Tuesday, August 10, 2010

Tahniah buat DR ZURAIDAH

UCAPAN TAHNIAH SEKALI LAGI DIGULUNGKAN KHAS SECANTIK HIASAN BUNGA MAWAR MEKAR BUAT DR ZURAIDAH ABDULLAH ATAS HARI BERBAHAGIANYA MENGGENGAM IJAZAH KEDOKTORAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA 2010.

Bukan mudah untuk menjadi pintar, bukan mudah untuk melihat tangga kejayaan di daki tanpa ada halangan dan rintangan. Segalanya tidak semudah yang kita lihat apabila mereka menggengam segulung ijazah tanda kebanggaan.

Alhamdulillah, atas usaha yang gigih serta semangat yang penuh kental di dada, berhasillah kejayaan yang diimpikan ini. Tangga demi tangga di daki, tidak mengenal erti lelah dan duri. Inilah pengorbanan seorang pelajar yang bergelar ibu, kakak dan guru kepada anak anak serta adik adik.

Kak Zu,
Semoga usaha kak Zu bukan sekadar menjadi kebanggan pada diri sendiri sebaliknya pembakar semangat buat anak-anak serta adik-adik yang lain untuk terus berjaya dan meredah setiap semalu yang menyucuk. Biarpun berat mata memandang, kini beban yang dipikul itu telahpun selamat di bawa ke garis penghujung.

Semoga kak Zu akan terus mengecapi kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup dunia dan akhirat.

Tahniah Dr Zuraidah, atas segala kekentalan yang ada kini dikau mampu tersenyum dengan senyuman yang paling manis buat kedua ibu bapa tersayang, anak-anak tercinta, suami yang dikasihi, adik-adik yang gigih serta teman-teman yang setia. InsyaALLAH akan ada lagi puncak kejayaan yang bakal digenggam kelak.







No comments: