Friday, April 30, 2010

Cerita Ulang Tahun Perkahwinan

Salam teman,

Kali ini, Nini nak kongsi pengalaman bercuti ke Langkawi yang merangkap keraian ulangtahun pertama pelayaran rumah tangga kami. Sesungguhnya, membina benteng rumah tangga, menyeberangi lautan luas penuh gelora memerlukan banyak pengorbanan dan pengertiaan yang tiada terhingga.

Setahun yang pertamalah menguji siapa kita dan siapa dia. Jika selama ini hanya manis bercinta dan baiknya sahaja tergambar, kini kekurangannya turut kita lihat dan rasai bersama. Namun, sebuah ikatan yang telah direstu Illahi, di tetapkan oleh qada' qadar, mana mungkin ada silapnya. Seringnya tersilap adalah kita yang mencatur perjalanan yang diredhai Allah swt itu.

Alhamdulillah, kupanjatkan segala syukur pada ALLAH maha besar kerana menganugerahkan seorang lelaki yang lengkap sahsiah dirinya padaku. Sudah beberapa ragam manusia aku kenali dan menjadi teman mesra sebelum ini tapi tidak seindah yang direstui ini. Seorang lelaki yang terlalu banyak membimbingku tentang apa itu erti hidup. Benarlah kata ayahnda, jika buah yang masak itu datangnya dari pohon yang segar dan ranum makan manislah ia.

Hidup ini tidak ada apa yang lebih indah dari mendapat petujuk ke jalan ALLAH swt. Rumah tangga yang dibina biarpun atas dasar cinta dan sayang namun tidak disemai dengan bunga bunga keislaman pastinya akan layu kuntuman bunga yang mekar dan wangi. Lebih banyak kita melakukan aktiviti ketuhanan bersama, jiwa dan rumah tangga pasti akan tenang dan damai.

Kajian menyifatkan bahawa 3 tahun pertama usia perkahwinan adalah gerbang yang sangat hampir ke arah perceraian jika ianya tidak dibendung dan diambil iktibar. Maka untuk tidak menempah ke arah kecundangan, sedarlah dari hari ini bahawa tidak ada apa yang mampu untuk menyelamatkan kasih yang terbentuk, sayang yang terbina jika bukan dengan pohonan doa yang tiada putusnya ke hadrat Illahi. Hanya itu sahaja kunci untuk mencara damai dan bahagia dalam rumah tangga.

Eh, cerita dah jauh pula menyimpangnya. Jom saksikan sedikit sebanyak rakaman gambar yang sempat kami rakam ketika meraikan usia pertama perkahwinan kami di bumi Langkawi.













Semoga Allah swt memanjangkan usia perkahwinan kami dan memberikan kami rezeki yang belipat kali ganda serta merahmati segala urusan yang kami lakukan. Aku turut berharap agar Allah swt kurniakan kami insan insan soleh & solehah yang dapat memperjuangkan AGAMAnya kelak.

"Sayang, permata itu ada dalam dirimu dan kerna ia terlalu indah, sinaran itu turut menyelubungi diriku. Pohon ampun dan maaf biar sebutir kata yang mengguris jiwamu. Cinta ini tidak pernah puas untukmu"

2 comments:

AKUOKU said...

lamanya tak jumpa nini.. bertambah cantik dan berseri... dtglah ke kafe akak di kajang..

Marini_Kamal said...

salam kak, teringin nak ke sana tapi kesihatan sejak kebelakangan ini tak mengizinkan... :( terutama dlm keadaan morning sickness yang agak teruk, semua jenis makanan pun saya tak mampu telan. Saya pasti satu hari akan ke sana juga!