Rintik airmata mula bergayutan
Di bibir kelopak menghayun seakan mahu tumpah
Aku tidak mahu kerlip
Jika kerlipan ini menitiskan sengsara
Aku tidak daya pejamkannya
Nescaya teriakkan pasti menyusul tiba
Lihat anak anak sampah itu
Pada siapa mereka mahu mengadu
Terdampar menghimpun dosa
Menguit cacing cacing putih
Menghurung pada setiap titis darah mengalir
Mereka tahu apa?
Sahabat senyawaku
Tidak betah tepis godaan
Terlalu tipis iman bergoyah
Melayari kenikmatan
Menghayun saat saat keindahan
Mendayung hingga karam
Lantas anak anak sampah itu jadi mangsanya
Terdaya sahabatku menidurkannya sebelum waktunya
Meragut nyawanya yang dikurnia ESA
Membaluti tubuhnya tanpa ada sedikit hiba
menjadikan kurap kurap jalanan teman buat mereka
Yang akhirnya ajal adalah ketetapannya
Aku mahu tertawa pada setiap saat kau bermesra
Kau lupa pada siapa kau harus sembah
Kau lupa pada siapa kau datang
Kau lupa bahawa esok akhirnya ajalmu
Entah mungkin kau terlupa bahawa kiblat mu jua
Solat tidak lagi menjadi tiang seri dalam hidupmu
Sahabatku yang alpa
Melihat anak anak di pinggiran sampah itu
Kau buat darah aku setinggi puncak everest
Airmata berbisa aku alirkan
Kau tak harus rengut jiwaku
Jika nyawa itu bisa bangkit
Sudah keterlaluan kau itu dihambat mereka
Terlewat bukan bicaranya
Kau harus segera pulang
Amarah aku mungkin ada pasang surutnya
Amarah tuhan tidak ada tolok bandingan azabnya
Nauzubillah....

No comments:
Post a Comment