Tuesday, October 31, 2006

Jangan Kau Menggangu

Dari mana ia datang
Menari di cuping telinga
Merentak degup jantung
Kadang kencang
Kadang gagap denyutnya

Siapa menyeru
Siapa memburu
Terpanggil atau memanggil

Mengapa hadir
Meliuk dalam melodi
Menyapa minda yang tuli

Pergilah jangan menggangu
Kita berbeza zahir azali
Mata tak bisa bertentang
Sentuh hanya sedingin salju

Baliklah jangan hampir
Mendebar kudus hati
Akan ku iring nyanyian abadi
Moga dikau tenang
Dalam alam abadi

Melodi ini melodiku
Patah puitis bukan untukmu
Andai ia nalurimu
Akan ku bisik akan ku lagu
Saban waktu
Janjinya kau tidak lagi mengganggu

Kita berbeza waktu
Pulanglah jangan kau terus menggangu

4 comments:

AKARIMBA said...

assalamualaikum wt bt
waaa bagus skali bahasanya...

bila dibaca, (biasanya jrg baca blog org) but this one kinda rarely... sesuatu yang berjiwa dan bernafas dalam tulisan kamu. susunan bahasa kamu teratur, walaupun ada tercampur.
panjang yang tersurat, amat dalam yang tersirat...
semoga itu menjadi pengubat, agar rindu pada yang jauh terasa dekat.

semoga kamu terus suksess di perantauan.

Salam dari kawan baru...
imran dr
hardy_5501@yahoo.com

Marini said...

thanx akar rimba!

ayat yg kdg2 kita sendiri tak boleh fikir tp lahir dari mata hati ke jemari!

thanx for viewing my blog!

AKARIMBA said...

Ntah harini, kepingin lagi melawat kamu lewat tulisan bisu ini. berminat ntuk membaca terus...

sedikit sebanyak kenal kamu melalui tulisan ReFoRmAsI GirL.

Gembira bila dilahirkan dengan punya hati, tapi sedih bila kita mula kenal erti kecewa. jangan mengalah, kerana tiada yang mahu hidup untuk merasa sesuatu yang pedih. Itu juga menjadi pengukur, indah mana rasa Bahagia.

kan?

Hidup Mesti Terus!
Jumpa lagi,

Marini said...

benar katamu...

bahagia bukan kekal selamanya!
seketika itulah yang harus kita nikmatinya, esok ia hilang timbul rasa rindu dan kecewa! lumrah hidup