Assalammualaikum dan salam semua,
Sebelum bicara, maafkan saya kerana diam tanpa berita. Lama jari terhenti dari lenggok tarian papan kekunci. Kekok rasanya menaip dengan perubahan baharu di pentas blogspot, tersedar bahawa cepat sungguh masa berlalu....kita semakin dihambat kepantasan era teknologi. Baru beberapa bulan tidak menjengah rumah blog ini, sudah bermacam perubahan disusun atur.
Teman,
Aku rindu dengan kalian, bertubi pesanan di inbox bertanyakan khabar...ada yang berseloroh bertanyakan taringku sudah tumpulkah hingga tiada lagi warkah dipapar? Aku tersenyum walau ada yang mengomen aku kenali ada yang tidak, namun aku tetap hargainya.
Teman,
Aku rindu menghamparkan cerita-cerita tiada pengkhususan genre. Aku rindu nak menulis untuk si kecilku yang sudah semakin besar dan bijak. Hai....kerana dia jugalah aku tidak akur menari di pentas ini. Apa tidaknya, kalau dia sahaja yang mahu memegang laptop/ipad di rumah. Si kecil bukan lagi si kecil tapi boss besar dalam rumah. Hai....mengeluh seperti mana dia mengajukku (nakal anakku itu)
Teman,
Beri aku sedikit waktu, akan aku rawat rindu kalian. Aku punya seribu cerita yang berkisah peribadi, berkisah pandangan mata kecilku dan asam garam dunia. Ingin sekali aku kongsikan namun aku pasrah.
Teman,
Percayalah aku rindu untuk menulis dan aku tahu kamu rindu juga membacanya. Maafkan aku kerana membuat kamu rindu.
Sedikit waktu lagi aku kembali dan waktu itu kita sama-sama tidak lagi mememdam rasa.
Tunggu ya....
Salam dari pena marini_kamal
No comments:
Post a Comment