Salam teman,
Mengambil masa sedikit lama untuk mengemaskini episod-episod harian, biar ada tawa dan airmata namun tak bisa menggoyahkan segala kekuatan.
Terpukul dengan bebanan tugas yang menggila menjelang awal tahun, kini membuatkan aku sedikit menarik hela nafas lega. Apa kesudahannya jika seiring mengejar masa namun tidak jumpa jalan ke akhirnya. Aku pasrah pada ruang waktu yang padat.
Sedikit kemaskini sekadar mencoretkan irama hati :
24 Disember 2009
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT MAMA & PAPA SERTA AMIRUL & SITI. Semoga usia perkahwinan kalian akan kekal ke akhir hayat sambil diiringi bunga mawar wangi yang tidak henti mekar di hati. Buat mama & papa, hanya sepotong doa sering diiringi agar bahtera cinta yang mekar 3 dekad lamanya itu akan terus terusan kekal menjadikan contoh buat kami. Buat Amirul & Siti pula, jagalah bahteramu ini seperti merentasi pulau yang sering dipanah ombak besar. Kekentalan kalian mengharungi bersama pastinya tidak akan menemui jalan karam sayangku! Kak ngah sentiasa mendoakan yang sangat terbaik buat kalian, moga ALLAH swt sering merahmati kehidupanmu. InsyaALLAH.
1 Januari 2010
SELAMAT TAHUN BARU dunia! Makin tua usia bumi, makin hampir dengan hakiki. Aku membawa lembaran baruku sendiri. Tika ini, aku rasa sangat dekat erti ketuhanan dalam diriku. Sebenarnya sudah lama untuk mencari satu titik perubahan, dan sudah ku tekad dan nekad bila MAAL HIJRAH menjelma, namun hasrat itu masih kedinginan. Kini aku tidak mahu toleh lagi, biar sesaat syaitan membisikkan kata 'TIDAK' padaku, aku tempik sejuta kali hebat darinya. Aku mahu menjadi MUSLIMAH sejati, agar kehidupanku ini lebih diberkati. Azam MAAL Hijrah telahpun aku penuhi dan kini ada beberapa azam lain yang harus ku kecapi. Akan aku coretkan pada entri yang lain.
2 Januari 2010
SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE-54 buat papa!! Anakandamu ini hanya mahu memohon pada Illahi agar dirimu itu sering diberkati, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sihat sentiasa. Anakandamu ini akan sering mengingati hari lahirmu kerna tatkala itu anakandamu ini berasa bertuah pada Ilahi. Anakandamu ini mahu terus lihat senyumanmu, mahu terus dengar ceriteramu, mahu lihat kamu terus gagah seperti hari hari mudamu dan anakandamu ini mahu terus dengar hilai tawa serta perhatian kasih sayangmu. Semoga ALLAH swt memberikan kita sedikit waktu lagi untuk terus bersama mengharungi segala suka duka di alam ini. InsyaALLAH.
4 - 8 Januari 2010
Aku sangat buntu tika ini, waktu yang aku tunggu telahpun tiba. Aku harunginya dengan segala keperitan dan kepayahan. Hanya mereka yang mengerti bisa memahami. Tugasan kerja yang maha berat ini sedikit sebanyak memberikan kematangan dan pengalaman tiada bandingannya. Aku susuli dengan sedikit potret tika berlangsungnya persidangan dunia ini. Namun, aku mahu tujukan sekalung tahniah buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak pada persidangan ini. Terima kasih ini tak terlupa buat Kak Zue yang sering menghamburkan kata kata semangat yang aku perlukan saat jiwa ini rapuh.
8 Januari 2010
SELAMAT ULANG TAHUN adikku - KAMAL AMIRUL! Kau itu umpama sebutir cahaya yang memberikan sinaran padu buat kami semua. Kau itu satu satunya wira buat kami berpaut. Hanya doa pada Illahi mampu kakandamu ini iringi saat indah hari lahirmu, semoga ALLAH swt sering memberikan kesihatan yang baik, memudahkan segala urusanmu, melimpahkan rezekinya padamu dan memelihara akhlakmu agar tidak terpesong ke arah noda. Salam cinta penuh kasih dari kakandamu ini.
Aku berhenti tika ini, bercerita lagi jika punya sedikit waktu.

No comments:
Post a Comment