Sunday, May 13, 2007

~~KhAbaR AkhBar KhAbaR JeLek~~

Ah
Apa sahaja cerita hari ini
Bosan mengerlip menatap surat khabar
Terpampang rakusan enak
Pak Menteri yang gila kebendaan

Ah
Apa sahaja cerita hari ini
Mual lenggok bicara terpampang muka depan
Khabarnya tidak seindah kuimpikan
Menggali ke nafsu wang dan metarial

Ah
Apa sahaja cerita hari ini
Khabar tiada yang indah
Berbelit mencari keaiban
Melapor cerita cerita meremangkan

Ah
Apa sahaja lagi cerita di dadanya
Tiada kebenaran
Songsang pemikiran
Melipat sudut minda agar kemas tersimpan
Tak perlu melaung suara kebebasan

Sampai bila aku harus mengeluh
Menatap ruang mual dada akhbar
Kononnya berita penting
Tapi bukan kepentingan rakyat
Kepentingan hanya buat barisan pentadbiran

Keluhan bertukar oboran marah
Bosan dan bosan sehingga rebah
Meronta untuk pembebasan
Merengek agar bisa ditenangkan
Dari karut marut cerita dunia

Mari membaca menajam minda
Amalan membaca amalan pintar
Benarkah akhbar itu bisa merubah?
Atau sekadar menumpul minda berkembang?

Bosan
Aku bosan
Mama.....
Berhentilah melanggan
Buang ringgit buang saat
Cerita di dada akhbar itu hanya dongeng sahaja
Tiada sahihnya selain tutup aib Pak Menteri

Bosan
Aku bosan
Mama......
Jangan dipanggil lagi 'ayya' penghantar akhbar itu
Kita tidak mahu ditipu
Bak kata papa
Melayu akan hilang dunianya!!!!!!

2 comments:

Andrew said...

Hi, I've just read your blogger, but only the thinks that I can read at all because I'm from mexico so I only know spanish and some inglish, nice blog!!!

Unknown said...

:)