Friday, November 08, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun ke-3 Anakndaku....



3 tahun berlalu
Detik 8.11.2013 tetap bugar di segenap minda
Saat mengharungi peritnya melahirkan
Saat merentasi dugaan seperti kulit perut di siat-siat
Saat itulah Allah swt menggantikannya dengan sinar kegembiraan

Oh tuhanku yang maha ESA
Kau hamparkan secebis perasaan kasih
Kau selitkan sayang yang berselirat
Dengan amanah kau tinggalkan dia untukku dan suamiku
Melakar perjalanan hidupnya untuk kembali SOLEH kepadamu

Kehadiranmu dinantikan sayangku
Setiap malam mummy menghitung
Tertanya-tanya apakah bentuk wajahmu
Adakah kau selesa tinggal di sebalik kantung perutku
Hari ini genaplah kau menghiasa warna hidup kami
Dengan cinta dan kasih sayang yang disemai
Kau penuh dikelilingi perhatian dan perasaan
Akalmu tidak terjangkau bila kau bicara

Lidahmu biar sedikit pelat sudah bisa menutur kias
Kau bijak mengambil hati kami
Terhibur dengan setiap gerak gerimu
Hingga ada waktunya tak bisa untuk berpaling dari menonton kerenahmu
Kau terlalu istimewa
Seawal usiamu menginjak 3
Kau sudah pintar mengalunkan bacaan Al-Fatihah
Kau juga pintar menyanyi
Walau mummy sering tertawa mendengar usahamu menyebut konsonan 'R'
Kata doktor, lidahmu sedikit pendek dari biasa
Ah......aku peduli apa sama lidah yang pendek
Sedang Allah mengurniakanmu akal sepanjang sungai Nil
Kau bisa menghiburkan dengan gelagatmu
Syukur kerana kau tidak menggunakan kekerasan akalmu
Mudah dibawa berbincang
Dan....
Ramai yang cemburu bila kau tersenyum

Leret bibirmu menguntum senyum
Mirip daddy yang indah bila melontarkannya
Gigimu tersusun indah...
Ada kata seusia 3 tahun
Kau seperti pendek dari yang lain
Sekali lagi aku tegaskan
Biarlah fizikal itu tidak menjadi kayu ukur membandinkan dengan mereka
Kerna aku terlalu bersyukur panjangnya akalmu yang Allah titipkan
Sayangku...
Bicara ini ukurannya hanya 3 tahun
Kau masih anak kecil yang tak bisa mengerti apa itu dunia
Walau kau sering berkata "mummy selalu doa tau, nanti tuhan bagi semua"
Kau masih tidak mengerti apa itu likunya hidup
Walau kau sering memelukku erat dan membisikan "Mummy jaga diri elok-elok..Take care always"
Ada waktunya aku luahkan kisah harianku, bebanan tugasku, politik dan rencah dunia padanya
Dia seolah faham dan khusyuk mendengar
Ini aneh bagiku
Tapi Allah itu kaya
Sudah dikirimkan sebutir permata untuk berkongsi segalanya

3 tahun sudah bisa memujuk
3 tahun sudah bisa membelai hatiku
3 tahun sudah bisa menghamparkan segunung kasih
Kau sangat istimewa
Hari ini, dihari kelahiranmu
Aku ingin jeritkan pada dunia
Bahawa bahagia yang aku miliki ini adalah milik Allah
Permata yang bernyawa di hadapanku ini juga milik Allah
Dia bisa merengutnya jika dikehendaki

Maka....
Lantas aku panjatkan doa-doa tak putus bertaut
Memberikan aku kekuatan dan terus menitipkan rahmat
Untukku jadikan insan suci ini seorang yang SOLEH
Untukku berikan didikan yang padu menempuh dunia dan AKHIRAT

Terima kasih Allah
Aku amat menghargai dan terus menghambakan diri buatMU
Dengan harapan kau bimbingi hatiku
Agar doa-doa ini dimaklbul...

Selamat Hari Ulangtahun Anakandaku - KAMAL IZZ ZIQRY AHMAD SYAUKI





Untuk kenang - kenangan kita

Monday, September 23, 2013

KISAH BERSIAR-SIAR & TONTON SMURFS!!!

Cuti panjang sempena Aidil Fitri ni, aku sempat juga membawa permata hati beriadah sekitar KL.
Mulanya buntu juga nak ke mana, pusing punya pusing oklah kita ke KLCC. Tak plan nak tonton wayang, hanya ingatkan nak bawa naik train.

Lastly, pakej lengkap....naik LRT, makan-makan, tengok wayang dan bersantai di taman KLCC. Seronoknya!!!!

Anak-anak adalah penghibur terbaik dan mereka seolah-olah berikan therapy pada diri...

Amboi....2 beradik ni sebelum nak bertolak tu, punyalah excited!

we're on train!! Happy sokmo wei....

Kasihku pada mereka tiada siapa bisa menduga! loves....

"mom.....boleh mandi tak???", NO WAY!!!!!! hehe

No picture please!! Sedang amat-amat menikmati....

Mereka ni hantu Sushi ok!

Movie time!! Smurf 2...

They really enjoy ok! Kalau bertiga, memang seronok sungguh anak2 mummy

Lihat wajah-wajah riang ini....aduhai!!! kalau boleh tak nak kerja, nak tengok mereka membesar sahaja

Cinta hati mummy!

Sempat berposing Ultraman! Banyak mata yang memandang, tersenyum simpul lihat gelagat mereka

Aksi ini selalu berlaku....Papa nak balik rumah mertua di Ampang, Farysh tak nak ikut. Nak stay dgn Wan...inilah gelagat cucu sulung

Akhirnya anak akur dengan ibu.......dibiarkan cucu ikut serta pulang ke rumah hahahaha

Monday, September 09, 2013

Kami akan merinduimu Umi aka Kak Daeng!

Lama dah nak posting kisah ni, tapi asyik sibuk je kan...

Bertugas 3 tahun di sini, Kak Daeng banyak mengajar kerja-kerja yang adakalanya aku tak terlintas di fikiran.

Bukan pangkat membezakan kita untuk belajar sesuatu, tapi pengalaman itu amat berharga untuk kita mencedok segala ilmu.

Selamat Bersara dan Semoga Sihat Selalu...


 Magic Flowers!

Disampaikan oleh Puan Sri Judy hehehehe

Amboi....siap nak bagi pasu bunga tu

We're gonna miss you Kak!

Lunch treat for you

part of the team!

International & Publication team of ICR


Sunday, August 25, 2013

Raya sakan memenuhi undangan RUMAH TERBUKA!!!!!

Berjalan musim raya dengan dipenuhi undangan 'Rumah Terbuka' memang seronok, bukan kerana dapat makan free bagai di kata, sebaliknya dapatlah kita berkumpul bercerita dan update mana-mana part yang tertinggal.

Namun tak dinafikan, juadah disediakan merupakan antara faktor penarik untuk berkunjung. Makan punya makan, aktiviti lain pastinya bergambar!!

Malas bercerita, kita tonton gambar jugalah ye hehehehe

Tak banyak mana pun, tapi suka nak sharing je....


 
Sahabat sejak dari zaman kanak-kanak ribena!!!! Kami masih terus menjadi sahabat..... Ukhwah ini moga akan terus disemai dengan seindahnya...






Anak-anak kami....moga mereka menyaksikan persahabatan ibu-ibunya ini adalah persahabatan dunia akhirat...

Next, kami ke rumah YB Azmin Ali...Setiap tahun tak putus mengundang! Sedap makanannya cuma perut kena simpan untuk makan beberapa buah rumah lagi....huhuhu

 Sahabat saya dalam arena politik, Brother Sam!! Now dah jadi MP di Bukit Katil dah....Moga terus berjuang untuk rakyat....


Bergambar bersama tuan rumah itu wajib, Ziqry seperti biasa.......baru bangun tido dan moody!!

Lastly, rumah Mentor saya...Prof Datin Dr. Rahimah....my ex-boss yang beri saya peluang untuk mengkordinasikan satu conference besar back in 2010...seriously tanpa tunjuk ajar beliau, saya tak mungkin akan secekap hari ini....


Sunday, August 11, 2013

Edisi Raya Teman - Siri 2

Orang post gambor, teman pun nak post gambor jugalah!!!!

Masa beraya nilah rasa nak jadi retis.

Apa taknya, semua moment nak diambil untuk jadi memori...

Jom tengok kisah raya Siri 2!!

 Mercun ni menggegarkan Kg Dalam Kamunting, Pasir Puteh la.....memang terbaik. Harganya pun terbaik jugalah...RM200++ untuk 2 minit!!! Bakor bakor duit yoep

 
Inilah rupanya sebelum di bakor! Tapi hasilnya best woooooo KLCC katanya!
 

 Yang ni pun best juga!!! Meriah meriah sangat malam raya kami!

Kalau abang ipor teman ni tak ada, maka raye Kelantan tak ado la Lemang!! Lemang Perok di Kelantan Yoep!!!

 Edisi Membakor!

 Keluarga Cik Lah 

 Keluarga Ayah Su

 Teman tertarik benor dengan warna tema deme...memang menyerlah!!! Keluarga Ayah Ngah

 Keluarga Pengantin Baru..... Dik Ku...

 Bersama Cik Hir....

Pretty cousins

Cucu-cucu atuk n nenek!!! Kakak Shasha je tak ada dlm gambor ni

 Adik kesayangan Ziqry! Adik Zara....

Bersama abang Zara....Farish dan mommy yang gemokssssssss

Saturday, August 10, 2013

JOM REVIEW KISAH RAYA SAYA!!!! - Siri 1

I'm back!!!! 

2 minggu tak menulis rasa rindu. Kalau dah memang anak penulis, darahnya sentiasa mengalir dalam nadi.

So, seronok beraya? Banyak juadah yang dirindui dapat diratah pagi raya. Ketupat, lemang, rendang, nasi impit, kuah kacang, lodeh, dodol, bahulu, apa lagi??? Macam-macam lah pendek kata sampai panjang tak terkata apa-apa.

Nini pun enjoy raya tahun ini, alhamdulillah semuanya sihat dan perjalanan ke Kelantan juga selamat. Cuma, adoiiiiiiii nak cerita pun rasa letihnya lagi. Apa tidaknya, perjalanan pulang dari Pasir Puteh ke KL mengambil masa hampir 12 jam!!! Repeat again, 12 JAM!!!!

Dengan keadaan Ziqry yang kurang sihat diserang demam panas dan sakit mata, Nini pun rasa tertekan jugalah dengan situasi tersebut.

Namun tak dinafikan, keseronokkan di pagi Syawal sering menggamit perasaan. Gelagat si anak buat aku rasa lebih terhibur. Keletahnya berkata-kata menjadikan aku sangat girang. Al-maklumlah, beraya di Kelantan ni 2 tahun sekali sahaja kami rasakan. Ikut sistem bergilir. Alhamdulillah, memang tak ada tandingannya bila meraikan dengan suasana kampung.

Alahai....rindunya kampungku di Perak. Sejak arwah atuk pergi meninggalkan kami 2009, sudah lenyap budaya ke Kg Baharu, Ayer Tawar, Perak dan rumah nenek pun seperti sayup sahaja memandang kami dari kejauhan.

InsyaALLAH, aku tak akan biarkan anak-anakku lupa budaya kampung dan kemeriahannya. Macam mana sekalipun, beraya di Perak dan Kelantan adalah kemestian buat mereka merasai dan terus memupuk budaya ini hingga berzaman-zaman.

Let's photos play the roles, lebih indah bercerita dengan photo kan? 

 
Keluarga bahagia....di pagi Syawal!

Kami bertiga!!! Salam Aidil Fitri...

Senyuman riang di kesibukkan pagi Syawal


Ciuman kasih atuk untuk cucunya


Bermaaf-maafan keafdhalan pagi Syawal

Bersama kekanda iparku yang jelita di pagi Syawal

Ziqry bersama ayahku....

Anak anak perempuan UMI- LOVE!!!

Ladies in the family!!!!!

Siblings yang jelita semuanya!!!!

Pagi raya anak nak bermesra dengan kambing!!! Haiyooooooooo