Thursday, December 27, 2012

Sahabatku Memacu Selangkah Laju Perjuangkan Bumi Palestin!

Assalammualaikum w.b.t

Semalam aku sempat bertemu dengan sahabat yang tanpa kusedari usia persahabatan kami sudah hampir sedekad lamanya. Aku masih merasakan seperti semalam dia kukenali dan berkongsi kisah perjuangan dalam semangat yang penuh menebal.

Masih kuat dalam ingatan singkatku mengenali peribadinya, biarpun tidak berabad namun sudah cukup untuk menilai hati budi yang tersirat. Tahun berganti tahun, perjuangan di bumi Malaya masih kami susuli walaupun aku mencatat prestasi corot dalam menyusun atur menjadi serikandi sebaliknya sahabatku pula seolah sudah kelihatan jauh di hadapan dalam barisan perjuangan. Walau demikian, usah khuatir tentang semangatku yang tak pernah seinci lebur. Aku tetap aku yang terus meniti arus kecil membela nasib yang tertindas, menjulang teguh tuntutan keadilan, biarpun asakan politikus di bumi Malaya semakin deras. Jujur kukatakan, aku bosan di tanah yang penuh kepura-puraan ini.

Berbalik pada kisah sahabatku, dia tidak pernah berundur setapak dalam mengatur perjuangan membela yang tertindas biarpun keganasan arus politik Malaya semakin runcing dan deras. Dia seperti yang kukenali, sentiasa memacu laju perjalanan perjuangannya. Kini,  sahabatku itu bukan sahaja menjadi obor semangat perjuangan Malaya sebaliknya sudah mula melangkah terus menjadi sebahagian wira Islam yang membela nasib saudara kita di bumi para anbiya Palestin. Segala ini pastinya sudah di dalam rancangan Allah yang esa dan kita yang mengatur hanya bisa menadah tangan mengharapkan segalanya menjadi seindah diimpikan.

Dari susuk seorang pejuang di tanah Malaya lantas membariskan diri bersama tentera Mujahiddin di bumi barakah Palestin buatkan aku terpaku seketika. Bukan kerana tidak yakin atas semangat dan kudrat yang dianugerahkan padanya, tetapi aku seolah hilang bicara tatkala langkahnya semakin deras menjadi sebahagian keluarga Palestin. Dia sudah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli syahid tatkala iblis-iblis Israel berleluasa membedil umat Islam dengan ganas dan  tidak berperikemanusiaan. Di tangannya kini sudah memegang senjata yang tidak pernah aku lihat di bumi Malaya sebaliknya permainan roket seperti permainan di musim Aidil Fitri buatnya. Dia benar-benar buat aku terpaku.

Aku benar-benar kaget, kelu dan ombak di dada kian kencang. Kebimbangan sebagai seorang sahabat mula mengisi ruang dada, apakah dia benar-benar bersedia untuk dikafankan di bumi Palestin? Apakah dia redha bertumpah darah di tanah jajahan iblis Israel? Aku mula mengenangkan wajah isteri dan anak kecilnya yang comel dan masih terlalu mentah mengenali segala kekucaran dunia. Aku mula terpanggil untuk mencungkil hati kecilnya.

Dan semalam........

Setelah hampir setahun tidak bertemu dan kepulangannya dari bumi Palestin memanggil aku untuk bertanyakan apakah yang telah memacu semangatnya menjadi sebahagian pejuang di tanah sejarah Islam itu? Aku turut bertanyakan apakah ada ruang untuk aku turut serta dalam membantu sedaya termampu? Kalau ikutkan hati berbisik, ingin sekali rasanya untuk turut mendaftarkan diri menjadi ahli syahid dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin, siapa yang tegar melihat iblis Israel meragut segala hak di tanah milik para anbiyaku?

Kami bicara dan terus berbicara, banyak yang aku tidak tahu dan tersedar dalam mendengar bicaranya. Sahabatku itu jelas telah melakukan penghijrahan ketara di dalam dirinya dan firasatku mengkhabarkan bahawa Allah telah menurunkan hidayah yang istimewa buatnya. Cemburu benar aku bila melihat dia sudah di pilih Allah untuk menjadi pejuang syahid dan tertanya-tanya juga bilakah masa untukku pula? Tak mengapa, akan aku teruskan memanjat setinggi puncak mengumpulkan amalan agar ada ruang untukku menjadi ahli syurga.

Mr. Kekasih meneruskan bicaranya dengan sahabatku sedang aku bersilih ganti melayan putera hatiku serta berbual-bual bersama permaisuri sahabatku itu yang sedang mendodoikan si mungil kecil. Geram ku lihat susuk tubuh anak sahabatku ini, susuk tubuhnya jika di lihat sesiapa sahaja pasti ingin dioles-oles dan Ziq tidak melepaskan peluang itu. Mungkin kegebuannya membuatkan Ziq tidak henti menghampiri si kecil dan aku hanya mampu tertawa kecil.

Dalam bicara bersama sahabatku itu, ada juga kutanyakan, "apakah kau sudah benar-benar bersedia meninggalkan zahir dan batinnya di tanah Malaya ini?" dan jawabnya tanpa ragu ragu "aku sudah bersedia menjadi sebahagian ahli Palestin dan biarlah hidup matiku ditentukan Allah di bumi barakah itu. Aku mahu dikebumikan di sana dan berjuang untuk merampas semula segala hak Islamku yang telah lama dirampas dan dirompak Israel ". 

Sekali lagi aku seperti mahu menangis dengan butir bicaranya. Bukanlah kerana mengenangkan usia sahabatku itu mungkin tidak lama jika dia bermastautin di Palestin, tetapi aku tersentuh dengan pengertian dan pengorbanan beliau yang tidak pernah sekali terjangkau oleh mindaku. 

Sahabatku ini tidak sama sekali seperti mana yang pernah aku kenali, harta dunia yang dimiliki tidak lagi menjadi nafsu utama. Pangkat dan nama bukanalah agenda perjalanan hidupnya. Malah aku hampir menitiskan airmata ketika mendengar isteri dan anak kecil mungil tadi akan turut menjadi keluarga bumi Palestin jika segala-galanya berjalan dengan baik. Allahu Akhbar, rencana tuhan sangat indah buat mereka. Dia buat aku kerdil dalam dunia kemodenan dan kemajuan yang aku kecapi. Dia buat aku kecil pada nafsu dan tuntutan hati. 

Sahabatku itu terus bercerita tentang pengalaman 7 hari ketika diasak iblis Israel, bom dan senjata menjadi permainannya. Anak-anak kecil tidak beribu ayah menjadi penghubung semangatnya hingga ke puncak. Setiap kali dia bercerita, aku mula menjadi sayu, banyak yang tak terluah di sini kerana aku tak bisa mengekspresikan naluriku. Cukup sekadar aku katakan bahawa aku juga menyimpan cita-cita menjejaki bumi Palestin dan impianku adalah memberikan dakapan seeratnya buat anak-anak yang butuhkan kasih sayang. Ambillah segala yang aku miliki jika itu dapat mengembalikan senyuman dan kegirangan anak-anak itu.

Kami mengakhiri bual bicara jam 11.15 malam dan aku tak pasti bilakah lagi masanya untuk aku dan sahabatku serta kami semua dapat 'mengeteh' bersama jika dia sudah mahu menjadi sebahagian ahli di bumi Palestin. Namun aku tak pernah menyangkal niat sucinya, sebaliknya mendoakan agar Allah melindungi sahabatku serta keluarganya agar terus dalam barakah dan lindungan yang Esa.

Aku dan Mr Kekasih pulang ke rumah dengan hati penuh membara, bilakah mungkin kita bisa ke sana dan menjadi sebahagian ahli Islam yang memperjuangkan tanah mutlak milik Islam di bumi barakah? Aku dan Mr Kekasih tertanya-tanya, apakah ada ruang untuk kita menjadi ahli syurga dan mendaftarkan diri menjadi ahli syahid? Sekadar pertanyaan pada hati dan sedikit bekalan semangat untuk terus memperjuangkan Islam.

Sebelum berpisah, sahabatku menyampaikan pesanannya "Marilah bantu aku merealisasikan pembinaan masjid kerana di sana tiada tempat lebih indah dan dapat berkumpul selain daripada masjid. Di rumah Allah itulah mereka mendapat segala ketenangan, mereka membina segala kekuatan, mereka musyawarah mengatur strategi membedil iblis Israel. Bantulah aku mengumpul dana RM 1.5 juta untuk membina rumah Allah itu kerana tentera iblis Israel sering menjadikan rumah Allah itu sebagai sasaran untuk menghapuskan umat Islam. Sebarkan pada mereka di laur sana, tercapainya hasrat membina masjid ini akan menjadikan umat Islam di mata dunia lebih di pandang tinggi kerana biar bagaimana sakit mereka merempuh jasad dan batin kita, kita tidak pernah jatuh dan undur sebaliknya semakin mara kehadapan membuktikan kita ini punya ALLAH untuk yang tentukan perjalanan hidup kita bukan iblis Israel yang sesuka hati boleh mencabul hak kita. Sampaikanlah pesanan ini........."

Oleh itu teman-teman, marilah kita bangkit dan bantu sahabatku ini untuk membina rumah Allah yang sudah dipijak-pijak maruah Islam kita di bumi kita sendiri. Hantarkanlah bantuan segera untuk membina sebuah rumah Allah yang besar untuk menghimpunkan sekalian umat agar doa berjamaah dikirimkan terus ke hadrat Illahi. 


Aku dan Mr Kekasih turut berjanji akan membantu sedaya yang mungkin dan menjadikan impian menjejaki bumi Palestin adalah angan-angan yang nyata. 

InsyaALLAH kita mampu untuk mengutip maruah yang diinjak injak oleh iblis Israel. Allahu Akhbar!!!!!
 

 Kasihan baby Khalid, tertidur sudah dipangkuan ibu dan anakku masih aktif berlari-larian.


 InsyaALLAH, janjiku membantumu sahabat akan terus dipacu laju


 Semoga kalian di lindungi Illahi dan persahabatan kita meniti alam akhirat

No comments: