Sudah hampir seminggu festival Malaysia Week London berlalu, membawa Malaysia di mata dunia terutama kota hebat London ini antara matlamat utama sasaran kerajaan terhadap usaha menaikkan nama negara. Al kisahnya, sambutan terhadap festival (yang seharusnya gemilang ini) memutikkan gambaran positif terutama bagi warga Malaysia dan orang Melayu yang menetap di tanah Inggeris ini. Pelbagai soseh-soseh baik juga buruk kedengaran dari mulut mereka yang menghadiri minggu festival tersebut. Alhamdulillah, walau masih ada kekurangannya namun sebagai warga Malaysia yang amat mencintai tanahair sendiri kekaguman masih lagi menguntum di hati kecil ini.
Makanan, pakaian dan budaya Malaysia telah dipertontonkan buat warga Inggeris yang masih samar samar tentang apa sebenarnya yang ada di tanah keramat Malaysia?. Namun, festival yang seharusnya disuntik obor gemilang itu wujud lagi warna hambar dari pihak pengelola. Pihak kerajaan seterusnya penganjur festival seharusnya menitik beratkan beberapa perkara yang dipandang remeh dalam proses menggemilangkan acara tersebut. Perjalanan program yang memakan masa hampir 5 hari, suram wajahnya dan informasi tidak disebarkan dengan begitu meluas.
Saya tidak berniat untuk mencari kelemahan apatah lagi menjatuhkan nama negara sendiri dengan ketidakpuasan hati terhadap program anjuran Majlis Pelancongan dan Kebudayaan Negara. Bimbang juga jika ada yang melemparkan kata kata, 'rumah siap tapi pahat masih berbunyi', namun sebagai anak jati Malaysia yang terus prihatin saya tetap ingin memberikan pandangan terhadap usaha murni negara ini.
Masih saya ingat, bila diberitahu tentang kehadiran Minggu Malaysia London yang berlangsung 6 hingga 10 Jun 2007 lalu, girangnya hati tak terkata. Apa tidaknya, bangga sungguh bila mengetahui usaha gemilang tersebut bakal membibitkan bual bicara dari warga tempatan kota Inggeris. Lantas, saya terus mencari segala informasi berkenaan festival tersebut di merata rata terutamanya LAMAN WEB tetapi hampa. Tidak ada laman web rasmi yang dilancarkan untuk mempromosikan minggu tersebut secara besar besaran, 'flyers' yang diberikan juga terhad untuk dimiliki. Tertanya juga dihati, tidakkah pihak penganjur terfikir bahawa dunia hari ini dunia tanpa sempadan? penggunaan Internet bukan sekadar untuk golongan intelektual tetapi dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat? Layar maya atau Internet hari ini merupakan bahan utama bagi seluruh warga bumi malah ia kini menjadi pusat informasi yang tiada batasan.
Puas saya menekan papan kekunci mencari apakah adanya laman rasmi berkenaan minggu gemilang Malaysia di Kota London ini?, semuanya berakhir dengan rasai kecewa. Nak marah pun ada juga namun saya cantas rasa tersebut kerana ingin bersikap lebih rasional dan tidak mengikut emosi menggila.
Penantian tetap menjadi satu penantian yang menggambarkan betapa tidak sabarnya diri ini untuk menghadiri minggu tersebut. Hari pertama ianya dilancarkan pada 6 Jun lalu membuatkan saya tidak teragak agak untuk menyibukkan diri di tapak Covent Garden di mana ia ditempatkan. Wow!!! Itulah ayat pertama yang terpacul di bibir, hati berdebar debar tidak sabar untuk menyinggah setiap gerai yang ada. Sepanjang perjalanan menaiki keretapi bawah tanah, hati berbisik kecil mengatakan inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Covent Garden, lucu ya???? Ianya tidak seharus terjadi memandangkan saya sudah hampir setahun menjadi penghuni Kota London dan inilah kali pertama kaki ini dijejakkan ke tapak tersebut. Mungkin jika tidak ada Minggu Malaysia London ini, saya tidak juga mengambil langkah untuk melihat warna warni kota kecil yang penuh dengan pelancong dari pelbagai negara. Kagum dan tersentak saya bila melihat kesibukkan Covent Garden yang penuh dengan cerita cerita seni seolah berada di PASAR SENI, KUALA LUMPUR. Menarik!!!! Antara kata yang masih saya ingat setibanya mata melapah kesibukkan tapak berkenaan.
Dengan semangat yang berkibar, dari jauh saya terdengar lagu berentak Zapin dimainkan dan orang ramai mengerumuni tapak tersebut pentas yang dibina untuk persembahan Minggu Malaysia London. Perut lapar tidak saya hiraukan kerana pastinya saya bisa menikmati juadah di tapak pesta tersebut sebentar lagi. Tatkala kaki melangkah masuk ke tapak berkenaan, tiba tiba hati disambar kehampaan sekali lagi kerana segalanya hanya INDAH KHABAR DARI RUPA. Saya seakan hilang arah, susunan gerai yang merojak dan berwajah kampung diatur mengikut alun carca marba seperti pasar malam Malaysia (rasanya pasar malam lebih teratur), saya tidak pasti untuk ke kanan atau ke kiri. Untunglah hari tidak lagi sesejuk beberapa minggu yang lalu dan ia memudahkan saya menjelajah seberapa lama yang saya mahu. Hati kecil yang nakal mula berbisik, 'rasanya car boot sales lebih teratur dan lebih banyak gerainya dari MALAYSIA WEEK LONDON nie', itulah yang terselit di hati ini.
Kurang dari 45 minit saya mula rasa mual, dengan gerai yang tidak memberangsangkan naluri saya malah rata rata pengunjung yang hadir terlukis wajah bosan di riak mereka. Apa tidaknya, gerai gerai yang dibina kelihatannya hambar dan sepi seolah tidak menggambarkan tentang 'mesra alam' nya rakyat MALAYSIA yang sering digembar gemburkan. Pekerja gerai gerai lebih gemar bersembang sesama sendiri dan kurang memberikan perhatian pada pengunjung yang mengunjungi gerai mereka. Aneh benar sikap mereka ini, adakah ini sebenarnya budaya sopan yang kita agungkan?.
Semakin saya melangkah, semakin sakit hati ini, apa tidaknya....barang- barang yang dijual tidak terkawal harganya, mencekik darah. Tidakkah pihak pengelola terfikir bahawa festival kecil ini berobjektifkan 'membawa MALAYSIA di mata dunia?' Jika benar itulah matlamat utama, sesungguhnya mereka telah gagal dan tidak langsung menitikberatkan kualiti sebaliknya kuantiti yang menggila.
Dari gerai membuat batik ke gerai tenunan songket, dari gerai ukiran kayu ke gerai promosi percutian negeri negeri di dalam MALAYSIA malah dari gerai pameran buah buahan tempatan ke gerai penjualan makanan, semuanya memaparkan tawaran harga yang diluar batasan. Terbeliak biji mata bila melihat harga yang ditetapkan, mungkin saya cuba menukar mata wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling tapi bagi warga tempatan kota London dan juga pelancong berbilang negara, mereka juga terkulat kulat mendengar dan melihat harga penjualan barang barang yang ditetapkan tanpa mengira kemunasabahannya. Merah muka bulat saya ini bila terdengar rungutan mereka yang tidak henti henti mengatakan barangan yang ada tidak terlihat kualitinya tetapi mahal seolah menjerut leher sendiri.
Beberapa ketika berjalan mengelilingi tapak festival, perut berlagu keroncong minta diisi. Gerai yang menjual makanan Malaysia saya lawati membuatkan saya seolah berperang dengan diri sendiri sama ada mahu membeli atau membiarkan perut ini terus berlagu lapar. Apa tidaknya, harga yang ditetapkan lebih mahal dari harga restoran berbintang di Kota London ini. Sudahlah 'presentation' makanannya tidak tumpah seperti makanan kantin sekolah, tempat untuk duduk pula tidak ada, takkanlah saya harus makan berdiri? Pinggan plastik dan sudu plastik yang disediakan pula seolah acuh tak acuh sahaja keberkesanannya, ayam masak merah yang kelihatan sedap itu pasti terpelanting jika saya mencucuknya dengan sudu dan garfu plastik yang disediakan. Pening saya memikirkan, kuih muih istimewa juga menggila mahalnya, sekeping mencecah 80 peny yang bersamaan dengan RM5.60. Memandangkan perut terus berlagu kuat, saya tidak ada pilihan dan terus beratur untuk mendapatkan beberapa keping kuih tradisional. Kualitinya tidaklah setaraf dengan harga, malah ada beberapa teman yang hadir memberitahu saya, selepas pulang dari Minggu Malaysia London, mereka mengalami sakit perut yang mungkin berpunca dari kualiti kebersihan yang tidak di ambil kira pihak gerai.
Segala kesakitan hati terubat bila menonton aksi comel penari penari cilik dari KEKWA, sebuah badan kebudayaan dan kesenian Malaysia yang diterbangkan khas untuk menghiburkan para pengunjung. Lebih menguntumkan bunga di hati bila saya terlihat kehadiran MOHRAM, artis bertaraf antarabangsa yang menjadi antara pujaan muzik saya. Walaupun sistem audio tidak begitu memuaskan dan menimbulkan rasa kurang senang pihak pemuzik sendiri, ia sekurang kurangnya dapat juga mengubati hati saya yang remuk melihat keadaan festival yang kononnya dikhabarkan gemilang oleh pihak akhbar negara.
Namun demikian, pembaharuan turut ditonjolkan oleh pihak kerajaan jika dibandingkan dengan tahun yang lalu. Tahun ini, beberapa filem negara turut ditayangkan secara percuma di pawagam tempatan, ODEON yang begitu besar namanya di Kota London ini. Walaupun saya tidak berkesempatan menonton filem filem hebat tersebut atas sebab kehabisan tiket namun perasaan bangga tetap mekar dan syabas diucapkan bagi pihak FINAS yang turut bekerjasama memastikan filem negara layak dipertontonkan di layar Inggeris. Sambutan terhadap filem filem tersebut amat menggalakan. Antara filem yang ditayangkan adalah, THE RED KEBAYA, JANGAN PANDANG BELAKANG, CINTA, PUAKA TEBING BIRU, BILUT dan beberapa buah filem lagi. Pihak FINAS turut melancarkan PERSATUAN PENCINTA FILEM MALAYSIA dan sambutannya juga berbuah positif terutama bagi kalangang anak jati bangsa.
Sejujurnya, keseluruhan Minggu Malaysia London ini sungguh menghampakan. Ia seharusnya melalui beberapa proses perancangan yang lebih teratur dan harus diambil kira beberapa faktor penting bagi memastikan kejayaannya kelak, bukan sekadar mencari nama dan meluputkan kualiti. Ini sudah umpama memetik bunga tahi ayam, rupanya cantik baunya tengik. Pihak pengelola tidak peka dalam menjalankan program sebegini, ia sekadar melepas batuk ditangga dan laporan pihak media yang dihantar balik ke Malaysia semuanya indah khabar dari rupa. Untuk mencari identiti Negara, bukanlah perkara mudah yang dipandang remeh sebaliknya pihak kerajaan harus memberatkan isu KUALITI dari memperbesarkan kegemilangan nama yang ingin dicari.
Kerana cintanya saya pada tanahair sendiri, soal remeh sebegini membuatkan saya tampil dengan semangat untuk mencari perubahan pemikiran sempit pihak pengelola. Mungkin juga 'budget' yang diperuntukkan kecil namun itu bukan alasan untuk mendabik dada menegakkan benang yang basah. Rata rata rakyat Malaysia yang hadir di festival tersebut melahirkan rasa kurang senang terhadap harga makanan dan barangan yang ditetapkan malah hampir 80 peratusnya pulang dengan rasa kecewa. Bagi rakyat Inggeris pula, terbit riak keliru di wajah mereka kerana inikah negara yang dikatakan 'MALAYSIA TRULY ASIA' sedangkan pameran dan persembahan yang dipaparkan tidak mencerminkan kebenaran cogankata tersebut.
Masih saya ingat wajah terkulat kulat dua wanita Inggeris yang mengeluarkan wang 15 pounds untuk membayar sepinggan nasi beriyani, sekeping murtabak, 4 cucuk satay dan air sirap bandung yang besarnya sama seperti cawan milo percuma di sekolah sekolah. Saya turut berharap agar mereka tidak SERIK untuk melancong ke Malaysia dan menikmati segala juadah dan keindahan alam yang kita miliki.
Semoga pihak pihak yang terlibat dalam pembikinan MINGGU MALAYSIA LONDON dapat mengambil beberapa iktibar dari kehambaran wajah warga Inggeris serta warga NUSANTARA yang hadir sepanjang berlangsungnya festival berkenaan. Buat media cetak kerajaan, laporkanlah utusan benar dan jangan bersembunyi di sebalik kapas, ia tetap mewajahkan kecelaan.
Jika Malaysia masih mampu menganjurkan festival ini pada tahun tahun akan datang, pastikan ianya benar benar mencerminkan wajah kita di mata dunia. Buat KEKWA, Kementerian Kebuadayaan dan Kesenian Negara, syabas atas pencapaian bermutu ahli keluarga kalian. Filem kita Wajah kita!!! Muzik kita Budaya Kita!!! Warga kita jangan jadi Bermuka muka...
Salam sayang dari Kota Musim Panas London
Ninie Kamal

No comments:
Post a Comment