Tuesday, August 10, 2010

TAHNIAH BUAT ALONG aka MARIA

Bulan yang penuh dengan kejayaan. Tanggal 8 Ogos 2010 merupakan tarikh indah dan bersejarah buat kekandaku, Noor Lailatul Maria atas kejayaan yang digenggaminya setelah sekian lama bergelut menghabiskan pengajiannya di UKM.

Alhamdulillah, biarpun setiap liku yang dilalui adakalanya memberikan cabaran hebat mental fizikal namun semangatnya tidak pernah luntur. Inilah kekuatan beliau, tidak mudah mengaku kalah walau dijentik kesabaran dan semangatnya.

Puncak kejayaan bukan mudah di daki, ia ibarat melangkah titian halus dengan kaki yang tempang. Adakalanya akan bisa terhumban ke jurang yang dalam, adakalanya sekadar impian tinggi yang menyeberangi namun hakikinya kaki tidak terpijak.

Along,
Setiap kekuatan itu lahirnya dari semangatmu. Memiliki jiwa yang kental dan keazaman yang tinggi membuatkan kita ini di hadapan dan meninggalkan mereka yang terlewat. Biarpun baru bisa menghela nafas lega, namun percayalah bukan mudah mengecapi segulung ijazah.

Adik-adikmu pasti gembira dan sentiasa mahu melihat kejayaanmu. Apabila sudah berada di puncak sana, kita akan turut sama merasai kepayahan yang dikau lalui.

Tahniah sekali lagi atas kejayaanmu, dan percayalah bahawa kami sangat berbangga di atas setiap kemajuan serta kekuatan dirimu. Kejayaan ini mencerminkan bahawa dikaulah kakak contoh buat kami. InsyaALLAH jangan berhenti dari mendaki tangga demi tangga, kelak kejayaan itu pasti berada di hadapanmu. Amin

p/s : gambar tak siap lagi....upload soon :)

No comments: