Sunday, June 15, 2008

~~Bila hati Memberontak...apa hadir tamu?~~

Semalam aku lihat ia hadir
Dalam gusar hati ia lahir
Penuh rasa yang menggigit
Menjadi tompokan ngeri

Sudah lama aku biarkan tangis
Membawa lara bingkisan pedih
Melihat dalam mata hati
Melihat duri tertusuk gering

Sampai kapan ia harus nyeri
Di kecam kemelut nyaring
Membingit dalam terik
Menghambat berbalam genting

Aku mahu lari
Ke mana harus ku pergi
Arah tiada membenteng
Terus dan terus berjeriji

Aku mahu menjerit
Dalam koma lemah membisu
Melepas amukan hati
Meriuh dikesempitan buntu

Pena terus menari
Mencoret gurisan hati
Membongkah runtuhan sepi
Hadir hanya mimpi

Aku bicara pada aku
Aku tak mahu menggarap angan itu
Biarkan membuah rasa cemburu
Melihat mereka terduduk kelu


1 comment:

nadzri said...

Bila hati memberontak,
Tenung ciptaan Ilahi;
Akan Datang ketenangan sebagai tamu hati.