Monday, December 31, 2012

Kisah sambutan November & Disember! Aduhai....

Assalammualaikum sahabat,

Semakin bersawang laman blog Nini memandangkan asyik tak cukup masa untuk bercerita berkongsi rasa. Tipulah kalau Nini kata tak ada apa nak dikongsikan, sebaliknya banyak perkara yang manis dan pahit ingin disampaikan, cuma waktu benar-benar menjadi penghalangnya.

Kisah 1 - 8 November 2012
Nini mulakan kisah ini dengan Sambutan Hari Jadi putera hati, Kamal Izz Ziqry. Gambar-gambar di bawah memainkan peranan penting menceritakan detik tersebut. Masih teringat nyerinya 2 tahun yang lalu ketika bergelumang dengan kesakitan saat-saat menyambut kedatangan si cilik ini. Hari ini dia dah pandai dengan caranya, tak payahlah nak 'list out' apa yang dia dah boleh buat, sebab sama je dengan perkembangan anak-anak lain. Cuma dia ni pandai sikit mengambil hati dan gopoh bila buat sesuatu, selalu je ada adegan-adegan yang melucukan kami sekeluarga. Mulutnya memang sangat bising jika dibandingkan dengan 2 lagi saudaranya. Alahai anak, manalah mummy tak rindu bila berpisah walau seketika.

Gambar wajib - One Happy Family at home!!!

With cake walaupun tak nampak clear sangat!

Mummy, daddy n anak-anak tersayang.

 Birthday card 'handmade' by Farysh to Ziqry


Celebration at home with a small family reunion

 
Birthday cake 'horse' Ziqry - as per requested

Semoga diberkati Illahi hingga akhir waktu

Gambar wajib - One Happy Family at Home

With atuk, nenek, aki & wan

Family atuk & nenek

Cousins & friends


Thanks everyone for the lovely gifts & sedekah duit pada Ziq

Kisah 2 - 19 November 2012
Tanggal 19 November pula hari lahir adindaku, Ayu. Semakin dihambat usia semakin terlupa aku yang dia sudah berusia 21 tahun dan dah boleh menikah la orang kata. Sambutan diadakan di teratak syurgaku dan sambutan ringkas ini tetap diadakan walau waktu tidak mengizinkan memandangkan masing-masing sibuk dengan urusan duniawi. Namun begitu, tak pernah terlupa tarikh itu dan kewajipannya pasti akan disambut walau hanya dengan hantaran sebuah kek. Let's see what we have here.....


Juadah ringan mengiringi sambutan harijadi

Yummy!!! Choc cake with strawberry....sorang satu ler tu! yang lain tak merasa

Acu posing with cake...

Family photo tapi tak lengkap - without papa and thanks to photographer my dear Mr Kekasih


Kisah 3 - 27 November 2012
Sambutan Hari Lahir bertali arus bulan ini memandangkan hampir semua ahli dalam keluarga lahir pada bulan November, Disember dan Januari. Cuma adikku Siti Fareha sahaja yang menyambutnya pada Mac nanti. Sedikit makan-makan kecil yang di taja khas oleh Mr.Kekasih pada sambutan hari lahirku yang jatuh tanggal 27 November. Sudah meningkat usiaku dan seperti sambutan hari lahir ini tidak memberikan 'excitment' macam dulu-dulu. Nini lebih redha dengan makan bersama keluarga dan ingatan ikhlas dari Mr.Kekasih, cukup memadai. Apa tidaknya, tak terkejar nak buat sambutan hari lahir sendiri sedang dalam fikiran sibuk mengatur kisah anak-anak yang menantikan hari lahir mereka diingati dengan sambutan meriah. Bertuahnyalah anak-anak hari ini. Biarlah gambar ini menyambung ceritaku

One happy family at home - kudos to Amirul for taking this picture hehe

Senyuman manis anak-anak buat jiwa terubat


Cinta hati saya!!!!

Ciuman kasih anaknda buat bonda sentiasa kuat!!!!

Thanks for your lovely thought & gift! Much appreciated!!!


Wanita yang membawa saya lahir ke muka bumi dan membesarkan saya dengan penuh kasih dan sayang! Love you mama


Kisah 4 - 28 November 2012
Seperti ku khabarkan, 28 November pula adalah hari kelahiran putera sulungku Kamal Amirul Al-Farysh. Sudah menginjak ke usia 5 tahun ini dan pantas sebenarnya waktu berlalu meninggalkan momen-momen indah ketika dia masih kecil dan menyusuri hari kanak-kanaknya. Macam manalah nak fikirkan hari lahir sendiri sedangkan hari lahir anakanda betul-betul jatuh sebelah dengan hari lahirku. Pastinya sambutan dan kemeriahan untuknya didahulukan. Biarkanlah gambar ini terus bercerita. Oh ya, sambutan meriah dilakukan pada 1 Disember 2012...jeng jeng jeng... hari lahir bondaku!!!!


Superman's cake - Theme on that day!

One Happy Family at Home - Mr Kekasih wasnt around, ada company function!

Siti's family and they are so lovely!

Kalau tak berposing, memang tak sah kan hehehe


Papa, mama and 3 sons! Pening kepala kalau  semua buat hal hehehe

with their 2 lovely son

posing la kononnya tu....ok ok je lah haha

my present to him!

tq everyone who came with big present! does gave big smile to him

Peace ke apa tu ek?

Let's play scrabble after this!

Mommy's present to him! Hope he likes it

Big present comes from big papa in the house! hehehe


Kisah 5 - 1 Disember 2012
Dalam sibuk menghimpunkan hari lahir anak-anak, bulan ini merupakan satu-satunya bulan yang disusuri dengan pelbagai kek hampir setiap minggu. Kehadiran 1 Disember turut diangkat menjadikan usia bonda mencecah 53 tahun, tapi dari raut wajahnya hanya seperti 35 tahun. Aduhai awet muda bondaku. Acara tiup lilin bersilih ganti dan bermacam-macam jenis kek dibeli untuk setiap yang diraikan. Bondaku pula tidak mengharapkan kek di hari lahirnya dan aku menggantikan dengan hidangan kegemaran beliau. Bonda merupakan insan paling sibuk menyiapkan persiapan ulangtahun cucu pertama kesayangannya. Inilah resam manusia, dah bercucu mesti berhabis-habisan (hehe).


Mama's cake on her birthday!

My little gift to mama

Again....all were there but 2 men went missing hehehe (daddy ada function, papa sibuk sembang)


Here we goes, papa muncul di saat orang dah selesai ambil gambar hehe


Kisah 6 - 11 Disember 2012
Jeng jeng jeng, hari lahir Mr. Kekasih pula menjengah pada 11 Disember dan ianya disusuli dengan kejutan demi kejutan. Kali ini tidak pula ada majlis besar-besaran sebaliknya Nini menyediakan sendiri juadah 'steak' yang menjadi kegemaran Mr. Kekasih dan biarlah gambar ini menceritakannya. Usai makan malam ala-ala 'candle light dinner', Mr. Kekasih dikejutkan dengan kehadiran semua ahli keluargaku yang membawa kek dan sambutan diteruskan dengan keriuhan anak-anak serta keluargaku. Mr. Kekasih keletihan melayan tetamu dan hari diakhiri dengan senyuman ikhlasnya. Mari kita tonton gambar-gambar yang di rakam.


Alamak!!! reveal your age....it's ok right hahaha

Ganas betul nak potong kek macam tu

  
Ladies in the house!!!

Kudos to along for snapping the photo

Ala tomei tomei.....

Wishing you all the best in your life! I love you....chewahhhh romantika pulak

With little son!!! we both loves daddy very much

Small gift but big thought!

Chewah....siap belon2 bagai! Mummy yang tiup ok...


Begitulah kisah sepanjang bulan ini dan pasti akan ada tarikh menyusul lagi beberapa minggu dari hari ini dengan kehadiran ulangtahun hari lahir Ayahndaku yang jatuh pada 2 Januari. Belum terlakar sebarang perancangan tapi insyaALLAH kami tidak pernah gagal menyambutnya bersama. 

Kisah akan terus disusuli dengan kehadiran ulangtahun adindaku Amirul yang menyambutnya pada 8 Januari dan berterusan lagi pada 26 Januari dengan kelahiran kekandaku Maria dan berakhir seketika pada 28 Januari, ulangtahun anaknda bongsuku, Al-Fyrash.

Semua ini akan aku lakarkan di keluaran yang akan datang. Berpeluh kan?????? Bersusun sambutan hari lahir kami semua. Pendek kata kering poket di hujung tahun dengan sambutan setiap seorang mereka. InsyaALLAH, keringnya poket boleh dicari ganti namun kasih sayang yang terbina tak akan pernah ada galang ganti dan ia akan kekal abadi ke akhir hayat.

Sampai jumpa lagi..... 

Thursday, December 27, 2012

Sahabatku Memacu Selangkah Laju Perjuangkan Bumi Palestin!

Assalammualaikum w.b.t

Semalam aku sempat bertemu dengan sahabat yang tanpa kusedari usia persahabatan kami sudah hampir sedekad lamanya. Aku masih merasakan seperti semalam dia kukenali dan berkongsi kisah perjuangan dalam semangat yang penuh menebal.

Masih kuat dalam ingatan singkatku mengenali peribadinya, biarpun tidak berabad namun sudah cukup untuk menilai hati budi yang tersirat. Tahun berganti tahun, perjuangan di bumi Malaya masih kami susuli walaupun aku mencatat prestasi corot dalam menyusun atur menjadi serikandi sebaliknya sahabatku pula seolah sudah kelihatan jauh di hadapan dalam barisan perjuangan. Walau demikian, usah khuatir tentang semangatku yang tak pernah seinci lebur. Aku tetap aku yang terus meniti arus kecil membela nasib yang tertindas, menjulang teguh tuntutan keadilan, biarpun asakan politikus di bumi Malaya semakin deras. Jujur kukatakan, aku bosan di tanah yang penuh kepura-puraan ini.

Berbalik pada kisah sahabatku, dia tidak pernah berundur setapak dalam mengatur perjuangan membela yang tertindas biarpun keganasan arus politik Malaya semakin runcing dan deras. Dia seperti yang kukenali, sentiasa memacu laju perjalanan perjuangannya. Kini,  sahabatku itu bukan sahaja menjadi obor semangat perjuangan Malaya sebaliknya sudah mula melangkah terus menjadi sebahagian wira Islam yang membela nasib saudara kita di bumi para anbiya Palestin. Segala ini pastinya sudah di dalam rancangan Allah yang esa dan kita yang mengatur hanya bisa menadah tangan mengharapkan segalanya menjadi seindah diimpikan.

Dari susuk seorang pejuang di tanah Malaya lantas membariskan diri bersama tentera Mujahiddin di bumi barakah Palestin buatkan aku terpaku seketika. Bukan kerana tidak yakin atas semangat dan kudrat yang dianugerahkan padanya, tetapi aku seolah hilang bicara tatkala langkahnya semakin deras menjadi sebahagian keluarga Palestin. Dia sudah mendaftarkan diri untuk menjadi ahli syahid tatkala iblis-iblis Israel berleluasa membedil umat Islam dengan ganas dan  tidak berperikemanusiaan. Di tangannya kini sudah memegang senjata yang tidak pernah aku lihat di bumi Malaya sebaliknya permainan roket seperti permainan di musim Aidil Fitri buatnya. Dia benar-benar buat aku terpaku.

Aku benar-benar kaget, kelu dan ombak di dada kian kencang. Kebimbangan sebagai seorang sahabat mula mengisi ruang dada, apakah dia benar-benar bersedia untuk dikafankan di bumi Palestin? Apakah dia redha bertumpah darah di tanah jajahan iblis Israel? Aku mula mengenangkan wajah isteri dan anak kecilnya yang comel dan masih terlalu mentah mengenali segala kekucaran dunia. Aku mula terpanggil untuk mencungkil hati kecilnya.

Dan semalam........

Setelah hampir setahun tidak bertemu dan kepulangannya dari bumi Palestin memanggil aku untuk bertanyakan apakah yang telah memacu semangatnya menjadi sebahagian pejuang di tanah sejarah Islam itu? Aku turut bertanyakan apakah ada ruang untuk aku turut serta dalam membantu sedaya termampu? Kalau ikutkan hati berbisik, ingin sekali rasanya untuk turut mendaftarkan diri menjadi ahli syahid dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin, siapa yang tegar melihat iblis Israel meragut segala hak di tanah milik para anbiyaku?

Kami bicara dan terus berbicara, banyak yang aku tidak tahu dan tersedar dalam mendengar bicaranya. Sahabatku itu jelas telah melakukan penghijrahan ketara di dalam dirinya dan firasatku mengkhabarkan bahawa Allah telah menurunkan hidayah yang istimewa buatnya. Cemburu benar aku bila melihat dia sudah di pilih Allah untuk menjadi pejuang syahid dan tertanya-tanya juga bilakah masa untukku pula? Tak mengapa, akan aku teruskan memanjat setinggi puncak mengumpulkan amalan agar ada ruang untukku menjadi ahli syurga.

Mr. Kekasih meneruskan bicaranya dengan sahabatku sedang aku bersilih ganti melayan putera hatiku serta berbual-bual bersama permaisuri sahabatku itu yang sedang mendodoikan si mungil kecil. Geram ku lihat susuk tubuh anak sahabatku ini, susuk tubuhnya jika di lihat sesiapa sahaja pasti ingin dioles-oles dan Ziq tidak melepaskan peluang itu. Mungkin kegebuannya membuatkan Ziq tidak henti menghampiri si kecil dan aku hanya mampu tertawa kecil.

Dalam bicara bersama sahabatku itu, ada juga kutanyakan, "apakah kau sudah benar-benar bersedia meninggalkan zahir dan batinnya di tanah Malaya ini?" dan jawabnya tanpa ragu ragu "aku sudah bersedia menjadi sebahagian ahli Palestin dan biarlah hidup matiku ditentukan Allah di bumi barakah itu. Aku mahu dikebumikan di sana dan berjuang untuk merampas semula segala hak Islamku yang telah lama dirampas dan dirompak Israel ". 

Sekali lagi aku seperti mahu menangis dengan butir bicaranya. Bukanlah kerana mengenangkan usia sahabatku itu mungkin tidak lama jika dia bermastautin di Palestin, tetapi aku tersentuh dengan pengertian dan pengorbanan beliau yang tidak pernah sekali terjangkau oleh mindaku. 

Sahabatku ini tidak sama sekali seperti mana yang pernah aku kenali, harta dunia yang dimiliki tidak lagi menjadi nafsu utama. Pangkat dan nama bukanalah agenda perjalanan hidupnya. Malah aku hampir menitiskan airmata ketika mendengar isteri dan anak kecil mungil tadi akan turut menjadi keluarga bumi Palestin jika segala-galanya berjalan dengan baik. Allahu Akhbar, rencana tuhan sangat indah buat mereka. Dia buat aku kerdil dalam dunia kemodenan dan kemajuan yang aku kecapi. Dia buat aku kecil pada nafsu dan tuntutan hati. 

Sahabatku itu terus bercerita tentang pengalaman 7 hari ketika diasak iblis Israel, bom dan senjata menjadi permainannya. Anak-anak kecil tidak beribu ayah menjadi penghubung semangatnya hingga ke puncak. Setiap kali dia bercerita, aku mula menjadi sayu, banyak yang tak terluah di sini kerana aku tak bisa mengekspresikan naluriku. Cukup sekadar aku katakan bahawa aku juga menyimpan cita-cita menjejaki bumi Palestin dan impianku adalah memberikan dakapan seeratnya buat anak-anak yang butuhkan kasih sayang. Ambillah segala yang aku miliki jika itu dapat mengembalikan senyuman dan kegirangan anak-anak itu.

Kami mengakhiri bual bicara jam 11.15 malam dan aku tak pasti bilakah lagi masanya untuk aku dan sahabatku serta kami semua dapat 'mengeteh' bersama jika dia sudah mahu menjadi sebahagian ahli di bumi Palestin. Namun aku tak pernah menyangkal niat sucinya, sebaliknya mendoakan agar Allah melindungi sahabatku serta keluarganya agar terus dalam barakah dan lindungan yang Esa.

Aku dan Mr Kekasih pulang ke rumah dengan hati penuh membara, bilakah mungkin kita bisa ke sana dan menjadi sebahagian ahli Islam yang memperjuangkan tanah mutlak milik Islam di bumi barakah? Aku dan Mr Kekasih tertanya-tanya, apakah ada ruang untuk kita menjadi ahli syurga dan mendaftarkan diri menjadi ahli syahid? Sekadar pertanyaan pada hati dan sedikit bekalan semangat untuk terus memperjuangkan Islam.

Sebelum berpisah, sahabatku menyampaikan pesanannya "Marilah bantu aku merealisasikan pembinaan masjid kerana di sana tiada tempat lebih indah dan dapat berkumpul selain daripada masjid. Di rumah Allah itulah mereka mendapat segala ketenangan, mereka membina segala kekuatan, mereka musyawarah mengatur strategi membedil iblis Israel. Bantulah aku mengumpul dana RM 1.5 juta untuk membina rumah Allah itu kerana tentera iblis Israel sering menjadikan rumah Allah itu sebagai sasaran untuk menghapuskan umat Islam. Sebarkan pada mereka di laur sana, tercapainya hasrat membina masjid ini akan menjadikan umat Islam di mata dunia lebih di pandang tinggi kerana biar bagaimana sakit mereka merempuh jasad dan batin kita, kita tidak pernah jatuh dan undur sebaliknya semakin mara kehadapan membuktikan kita ini punya ALLAH untuk yang tentukan perjalanan hidup kita bukan iblis Israel yang sesuka hati boleh mencabul hak kita. Sampaikanlah pesanan ini........."

Oleh itu teman-teman, marilah kita bangkit dan bantu sahabatku ini untuk membina rumah Allah yang sudah dipijak-pijak maruah Islam kita di bumi kita sendiri. Hantarkanlah bantuan segera untuk membina sebuah rumah Allah yang besar untuk menghimpunkan sekalian umat agar doa berjamaah dikirimkan terus ke hadrat Illahi. 


Aku dan Mr Kekasih turut berjanji akan membantu sedaya yang mungkin dan menjadikan impian menjejaki bumi Palestin adalah angan-angan yang nyata. 

InsyaALLAH kita mampu untuk mengutip maruah yang diinjak injak oleh iblis Israel. Allahu Akhbar!!!!!
 

 Kasihan baby Khalid, tertidur sudah dipangkuan ibu dan anakku masih aktif berlari-larian.


 InsyaALLAH, janjiku membantumu sahabat akan terus dipacu laju


 Semoga kalian di lindungi Illahi dan persahabatan kita meniti alam akhirat