Thursday, July 24, 2008

~~Buku Lama Lembaran 365~~

Setahun berlalu, aku melangkah ke alam baru. Pada yang mengerti, kamu mungkin bisa tersenyum dan buat yang kabur, usah kau sesakkan benak mencari apa kata ku.

Aku mahu ucapkan SALAM HARI LAHIR KEMBALI!

Harapan masih terus menjadi harapan, impian tetap mendaki tinggi walau kaki berpijak di bumi.

Pada yang menerima, ketabahanmu mercu segala semangat.
Pada yang tidak mahu mencari erti bahagia dan menantikan dia, patutnya kamiu lebih mencari ruang redha.

Aku mahu ucap SALAM BUAT AKU YANG TERUS BISA BERNAFAS

Alhamdulillah

1 comment:

CITRAMAYA said...

SELAMAT HARI LAHIR KEMBALI TEMAN..
Hampir terlupa aku dengan tarikh keramatmu ini. Kuburkanlah segala kisahmu yang dulu. Jangan biar ia menjadi penghalang kebahagianmu kini. Moga kau bahagia.