Aduhai....
Nampaknya planning untuk bercuti setiap bulan terpaksa di-postponed kan, memandangkan ada beberapa utusan penting dari Illahi. Aku diberi amanah baru untuk menjaga kesihatan seorang lagi makhluk tuhan yang kini sedang bergerak gerak dalam kantung perutku.
Bukan tak boleh untuk berjalan-jalan tapi nasihat yang sering aku terima lewat waktu ini terutama para doktor, aku disarankan untuk rehat sahaja agar tidak mengalami sebarang komplikasi peringkat awal. Mr Kekasih juga dah keluarkan mandatnya memohon agar aku tidak lagi seaktif dahulu untuk setahun ini sehinggalah keadaan fizikalku kembali menjadi seorang.
Namun demikian, tiket penerbangan dan penginapan melalui pakej Air Asia ke Langkawi pada 10 April - 13 April tidak di-cancel kan memandangkan tiada sesiapa mahu membeli tiket kami. Mr Kekasih seringnya bermohon pada Illahi agar aku dan insan teristimewa ini tidak apa apa sepanjang menaiki pesawat dan ketika di sana. At least, adalah percutian sebelum kena berpantang lama.
Al-kisahnya tiket tersebut dibeli dua bulan yang lalu ketika kehadiran insan ini tidak wujud lagi. Ia untuk memberikan ruang kepada kami mengimbau kenangan setahun yang berlalu menjadi pasangan ratu dan raja sehari. Kenangan itu mahu kami abadikan berdua di tanah keramat Langkawi. Nasib baik tak menempah tiket yang lebih jauh, jawabnya memang terpaksa dilelongkan percumalah kepada sesiapa sahaja.
Ramai yang tertanya tanya, meneka neka apakah yang melanda aku dua tiga menjak ini. Selera makan tak ada, sering dilanda gastrik, tekak rasa pahit, mood kurang enak dan perubahan badan yang sangat ketara.
Ketika itu, aku takut untuk war warkan pada seantero dunia. Masih terlalu awal dan tidak yakin bahawa apakah benar semua ini? Aku mencari kekuatan untun berhadapan dengan semua yang bertanya dan mengucapkan tahniah. Aku tidak pasti apa yang harus aku mulakan.
Nah, sekarang dengan sedikit kekuatan aku nyatakan bahawa aku kini bakal bergelar ibu. Aku mohon agar Allah swt memberikan kekuatan dan kesabaran padaku, melindungi insan istimewa ini hingga dia bisa melihat dunia. Ketika ini aku tak bisa melihat mahupun menyentuhnya, walau degup jantungnya dalam kantung perutku.
Masih terlalu jauh untuk ku hitung saat menggenggam jemarinya namun aku sering bayangkan saban waktu. InsyaALLAH, akan aku kongsikan sedikit demi sedikit pengalaman yang ada untuk dikongsi bersama.
Salam sayang
4 comments:
sayang, sesungguhnya khabar ini melahirkan rasa syukur yang x terhingga. moga kesihatanmu dijaga dgn baik. kehadirannya amat dinanti-nanti.
moga dipermudahkan sepanjang perjalanan sebelum bergelar seorang ibu.
yatibaba
tahniah, alhamdulillah rezeki dari NYA.. Jaga diri baik2. Moga dipermudahkan sepanjang perjalanan sebelum bergelar seorang ibu.
yatibaba
citramaya> terima kasih atas setiap bait bicaramu yang membuatkan aku rasa tenang :)anak ini pasti mahu temui auntie yang comel seperti kamu
pn yati> insyaALLAH moga doa Pn akan terus membuatkan saya lebih tabah. Salam sayang
Post a Comment