Sunday, December 20, 2009

MAAL HIJRAH 1431~~SELAMAT TAHUN BARU!

Selangkah kita ke hadapan
Selangkah lagi menapak
Selangkah jua menerap telapak
Apakah kau tahu mengapa kau harus melangkah?

Semalam usah kau toleh
Biar menjeling alur matamu
Melihatlah jangan mengenang
Catatan baru harus kau ambil
Sejarah biarkan bertebaran

Pandanglah burung yang berkibas
Pada dia kau taruh harap
Agar bawa doa doamu ke langit teratas
Moga ada titisan rahmat

Senyumlah pada pohonan rendang
Usah rakus menghayun penebas
Melapah keluarga hutan belukar
Mati kita andai generasinya pupus
Panas kita andai segala rendang tidak lagi beratap

Berenanglah bersama duyung
Dia bawa pada besarnya hikmah
Dasar yang lemas adanya hidupan
Tanpa mereka lenyaplah keindahan

Kita sudah mara setapak
Tanam impian tanam azam
Esok mungkin hari akhirnya
Nafas tidak lagi seiring nadi
Usah terlewat sesaat
Usah terpacul sesal
Kita harus sentiasa sedia

Salam MAAL HIJRAH
Antara kau dan aku tiada beza
Aku mohon untuk kita
Aku mohon untuk semua
Agar kehadiran 1430 bawa ceria
Cerita biar ada girangnya
Cerita usah ada tangisan
Usaha biar tercapai
Aku katakan tadi
Doa aku bukan untuk sendirian
Kerana panji ini bawa aku ke hadapan
Seru ini seru keramat
ALLAHU AKHBAR!!

No comments: