Bila bulan mula berpaling
Apa ada noda terpalit?
Dalam perjalanan hari semalam
Dalam pengembaraan esok dan depan
Dalam kesempitan di titian
Bila awan tidak menggebu
Putihnya berolak mencalit kelabu
Beratnya memikul beban sebu
Sering diacuh pedang kilat
Pancar dan terus terbelah tepat
Perut membolos rebah ketandusan
Apa aku harus lebih tunduk
Sujud dan terus tafakur
Malam ditemani para syuhadah
Bibir menggumit bait zikir
Subuh dihimpit sunat taubat
Aku lihat alam aku gugup
Aku lihat alam aku takut
Aku lihat alam pimpin gemuruh
Aku lihat isi perut alam
Membawa khabar duka
Esok akan ada babak nyeri
Atau mungkin sebentar lagi?
Semalam aku rasa seminit
Hari ini sesaat
Esok tak terlihat
Kerana aku sibuk mengejar fana
Berlari hingga lupa diri
Lucut satu persatu
Pakaian dan pangkat
Akal dan keringat
Tak aku sedari
Namun
Itulah aku
Pemburu masa yang rakus
Menelan kemanisan bumi
Terbongkang kepenatan
Tebungkam di dinihari
Melihat jam angka 12
Esok mahu terus berantakan
Mengisi kantung dunia
Untuk aku, anak dan generasi gergasi
Lantas hari ini
Aku duduk terduduk
Injak masa jika kumampu
Kerna usia dan masa tak tunggu
Berlalu dalam resah
Sedang bekal alam kekal tiada
No comments:
Post a Comment