Di malam sepi yang dingin, aku meraba dalam kebingungan. Entah apa menujah minda kecil ini, aku terlamunan dalam fantasi. Sesaat kurasakan indahnya dunia sekelip lagi hilang sinar gemilangnya. Ketakutan sedikit sedikit menyahkan senyuman manisku, terasa semakin siksa mengenang segala cerita.
Siapa mahu menjadi aku?Disedut nikmat lampau, kenangan tiada lagi bersarat di benak yang tinggal hanya sisa semalam yang baru. Seringnya ku bermohon agar ditambah kekuatan mental yang mengasak ganas inginkan cerita semalam tapi masih suram dan pudar. Apa lagi mampu kulakukan selain berserah dan berharap?Kebingungan menyeret sepi pekat malam. Berlari bersama denyut nadi yang mati, bukan itu yang ku mahu.
Angin bayu mengusap lembut wajahku, membawa segala jernih airmata mengalir. Aku mulaa rindukan semalam yang hilang. Mahu sahaja aku menjerit di kepekatan malam begini hingga bisa gegar seisi alam, biar terjaga mereka yang lena, biar terganggu canda gurau kenikmatan dua insan. Aku mahu khabarkan bahawa hari ini tanpa semalam adalah mimpi ngeri.
Kekuatan sentiasa menggomoli tubuhku, semangat kental milik tok nek moyang melingkari sendat jiwaku. Aku menarik nafas penuh dalam sedalam kerak bumi dan melepaskan penuh emosi. Kembalikan segala rindu yang pernah kurasai, kembalikan segala cinta yang pernah kulalui kerna aku kian lemah dalam bingung yang panjang.
Seperti hari semalam, aku menelan dugaan dengan redha dan sabar walaup digegar gunung berapi, digoyang tsunami. Cerita itu milikku, kembalikan segera agar tidak terus membisu pabila disoal mereka yang ingin tahu. Kepenatan mula kurasakan, mencari erti hidup bukan mudah buatku.
Apakah aku biar terus begini? Mungkin lebih baik dari semalam yang hitam? Aku mahu menjerit bersama cengkerik berlagu nada riang. Marilah bersamaku temani malam, usah biar aku terus dihambat rasa pilu mencari sesuatu yang tidak pasti. Bekalkan aku seteguk air nikmat untuk rentasi esok yang penuh berduri.
Hanya padaNya aku meminta minta, sehingga malu merayu lagi. Berikanlah aku peluang kali kedua untuk mencipta bahagia yang terhapus dek semalam yang derita. Kini bayu malam mengorak laju, bergumpal awan kelabu, mencurahkan hujan batu yang mengiringi derita nuraniku.
Aku rindukan kamu 'SEMALAM". Kembalilah padaku dan kita bina hidup baru.

1 comment:
Iktibar Allah buatmu wahai perempuan. Jgn kau tangisi kedukaan hari ini atas kehilangan dosa semalam, sesungguhnya Tuhan masih menyayangimu. Dia masih memberi peluang kepadamu untuk bertaubat dan mengharungi hari2 mendatang dgn penuh keimanan dihati. Iktibar ini bukan hanya buatmu, tetapi buat keluargamu khususnya. Kenang2 kembali apa yg telah kamu semua lakukan. Lakonan semalam telah terbalas hari ini. Masih belum terlambat untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua umatNya yg masih mengingatiNya. Ketahuilah olehmu wahai perempuan, seorang nenek tua setiap hari meratap kehilangan, menyesali nasib yg menimpa akibat perbuatan anak2nya yg x mengenang jasa. Nauzubillah....masih tiadakah bibit2 penyesalan didlm hati kalian? Semoga Allah menjauhkan sifat2 itu dlm hati kami. Amin....Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yg dpt membalasnya.
Post a Comment