Monday, November 19, 2007

~~Duyung Di Laut Bercerita~~[8]

Memanah bintang petang
Tak bisa ketemu sinarnya
Mencari di sebalik tebal gelap
Tak terjawab keroncong cengkerik

Kau mahu aku menemani
Semalam yang muram
Hari ini bersinar
Atau esok yang suram

Ombak putih sentiasa mengalun rinduku
Sesetia burung terbang ke sangkar
Berbalam dengus membakar
Aku lemas lemah rebah

Jemarimu marilah menari
Di atas lembaran tubuh geringku
Bibir terus menyatu
Mengisi segala ruang kosong
Yang memisahkan antara kau dan aku

2 comments:

Anonymous said...

kesah sedih lagi.

ceritakan la pula tentang bintang dan perkara2 yang bersinar itu!

Marini Kamal said...

cerita bintang dan sinarnya pasti kunjungi malapku...nantikan detik gemilang itu...

Terima kasih kerana sudi bersama melayari laman usang ini