Syawal tiba dengan penuh keceriaan. Kehadirannya pada tahun ini menambahkan seribu seri dalam keluargaku. Tahun lalu, Farysh belum lagi bisa melihat dunia, masih tidur dengan lena di sebalik kandungan ibunya. Aku pula masih samar-samar dan mamai sejak pulang dari Tanah Inggeris, tiada kemeriahan dan sambutan yang gemilang seperti kali ini. Indahnya menjalani Ramadhan dengan penuh kekufuran, menadah tangan agar diterima segala ibadah.
Episod menyiapkan kuih raya, mengemas dan membeli belah telahpun berakhir untuk Syawal. Pagi ini semuanya kelihatan ayu dan tampan (termasuk Farysh) apabila mengenakan baju kebangsaan serta bersongkok dan bersampin. Bukan selalu dapat merasai semuanya, ia hadir hanya sekali dan dapat kurasai di akhir akhir Ramadhan itu, kesayuan mula menggigit dasar hati. Apa mungkinkah dapat kurasakan segalanya tahun hadapan? InsyaALLAH.
Bagaimanalah pula kemeriahan Mr Kekasih di balik sana, negeri Pantai Timur yang kaya dengan pelbagai adat, juadah dan keindahan negerinya sering membuatkan aku melakar rindu untuk merasainya. Jika jodoh tiba serunya, tahun hadapan mungkin lembaran baru dalam kehidupan mula menggamit. Ku bermohon agar dipanjangkan lagi usiaku untuk melalui segala saat manis itu nanti.
Selesai bersalaman, melangsaikan sesi bergambar, bertukar 'angpow', menikmati juadah, kami sekeluarga bergegas ke tapak perkuburan. Saatnya menziarahi mereka yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Adikku allahyarham Noor Lailatul Marina, nenda serta moyang disemadikan di satu tanah perkuburan yang sama. Ini tahun yang ke 16 Marina meninggalkan keluarganya, nenda pula pulang mengadap Illahi 11 tahun yang lalu dan disusuli moyangku 6 tahun lalu. Hanya padamu Illahi ku bermohon agar ditempatkan mereka ini di dalam golongan insan insan yang kau kasihi dan sayangi.
Bakal menyusul nanti, coretan di pagi raya saat bersalaman dan bermaaf maafan serta gambar sekitarnya. Kini aku paparkan foto sekitar tanah perkuburan, pada yang tidak sempat untukku bertemu dan berjabat salam, sekali lagi utusan Ampun dan Maaf dipinta seandai pernah mengguris hati kalian. Selamat Hari Raya!

kak ngahmu yang tercinta.
1 comment:
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk Ninie sekeluarga :)
p/s:lama x baca blog kamu
Post a Comment