I'm back!!!!
2 minggu tak menulis rasa rindu. Kalau dah memang anak penulis, darahnya sentiasa mengalir dalam nadi.
So, seronok beraya? Banyak juadah yang dirindui dapat diratah pagi raya. Ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, lodeh, dodol, bahulu, apa lagi??? Macam-macam lah pendek kata sampai panjang tak terkata apa-apa.
Nini pun enjoy raya tahun ini, alhamdulillah semuanya sihat dan perjalanan ke Kelantan juga selamat. Cuma, adoiiiiiiii nak cerita pun rasa letihnya lagi. Apa tidaknya, perjalanan pulang dari Pasir Puteh ke KL mengambil masa hampir 12 jam!!! Repeat again, 12 JAM!!!!
Dengan keadaan Ziqry yang kurang sihat diserang demam panas dan sakit mata, Nini pun rasa tertekan jugalah dengan situasi tersebut.
Namun tak dinafikan, keseronokkan di pagi Syawal sering menggamit perasaan. Gelagat si anak buat aku rasa lebih terhibur. Keletahnya berkata-kata menjadikan aku sangat girang. Al-maklumlah, beraya di Kelantan ni 2 tahun sekali sahaja kami rasakan. Ikut sistem bergilir. Alhamdulillah, memang tak ada tandingannya bila meraikan dengan suasana kampung.
Alahai....rindunya kampungku di Perak. Sejak arwah atuk pergi meninggalkan kami 2009, sudah lenyap budaya ke Kg Baharu, Ayer Tawar, Perak dan rumah nenek pun seperti sayup sahaja memandang kami dari kejauhan.
InsyaALLAH, aku tak akan biarkan anak-anakku lupa budaya kampung dan kemeriahannya. Macam mana sekalipun, beraya di Perak dan Kelantan adalah kemestian buat mereka merasai dan terus memupuk budaya ini hingga berzaman-zaman.
Let's photos play the roles, lebih indah bercerita dengan photo kan?
Let's photos play the roles, lebih indah bercerita dengan photo kan?
Keluarga bahagia....di pagi Syawal!
Kami bertiga!!! Salam Aidil Fitri...
Senyuman riang di kesibukkan pagi Syawal
Ciuman kasih atuk untuk cucunya
Bermaaf-maafan keafdhalan pagi Syawal
Bersama kekanda iparku yang jelita di pagi Syawal
Ziqry bersama ayahku....
Anak anak perempuan UMI- LOVE!!!
Ladies in the family!!!!!
Siblings yang jelita semuanya!!!!
Pagi raya anak nak bermesra dengan kambing!!! Haiyooooooooo
No comments:
Post a Comment