Di mana mahu aku mulakan
Setiap sudut aku lihat
Segalanya kelam dan tidak bermaya
Perjalanan makin longlai
Sinar makin lusuh
Di mana perlu didahulukan
Aku perlu ruang tapi mana mungkin
Perjalanan ini bukan aku yang aturkan
Hanya merancang dan berharap
Berdoa agar Allah swt titipkan rahmatNya
Beberapa waktu ini
Bumi kupijak tidak bertapak
Kanan dan kiri umpama sama
Langit gelap ku lihat hitam
Awan terang juga berwajah malap
Seperti apakah perjalanan ini
Semakin berat melangkah
Seperti di panah hati
Terpasung dan akhirnya tergantung
Aku mahu kembali pada musim bunga
Setiap kuntum yang mekar wangi dan berseri
Sedang aku ini dalam musim luruh
Tiada kuntum yang berputik
Tiada daun sudi bertandang
Akhirnya kaku sejuk hingga mati
Susuli aku dengan semangat baru
Aku rindukan waktu itu
Iringi aku dengan doa
Agar Tuhan mendengar dan perkenan
Hati oh hati
Pulihlah dari luka itu
Aku tak mahu didatangi tangisan tiada peneman
1 comment:
keren bangat...puisi motivasi da g'...
Post a Comment