the world.

Sunday, August 04, 2013

Singgah shopping kasut Ziqry

As usual, aktiviti menantikan kehadiran Syawal pastinya disusuli dengan membeli serba sedikit barangan keperluan diri. Tapi, sejak ada anak ni, memang tak adalah baju untuk diri sendiri sangat, lebih pada membeli untuk si permata hati.

Misi pencarian tahun ini agak kurang berbanding tahun lepas, sebab dah banyak baju dibeli sewaktu berkunjung ke Bandung beberapa bulan lalu.

Mama a.k.a Wan pun ada membelikan beberapa pasang baju serta seluar untuk cucu aktifnya ini. So, mummy memang nak cari kasut je la.

Bergegaslah kami jam 11.30 pagi, 3 Ogos ke One Utama. Ramainya manusia boleh tahan jugalah...Tapi apakan daya, kena cari juga.

So inilah hasilnya....



Daddy sabor melayan kerenah anaknya!!! Nasib baik sorang je...


Percubaan kasut yang terus memikat hatinya!!!


Eh....posing pulak dia



Ini aksi apa pula ni? Owh mungkin posing Ultraman nya kot...


Boleh jadi model tak? Hai lah ustaz Don mommy ni...


Dah berkenan...bayo le dad....


dan....anak pon senyum girang!!! Eh.. memancing CD Ultraman pulak dah


Terlena dengan CD Ultraman & Jam Ultraman....wah!!!!!



Sorry dad, budget untuk kita dah kena cut down...Untuk anak jelah ye hehehe


Mommy pun tak beli apa-apa, sebab semua belum berkenan di mata.


Friday, August 02, 2013

Iftar bersama sahabat - Restoran Makanan Sedap, Kota Damansara!

Akhirnya Iftar bersama sahabat-sahabat saya jadi juga walaupun perancangannya sangat 'last minute'. Restoran yang kami tuju berlokasi di Kota Damansara dan nama kedainya MAKANAN SEDAP!!! Memang boleh tahanlah sedapnya wei!!! 

Million thanks to this blogger kathyjem sebab kami decided nak pilih tempat ni setelah membaca kisahnya berbuka di kedai tersebut. 

Sorry, gambar tak banyak nak di kongsikan sebab saya terlupa bawa memory card! Haiyooooo!!! bulan-bulan puasa ni macam-macam benda lupa. 

Thanks to everyone yang sempat berkejaran datang walaupun masa yang suntuk, keadaan jalan sangat jem dan yang paling best bila lihat telatah anak-anak.

Thanks to encik-encik suami yang sporting juga!

Seronok bila kenangkan kembali yang kami ni dulu bersahabat ketika masih menyarung uniform biru gelap, hehehe maknanya dari darjah 1 la...

Sekarang ni semua mengendong anak. Wow...persahabatan yang utuh serta disemai kejujuran pastinya menzahirkan keikhlasan bersahabat ke akhir hayat.

Lepas ni kalau ada rezeki, kami nak ambil gambar dalam studio! Buat kenang-kenangan.....