Monday, January 11, 2010

AZAM HIJRAH & MASIHI

Mereka mengasak aku untuk tontonkan pada semua apa AZAM aku. Pada mulanya mual untuk bercerita, takut takut tak terjadi, takut takut tak kecapi. Tapi kata mereka, itukan AZAM semata.

Aku khabarkan, AZAM bukan untuk suka suka, kita harus yakin untuk miliki dan selebihnya serah pada yang ESA. AZAM tidak boleh dicipta namun tidak ada tindakan segera untuk kecapinya.

2010 punya aura gelora, aku sendiri panik bila memikirkan apa kata hati. Bidasan terus terusan bermain di cuping telinga. Malah AZAM sudah lama aku patrikan, bukan dari tahun MASIHI, namun tahun baru HIJRAH lagi.

Aku bisa khabarkan, namun aku tidak pasti sejauh mana kurniaanmu Illahi pada hambamu ini. Sesungguhnya aku pasti akan mencuba tanpa kenal erti putus asa.

Antaranya :

a) Aku mahu menjadi MUSLIMAH yang lebih dekat dan hampir pada Illahi. Aku mahu rahmat TUHAN membukakan hatiku untuk sering kelihatan sopan dan tenang di mata insani.

b) Aku mahu menghitung hari bahagia buat Mr Kekasih dan Aku bergelar DADDY & MUMMY. Aku mohon agar Allah swt kabulkan permintaan buat kami yang butuhkan cahaya mata penyeri keluarga.

c) Aku mahu terus menyiapkan NOVEL yang terkandas lamanya. Jika tidakpun, aku mahu terbitkan puisi BULAN BERBICARA. Cukup sudah membawa aku lebih hampir melontar segenap rasa.

d) Aku mahu menurunkan sedikit berat badan yang mungkin tidak ada khasiatnya jika disimpan terlalu lama. Penyakit pasti akan menyinggah. AZAM ini sangat mencabar dan aku berusaha untuk jadikannya realiti jika tidak berbadan DUA.

e) Menutup semua kad kad kredit yang ada kerana takut akan riba. Aku mahu lebih tawakal pada wang yang aku terima setiap bulan dihabiskan tanpa ada riba. Moga ALLAH swt kabulkan permintaanku. Semakin dekat dengan akhir dunia, semakin takut akan dosa dosa kecil yang tak terlintas di minda.

f) Mencari peluang untuk menyambung pengajian dalam bidang MASTER in MEDIA. Mungkin Universiti Malaya tempat paling layak untuk aku mencuba. Dalam masa yang sama aku mahu ambil peluang untuk pelajari ilmu PERUNDANGAN. People can't talk nonsense to me.

g) Aku berAZAM untuk mengecapi segalanya dengan doa yang aku pohonn pada Illahi. Seiring bersama, aku sentiasa memohon agar kesejahteraan dan kesihatan aku dan Mr Kekasih akan selalunya baik baik belaka. InsyaALLAH.

Moga pada mereka yang masih bertanya, dapat sedikit gambaran apa azam aku melagkau tahun Hijrah yang baharu. Kalian macam mana pula??? Mahu kongsi bersama???







No comments: