Tengah kota sejuk
Penuh sutradara penghuni maya
Rentas tebing kehidupan
Kancah hebat pergolakkan
Di tengah perubahan musim
Angin sejuk memakuk tulang
Rintis hujan menyimbah lereng
Metropolitan tetap hening
Sesepi lorong gering
London masih terus menggasing
Putaran masa berputar pening
Mencari ruang di tanah asing
Hati dibaham rindu menderu
Kerlipan mata penuh sayu
Meratap salju tanpa sendu
Menanti pulang merangkul seru
Sunyi merentas tebing hati
Telefon sepi tanpa berdering
Mama terlupa menghantar mesej
Bertanya apa aktiviti hari ini
Masa akan menyatu
Menyanyi girang saat bertemu
Papa, mama, along, amirul, siti dan ayu
Bercerita tiada batas waktu
Sedikit tempoh lagi
Pautan mesra kembali bersemi
Setengah tahun sepi
Tiada tawa menemani
Tungguku di pintu bahgia
Beberapa ketika akukan di sana
Merangkul kemas cinta cinta
Terhenti di lebuh raya cita
Nafasku kencang mahu bicara
Tak mahu henti tak mahu lena
Tika kalian di hadapan mata
Kerna banyak cerita suka duka
Penuh sutradara penghuni maya
Rentas tebing kehidupan
Kancah hebat pergolakkan
Di tengah perubahan musim
Angin sejuk memakuk tulang
Rintis hujan menyimbah lereng
Metropolitan tetap hening
Sesepi lorong gering
London masih terus menggasing
Putaran masa berputar pening
Mencari ruang di tanah asing
Hati dibaham rindu menderu
Kerlipan mata penuh sayu
Meratap salju tanpa sendu
Menanti pulang merangkul seru
Sunyi merentas tebing hati
Telefon sepi tanpa berdering
Mama terlupa menghantar mesej
Bertanya apa aktiviti hari ini
Masa akan menyatu
Menyanyi girang saat bertemu
Papa, mama, along, amirul, siti dan ayu
Bercerita tiada batas waktu
Sedikit tempoh lagi
Pautan mesra kembali bersemi
Setengah tahun sepi
Tiada tawa menemani
Tungguku di pintu bahgia
Beberapa ketika akukan di sana
Merangkul kemas cinta cinta
Terhenti di lebuh raya cita
Nafasku kencang mahu bicara
Tak mahu henti tak mahu lena
Tika kalian di hadapan mata
Kerna banyak cerita suka duka
No comments:
Post a Comment