Bicara salam membuka perkhabaran....
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Pelbagai cerita di bumi merdeka yang tidak menggambarkan sepenuhnya kemerdekaan jiwa. Baru beberapa bulan saya seperti dilahirkan semula tanpa sebarang ingatan masa lalu, ianya sudah cukup membuatkan kematangan diri bercambah dari saat melangkau ke minit. Biarpun segalanya seperti pengalaman baru namun yang bermain di mata hanyalah ratapan ngeri berpijak di bumi keramat ini.
Pelbagai isu politik dirangkumi bukan sahaja badan pimpinan kerajaan malah setiap individu seolah fasih memainkan peranan menjadi ahli politik dalam setiap agenda yang dipelopori tak kiralah sama ada di pejabat, rumah mahupun dalam hubungan rakan taulan.
Pada awalnya saya merasa sedikit kalut melihat persekitaran yang amat berbeza pentadbirannya dengan negara di mana saya dilahirkan kembali, England. Mungkin ada yang berpendapat saya ini tidak kenang di untung kerana menjadi warganegara Malaysia bumi keramat. Apa yang saya mampu katakan, minda kosong ini tidak membawa apa apa perkhabaran baik mengenai apa yang dilihat.
Saya akur dengan ujian Allah swt jika kotak penuh hikmat memori ini telah lupus seketika namun tidak bererti saya harus terus buta mata hati dan pancaindera. Kekalutan masyarakat, pemimpin negara dan sesama teman menjadi air beracun yang perit untuk saya telan. Minda kosong lagi daif ini berputar laju tanpa mengikut rentak tari sesiapa, berjuta persoalan mula memutar mutar memeningkan akal minda saya.
Hari ini, saya meluangkan masa menonton wayang bertajuk 'HATI MALAYA' arahan saudari Shuhaimi Baba terbitan PESONA PICTURES bersendirian. Agaknya saya kini lebih gemar bersendirian dari berteman walaupun saya ingin sekali bersama rakan rakan yang menjadi tunjang pembesaran saya selama ini. Saya cuba mencari diri sendiri dengan bersendiri dan adakalanya saya akur, kesepian itu mencengkam kuat jiwa saya.
Berbalik kepada "HATI MALAYA", saya yakin ianya salah sebuah filem menggambarkan keperitan dan kesengsaraan pendekar MALAYA ingin melihat tanah keramat ini terus gah bersama Melayu dan sekutunya. Penceritaan dan 'research' yang mantap membuatkan airmata saya mengalir di saat genting mendapatkan kemerdekaan.
Saya mungkin tidak mampu lagi mengingati segala apa yang pernah disematkan oleh guru-guru di sekolah dulu, tetapi hanya meluangkan masa dua jam setengah di dalam panggung yang hanya di huni kurang dari 15 warganegara Malaysia sudah mampu membawa saya kembali ke era gemilang tokoh perjuangan Dato Hussien Onn dan Tunku Abdul Rahman.
Saya kagum dengan semangat orang Melayu dan Malaya tatkala itu malah saya tabik hormat pada tokoh tokoh yang terlalu tebal semangatnya untuk melihat tanah Melayu dimerdekakan dari cengkaman British.
Saya mungkin tidak dapat merasakan keperitan di zaman perang dunia kedua, saya juga tidak mungkin memahami kehendak warga Tanah Melayu ketika itu namun pengalaman saya berada di negara England dan kini kembali ke Tanah Melayu@Malaysia sebenarnya memberikan impak maksima untuk saya mengenali dan merasai sedikit sebanyak luka luka hitam di hati datuk nenek moyang saya.
Cerita ini benar benar memberikan semangat kental dan jitu di hati kecil ini untuk terus memperjuangkan hak dan makna kemerdekaan di setiap sudut generasi depan. Biarpun hari ini saya dapat merasakan HAK KEBEBASAN DAN KEMERDEKAAN MINDA SEOLAH DITELAN BANGSA SENDIRI, AGAMA SENDIRI namun saya tidak akan berpatah arang untuk terus menjulang semangat tokoh-tokoh negara yang mengalirkan airmata darah demi untuk melihat tanah keramat menjadi tanah subur dan bebas dari cengkaman puak tidak berhati perut.
Kerajaan yang dipimpin hari ini biarpun dengan penuh tanda sangsi bukan bererti saya tidak mengambil peduli, cuma mahu melihat sejauh mana harta kita semua dirompak dan terus diperkosa oleh mereka yang dilambung kekuasaan dunia.
Mungkin kata saya agak kesat tapi melihat rakyat penuh dengan kesengsaraan dan bekerja separuh mati walhal dibayar tidak setimpalnya adakala membuatkan hati saya seperti diacu belati untuk tampil menyuarakan hak warga Malaysia yang saya cintai.
Buat semua teman dan warga Malaysia, ayuh segera ke panggung wayang dan tontonilah HATI MALAYA dengan penuh rasa ingin tahu. Biarpun cerita ini telah ditokok tambah untuk mewujudkan penceritaan yang lebih berkesan, ia harus ditonton atas kerna usaha menjadikannya realiti.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas tokoh tokoh pemimpin negara yang banyak bekorban untuk hak bersama hingga ke hari ini. Tanpa usaha mereka, kita mungkin masih diperkotak katikkan oleh bangsa luar. Mungkin juga kita tidak dapat merasai kenikmatan di tanah keramat ini. Buat mereka yang memimpin negara, bukan wang ringgit harus diukur untuk menjadikan rakyat tunduk namun ketulusan dan keikhlasan membawa Malaysia dan rakyatnya ke mata dunia harus diutamakan.
Sampai sini dulu bicara HATI MALAYA saya, seruan saya buat teman teman....SERBULAH PANGGUNG WAYANG dan cintailah 'movie' kita jika ianya bertaraf lima bintang! Bertemu lagi di lain lembaran
Salam sayang penuh rindu buat semua!
MARINI KAMAL