Monday, August 05, 2013

Kehilangan Adik Aisyah...Pulangkan....

Kita memang tak mahu menghukum tapi kita selalunya cepat memberikan respon tanda kita sayang. Di sebalik kisah penculikan adik Aisyah ini, kita semua tak pasti apa yang terjadi tetapi naluri insan yang bergelar ibu dan ayah, adik dan abang, pastinya tidak rela kalau ada di kalangan anak-anak/ saudara kita yang diambil orang lain.

Jangan katakan orang yang tidak kenal, yang mengenali Nini sekalipun kalau ambil Ziqry dan bawa keluar tanpa maklumkan, hati ini penuh dengan debar dan resah. Bukan tidak percaya, cuma bimbang kalau-kalau sesuatu yang tidak diingini terjadi.

Usahlah kita spekulasi kisah adik Aisyah, yang penting kita mohon pada ALLAH swt dan kita minta sesiapa sahaja yang berniat mahupun tidak berniat menculik adik comel ini, kembalikanlah dia ke pangkuan ibu ayah. 

Jika diculik atas niat dendam, janganlah jadikan anak ini mangsa kegelapan hati kalian.

Jika diculik atas niat menjual, janganlah kalian zalim dengan memisahkannya dari kedua iba bapa.

Jika diculik atas niat ingin membelanya, hubungilah keluarga anak itu untuk meredakan kebimbangan

Kasihanilah anak itu
Dia perlukan ayah dan ibu untuk membelainya
Dia perlukan pelukan ayah dan ibu untuk rasa selamat
Jangan disakiti dia
Pulangkan.....




 

No comments: