Tuesday, May 29, 2007

~~SeRuNya SamPai Di sInI (EpiSoD 3)~~

Kocak air lautan
Gumpita sekalian alam
Menggulung ombak memutih
Mengaum rimau di hutan

Gelodak hati meraung
Menggores gigian cinta
Bagai kejora menabur
Jiwa kelam digonggong

Bisikkan menyapa telinga
Kudus lemah semangat jitu
Melayang bagai mabuk
Paksi hilang arahnya

Lidah kelu beku
Bagai kepukan ais musim sejuk
Bicara kian teratur
Ayat masih berterabur

Sakitnya cinta
Pedihnya rindu
Saratnya jiwa
Duka lara dalam derita
Kadang timbul cebisan ceria

Aku mahu pulang
Hari ini juga ku mahu terbang
Melayang mengikut bayang
Rebah di kaki rimbunan sayang

Aku mahu dakap
Melekap di dada tak mahu renggang
Biar di rasa degup kencang
Gegar lebih angin Catrina

Ini lebih dari Tsunami Acheh
Teruk dari Ternado Kensal Rise
Berputar mengelilingi naluri
Muntah tak lalu menahan mual


No comments: