Sunday, December 20, 2009

MAAL HIJRAH 1431~~SELAMAT TAHUN BARU!

Selangkah kita ke hadapan
Selangkah lagi menapak
Selangkah jua menerap telapak
Apakah kau tahu mengapa kau harus melangkah?

Semalam usah kau toleh
Biar menjeling alur matamu
Melihatlah jangan mengenang
Catatan baru harus kau ambil
Sejarah biarkan bertebaran

Pandanglah burung yang berkibas
Pada dia kau taruh harap
Agar bawa doa doamu ke langit teratas
Moga ada titisan rahmat

Senyumlah pada pohonan rendang
Usah rakus menghayun penebas
Melapah keluarga hutan belukar
Mati kita andai generasinya pupus
Panas kita andai segala rendang tidak lagi beratap

Berenanglah bersama duyung
Dia bawa pada besarnya hikmah
Dasar yang lemas adanya hidupan
Tanpa mereka lenyaplah keindahan

Kita sudah mara setapak
Tanam impian tanam azam
Esok mungkin hari akhirnya
Nafas tidak lagi seiring nadi
Usah terlewat sesaat
Usah terpacul sesal
Kita harus sentiasa sedia

Salam MAAL HIJRAH
Antara kau dan aku tiada beza
Aku mohon untuk kita
Aku mohon untuk semua
Agar kehadiran 1430 bawa ceria
Cerita biar ada girangnya
Cerita usah ada tangisan
Usaha biar tercapai
Aku katakan tadi
Doa aku bukan untuk sendirian
Kerana panji ini bawa aku ke hadapan
Seru ini seru keramat
ALLAHU AKHBAR!!

Wednesday, December 16, 2009

SELAMAT HARI ULANG TAHUN SAYANG~~

Kau lahir kerna cinta
Dari sepasang jiwa yang menyatu

Kau lahir atas buih buih kasih
Bertaburan menjadi pelangi
Mengiringi kuatnya obor perjuangan

Kau di didik penuh sempurna
Walau tiada yang sesempurnaNYA
Namun harapan mereka tetap menggunung
Melihat kau semulus permata

..................................................................................

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~Ini kali kedua kita bersama meraikan hari kelahiranmu. Tahun lalu kita hanya bergelar tunangan, tahun ini akulah suri akulah intan dan akulah permata pada teratak cinta yang kita bina.

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~ Bukan usia menjadi jarak mengukur kematanganmu, menyukat hebatnya keperibadiaanmu malah bukan juga timbangan mengadili jiwamu. Usia sekadar angka, yang bakal di mamah rapuh jika tidak mencari pengertian hakikinya.

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~ Segeraku panjatkan ke puncak langit ke tujuh memohon agar ALLAH swt tidak terlepas dari memandangmu. Kaulah segala cahaya bagiku. Akidahku di bawah bimbinganmu, maruahku di bawah perjuanganmu, imanku di bawah pimpinan yang kau atur. Segalanya bagiku adalah kamu, terakhir yang pasti dan terbaik yang kukenali.

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~ Aku mahu kau tahu, tanpa cintamu aku lumpuh, maka aku mohon agar Allah swt berikan kekuatan bagimu. Aku juga mahu kau tahu, tanpa belaimu aku kaku, maka aku mohon agar Allah swt berikan hidayah dalam jiwamu untuk membelaiku. Senyummu adalah segala penawar mujarab bagiku. Tawamu adalah penyembuh racun berbisa dalam diriku, dan aku mahu kau tahu, biar seribu tahun lagi pastinya kau tetap dalam pujaanku.

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~ Aku panjatkan jua agar ALLAH swt tidak terlepas dari melimpahkan harta dunia pada kita, agar dapatlah kiranya membantu pada yang tidak berdaya. Lebih dalam pohonku agar dicampakkan kita rezeki yang murah dan berkat dalam mengali pengertiaan ISLAM sebagai agama agung. Kita biar tandus wang asal tidak tandus didikan agama.

SALAM HARI LAHIR SAYANG~~ Kalau ciuman ini bisa menjadi penawar tika kau duka, ambillah dan simpan kelopaknya. Andaikan aku ini sekuntum bunga yang tak pernah akan mati dan sering terus berbakti.

Semoga ALLAH swt berikan kau dan aku hari hari yang penuh senyuman agar setiap duka mahupun suka kita lalui dengan ukiran manis dari bibir. Ketahuilah bahawa kerana senyumanmu aku menjadi isterimu hari ini. Kerana senyumanmu jua aku terus bangkit dari tidur yang panjang.

SALAM HARI LAHIR!!

Monday, December 14, 2009

Kutitip Cerita buat NATRAH aka Maria Huberdina Hertogh

13 Disember, Ahad, Istana Budaya

Aku tonton Natrah bersama Mr Kekasih, niatku tak pernah mati walaupun pada awalnya aku tidak mampu memiliki tiket yang bernilai ini. Aku kecewa, aku tak daya, aku seperti mahu putarkan waktu agar tiada siapa berani ceritakan padaku 'Natrah itu seronok penceritaannya'.

Namun jika rezeki memang memihak padaku, akhirnya jua bisa tergapai! Aku lakarkan rasa hati sepanjang melalui kisah ini. Aku hanya bisa bicara jika kalian mengeri apa itu ertinya pengorbanan, cinta dan maruah!


Aku puas,

Bila Natrah kutonton
Bila Natrah kukupas
Bila Natrah kugali intinya

Aku tak kenal dia,
Dia tak siapa pun bagi aku
Hanya anak kecil bertumpah darah di Jawa
Berlinang darah Belanda di selirat tubuhnya
Keturunan penjajah mengekang rumpun Islam
Di tanah keramat tanah Indonesia

Aku puas,
Walau sekadar lakon semula
Walau cantik Natrah bukanlah secantik si duyung bernama Maya
Walau tutur kata tidak selancar si perempuan, isteri & dot dot dot
Walau Mansor Adabi tidak segagah Remy Ishak

Aku balik dengan senyuman
Aku mula himpun sejarah hitam
Aku kaji seloknya
Aku teliti kekurangannya
Namun aku puas!

Natrah bawa aku imbau erti IMAN
Natrah pimpin nadi AGAMAKU!
Natrah bakar obor panji SERUAN
Atas nama MARUAH
Atas nama ISLAH
Aku kagum pada NATRAH

Aku tak tipu
Aku menangis
Bila sejarah agamaku diperdagangkan
Aku menangis
Bila cinta dipisahkan
Aku menangis
Bila jiwa dipincangkan
Aku menangis menatap sengsara NATRAH

Pasti aku tak kenal erti perit
Seperti mana kau rasainya
Pasti aku tak bisa menjerit
Seperti mana kau teriak rintih
Jiwamu ke jalan benar
Batinmu dipasung cinta pada Illahi
Namun jasadmu???
Akidahmu???
Hangus dicabuli, dirogol, dirakusi...

Natrah,
Walau kau tidak pernah aku kenali
Namun aku pohon restu Illahi
Agar jasadmu yang bersemadi
Biarlah kotor di mamah bumi
Asalkan jiwamu diangkat Allah Hu Rabbi
Di letakkan bersama para ahli syuhadah
Yang martabatnya mulia tiada terperi.


Monday, December 07, 2009

Alam mula bicara Episod 1

Langit semakin merah
Ada tanda hujan akan mencurah
Menghambat noda
Membilas dosa - dosa

Sering kita terleka pada alam yang pantas berbicara
Lupa pada setiap lenggok rumpun yang beralun
Gering tanah yang merekah
Bah melimpah dari pantai

Semalam aku bicara
Dengan dia yang kunamakan teman
Membuka pekung dada berkuping
Secebis demi secebis irama tangis membibit
Aku hanya mampu kesat airmatanya

Kata teman,
Aku sudah buntu atas perjalanan
Aku sering butuhkan ketenangan
Sedang di balik sana aku lihat dia masih terus selingkuh
Dalam mencari apa itu tegarnya dunia

Kata teman,
Aku mahu pulang
Teringin memimpin jalan kebahagiaan
Biar sesaat biar seminit
Aku rindukan belaian
Sedang di balik sana dia sedang asyik
Dikepung dunia bersama penglipura duniawi

Bibitku pada teman,
Kau mahu pulang bagaimana?
Sedang kakimu masih dirantai
Jiwamu dipasung
Kau tak rela kepuasan ini dilepasi
Kau mahu perjalanan ini seperti yang kau lakari

Kalau rindu pada bahagia yang kau cari
Bukalah rantai dikakimu
Yang terikat atas nama syurga dunia

Kalau bahagia yang kau damba
Lepaskanlah pasungan di mindamu
Yang tertambat atas nama nafsu semata

Kita bukan dicipta untuk menghitung suka duka
Kita di sini ada amanatnya...

Langit merah terus muntah
Deras airnya sehingga karam
Di lautan terhayun gelora
Di daratan tertimbus harta
Kalau kau masih buta
Kau akan terus terkurung melihat rintik rintik hujan
Menghitung bersama derai airmata
Yang tidak ada kesudahannya

Atas nama La Illa Ha Illallah, Muhammad Rasullulah!!
Bawalah laramu mengadap keampunan Yang ESA!

Sunday, December 06, 2009

Sikit sahaja!

Rombak!!!
Bukan rompak mamu..
Cheq habaq rombak!!!

Rombak!!!
Ape hey le pulok nak romboknye ni?
Ape tidaknye yoep?
Haru biru dah ni~

Rombak!!
Gapo dio pulok ni?
Nok ghombok hok mano?
Mu ikot sajo, jange tanyo..

Rombak!!!
Ape hal kak long?
Nak rombak pe nye?
Dah gerek dah ni!
Ek eleh brader...lu tau ke apenya?
Tak bleh blah la~~

Rombak seisi alam
Rombak jiwa kelam
Rombak dalam diam
Biar rombak sampai karam

Lemas sampai tertelan
Tekak sendat sampai ke otak
Lepas ini apa lagi?
Isu agama, isi parti politik, isu POLEMIK!

Rombak ajelah
Bagi tengok yang nak sangat naik
Bagi relax pada yang sepatutnya rehat
Kita banding kita ganding
Bila berhasil baru tahu baik atau tak baik

Kau dan aku satu suara
Kita panji yang sama
Rumpun yang tiada beza.
Tuhanmu tuhanku!
Ajaranmu ajaranku
Kita gegar satu seru
KITA PAKAT ROMBAK BUKAN ROMPAK!!!!!!!!


Banyak Banyak Story (kata Al-Farysh)

Update 1:

27 November 2009
- Aku ucapkan SALAM AIDIL ADHA (walau terlewat dan ada jemaah haji yang dah selamat sampai tiba). Aku mahu doakan agar segala pengorbanan dan pengertiaan korban itu sampai di segenap hati umat umat yang masih bernafas di muka bumi!!! Aku seperti biasa menyambut Raya Aidil Adha tahun ini bersama insan baru yang bakal menemani saat saat sukar dan senang, En Kekasih. Aku meraikannya dia teratak Sek 9 Kota Damansara bersama seisi keluarga yang lengkap (termasuk anak kecil comel mungil - Farysh).

27 November 2009
- Aku ucapkan SALAM HARI TUA & SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI SERTA DIBERKATI untuk aku :)!!! Aku dah tua wei. 26 tahun menghuni bumi milik tuhan, aku semakin terdetik untuk mencari apa itu permata yang harus dibawa balik bertemuNYA. Aku redha dan gembira dengan setiap saat yang telah aku lalui tanpa ada nafas keluh ku hela. Aku mahu terus menjadi penghuni di bumi keramat ini serta mohon dikurniakan generasi pintar serta berakhlak mulia. Doakan aku!

28 November 2009
- Aku ucapkan SALAM HARI LAHIR buat anak saudaraku yang ku sayang benar. KAMAL AMIRUL AL-FARYSH! Mummy selalu doakan kebahagiaan, kecedarsan, kesihatan yang baik dan akhlak yang terpelihara buatmu. Kau itu ibarat anakku sendiri, kau lahir tika aku baru sehari bergelar hari tua. Kau diciptakan untuk beri aku senyuman. Kau bernafas dalam setiap doa doa dan didikan kasih dariku serta mamamu,papamu dan semua. Mummy akan terus teguh menjadi tiang membimbingmu.

30 November 2009
- Aku ucapkan salam duka buat mama yang tertimpa musibah. Aku masih dalam kebingungan untuk ceritakan lebih lanjut. Aku mahu kongsi tapi aku buntu bicara. Aku kasihan buat mama, kerna terpaksa lalui saat cemas itu. Aku mohon agar Allah swt sentiasa lindungi mama dan jauhkan dari segala perkara tidak diingini. Aku mohon agar Allah swt berikan ceria itu. Mama seorang insan tabah!!

1 Disember 2009
- Salam HARI TUA buat mamaku tersayang! Mama dah cecah angka 5 dihadapannya. Ahaaaaa itu bermakna mama berjaya harungi pancaroba dunia dengan cekal dan tekad. Alhamdulillah mama turut berjaya membentuk kami dengan penuh rasa cinta dan kasih. Di wajah mama biar tergambar duka, hanya tenang yang terlakar. Kau insan tabah mama. Sempena hari lahirmu ini, aku doakan agar Allah swt sentiasa berikan kesihatan yang baik padamu, panjangkan usiamu, jauhkan dari segala mala petaka dan lindungimu. Aku tidak pernah leka mendoakanmu mama!

2 Disember 2009
- Aku dan keluarga meraikan majlis Hari Lahir mama di REBUNG, Bangsar! Sangat meriah dan kerenah Al-Farysh mengembirakan kami sekeluarga!!! Gambar akan menyusul mengukuhkan lagi cerita ini. Seperti biasa, walau mama masih dirundung pilu atas malapetaka yang melanda pada 30 November lalu, namun mama terus tersenyum dan tidak langsung berikan wajah gusar! Seperti ku katakan, mama itu wanita tabah!! I love you..

Menyusul lagi.....wrapped