Sunday, October 12, 2008

~~ Aku dan aktiviti minggu kedua Syawal~~

Hujung minggu Nini dipenuhi dengan warna warna kemeriahan rumah terbuka teman di kantor, rakan rakan Mr Kekasih serta pejuang politik Malaysia. Letih, lesu, sakit kepala, gembira, kekenyangan dan berbagai lagi rasa mula menular. Apa pun alhamdulillah dengan setiap juadah yang dihidangkan, semuanya enak belaka, sehingga senak perut ini.

Cuaca yang sekejap panas dan disimbahi hujan pekat mencium bumi sering juga membuatkan kepala mula berputar kepeningan. Apa tidaknya, sukar benar untuk meramal keadaan cuaca lewat waktu ini. Panas menggigit akhirnya tidak disudahi hingga ke petang, sebaliknya air di awan melahap segenap sudut kota metropolitan.

11102008 - Sabtu
Bermula dengan menghadiri majlis perkahwinan teman Mr Kekasih, lantas menghadiri rumah terbuka teman sepejabat, aku akhirnya pulang dengan menziarahi 'uptown' Kota Damansara hingga lewat jam 2 pagi.

Majlis perkahwinan teman Mr Kekasih turut berserta dengan konvoi Kelab EK Division mula bergerak dari Shell Kelana Jaya lantas menyusul ke Shell UIA Gombak. Dari 4 buah biji kereta, angka mulai meningkat ke 7 buah biji kereta. Ragam di jalanan bersusur ganti, hinggakan 3 buah biji kereta nyaris mencium punggung kereta teman teman sendiri. Ini termasuklah kereta Mr Kekasih sendiri (maaf tiada gambar untuk dikongsi). Nini yang berada di dalam kereta tersebut, kecut juga ulu hati dibuatnya. Nasib baik kereta Mr Kekasih dapat naik sedikit pembahagi jalan dan teman di belakang 'mencilok' ke arah kiri jalan. Fuhhhhhhh, memang gerun juga, kalau tidak maka leburlah beberapa ratus ringgit Malaysia terpaksa dibayar kepada kereta yang dicumbuinya.

Madu Nini :-) Cinta hati Mr Kekasih

Possesion!


Dirakam oleh Mr Kekasih


Tak pasti apa yang dibualkan :)

Tiba di lokasi rumah si pengantin, acara makan dan berbual serta berkenalan disertakan. Kurang lebih jam 3 petang, kami pun meminta izin mengangkat kaki untuk beransur pulang memandangkan ada beberapa buah rumah dalam 'list' untuk diziarahi.


Encik Pengantin dan pasangannya.


Lapar, lapar, lapar......

Dan seterusnya lapaaarrrrrr...... boleh migrain ni!

Photography workshop!

Selamat Pengantin Baru

Dalam keadaan hujan yang sangat lebat dan seperti tidak ada tanda tanda untuk reda, maka jalanraya sekitar medan metropolitan juga terkena tempiasnya. Pusing kiri jam, pusing kanan jam, pergi depan jam, 'kona' belakang pun jam. Bak kata Mr Kekasih, kalau ada suami isteri yang bergaduh dalam kereta, boleh terus bercerai berai. Mana tidaknya, jam jam jam sana sini!

Hajat meneruskan ke beberapa buah rumah terbuka nampaknya terpaksa dikuburkan memandangkan tekanan di jalan raya telah mengambil segala tahap kesabaran kami berdua. Agenda seterusnya adalah pulang ke rumah dan berehat seketika sebelum menerjah rumah teman sekantor kami lepas Maghrib nanti. Namun, kekecewaan terus terusan menghimpit kami. Jalan pulang ke rumah juga dinaiki air hingga menyukarkan kami pulang ke rumah, akhirnya destinasi tidak terancang adalah menyinggah sebentar di kompleks membeli belah 'The Curve'.

Dengan tak semena mena, agenda 'window shopping' berlangsung dan seterusnya disusuli dengan menikmati ais krim Baskin Robbin serta sembang santai mengenai isu budaya dan melayu abad ini bersama Mr Kekasih. Sekurang kurangnya dapatlah menghilangkan sedikit amarah sesak di jalan raya serta mengurangkan bebanan sakit kepala sejak dari rumah pengantin tadi.


Aksi manja...

The best ice cream in town! Baskin Robbins ;)

Slurrppppp.....yummy!

Cheers.....

Dalam keadaan kepala yang terus berdenyut, Nini gagahi juga melangsaikan satu lagi rumah terbuka. Dengan bantuan Mr Kekasih, kurang sedikitlah kepeningan melanda. Juadah yang terhidang tak sempat diratah memandangkan kesakitan yang amat sangat menghantui saat di rumah teman sekantor ini. Tanpa banyak bicara, aku hanya membisu dan sekali sekala menguis masuk ke dalam bual bicara teman teman yang lain.

Aku rakamkan juga sedikit gambar untuk tontonan. Malam itu diakhiri dengan menerjah ke Uptown Kota Damansara dan sok sek sok sek kami di meja minum menganjakkan waktu hingga jam 1 pagi.

Teman2 kantor menikmati juadah sambil bergurau menghiburkan

Wan request agar gambarnya tidak diambil dari belakang, maka inilah hasilnya. I mean Wan bujang ye!

Mr Kekasih dengan Mee Karinya. Sedap sungguh tapi Nini tak lalu nak makan sebab pening menular ke tahap maksima

Inilah teman baikku di kantor, Kak Ina yang sungguh jelita. Seri ibu mengandung membuatkannya lebih anggun selalu.

Ini dia tuan rumah yang tak henti henti menerima tetamu hadir. Makanan memang class 1.

Mr Kekasih dan Jejaka milik Kak Ina.

Ini juga kakak gwe di kantor. Staff kesayangan boss :-) jangan mare aar!

Abang Jamil dan puteri hatinya!

Wajah kekenyangan dan kelaparan. Cuba teka yang mana lapar, yang mana kenyang!

Kak Aini dan jejaka hatinya!

Cuba untuk memberikan senyuman dan wajah paling menarik sekali tapi kantoi! nampak juga rona rona menahan derita migrain! Aduhhhh stresssss

Tersandar lesu dek kenyang dan letih! Cayang kamu

Credit to Joe Creative sebab merakamkan aksi ini!

p/s : Mr Kekasih berjaya mengurut kepalaku yang sangat sakit serta rasa mual, hebat juga urutannya. Aku kembali cergas setelah pening di kepala beransur hilang. Terima kasih Mr Kekasih, lain kali boleh urut lagi ya!

No comments: