Assalammualaikum w.b.t
Lamaku sepikan diri, bukan tiada cerita ingin dikongsi namun tidak tercapai jemari menari.
Kesuntukkan masa membataskan waktu
Hingga ceritaku hanyut di dalam hatiku
Ku buka lembaran 2015 dengan kisah sayu
Benar ada airmata yang mengalir
Bukan lakonan semata, bukan....
Bukan terikut-ikut arus perdana, bukan....
Tapi ia lahir dari hati yang ikhlas melalui naluri seorang anak, isteri dan pejuang
Ya....
Aku tidak sehebat Ibu Zain, Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Khadijah Sidek dan ramai srikandi hebat era memerdekakan Malaya
Tapi aku mahu terus berjuang untuk membebaskan bangsaku dari terus dihenyak
Lama aku mengasingkan diri dari bicara tentang politik, atau berbisik-bisik tentang ahli-ahli politik.
Aku hentikan seketika namun tidak melupakannya
Sudah ramai wajah-wajah yang bisa mendukung perjuangan ini
Sudah terlalu ramai juga yang berpusu-pusu menghimpit agar namanya tercatat dalam sejarah perjuangan
Aku lemas dikelilingi semua ini
Biarlah aku menyelinap dari bawah, tidak kelihatan namun bisanya bertubi
10.2.2015
Jiwaku meledak dari membendung segala rasa
Kalau tidak kerana iman dan agamaku
Pasti segala kata nista kuhambur pada sistem kehakiman yang jelas dimanipulasi
Ketenanganku terganggu walau sudah berkali-kali dilanyak
Aku butakan mata pekakkan telinga
Tapi kali ini aku seperti diasak untuk lafaskan kata
Kau diluar sana..
Aku tak peduli kalau kau jelek dengan pandanganku, suka kaulah
Aku tak peduli dengan apa yang berlegar di kotak mindamu, kau simpan aku tak ingin nak tahu
Kalau kau bukan sealiran dengan perjuanganku, itu hakmu
Kalau kau mahu aku tersedar dari lamunanku (kononnya), kau tanamkan sahaja
Aku sudah cukup matang menilai dan mentafsir
Usiaku bukan lagi dikawal minda emosi
Sebaliknya kau perlu kawal emosimu
10.2.2015
Keputusan itu mencalari maruah kehakiman negara tercintaku
Segala bukti ditimbang tara dengan adil (katanya)
Segala tohmahan dan kebenaran itu nyata (kata mereka)
Benarlah susuk tua yang bisa buatkan kekukaciran negara itu jantan durjana
Tak kenal erti haram dan dosa
Melibas lubang yang teraniaya
Sejarah sudah mencatatkannya
Sejarah sudah pahatkan lelaki suci itu teraniaya
Kasihan dia, merana hingga tak keruan jadinya
Ditubi majikan tanpa belas tanpa ihsan
Dan kisah ini diadili seadilnya
Maka terciptalah sejarah LIWAT ini di dada MALAYSIA
Disebalik kisah itu
Ada wajah suram yang menyimpan segala rasa
Dulu.......sudah dihambat pengkhianat negara itu ke lokap (katanya)
Tuduhan bertubi-tubi dihayun tanpa belas
Dihenyak dalam penjara, di racun arsenik (itu semua dirancang si tua)
Lakon layar ini diulang tayang
Generasi berubah cerita yang sama
Tapi.........
Wajah duka tetap sama
Wajah yang menyimpan segala rasa tetap sama
Wajah yang menelan segala keaiban yang dicipta tetap sama
Perasaan anak-anak dijerut
Umpama mereka tidak wujud
Apakah mereka akan terus senyap?
Apaka mereka akan akur dan sopan seperti apa yang terpancar dari raut wajah mereka?
Apakah tidak ada duri yang tertanam dalam dada mereka?
Apakah mereka redha kerana percaya akan pertuduhan ke atas ayahnda mereka?
Apakah mereka tuli jiwa dan hanya mampu bungkam bisu?
JANGAN KAU SANGKA TENANGNYA AIR TIADA NAGA!!!
Aku terkesan
Amat terkesan
SANGAT terkesan
Hanya kerana takutkan suara KERAMATnya
Kau aibkan dia tanpa belas
Hanya kerana takutkan idea dan kepetahan bicaranya
Kau sumbat sekali lagi WIRA itu ke dalam jeriji besi
Hanya itu yang kau mampu...
Kerana dunia di bawah kawalanmu
Hanya itu yang kau mampu...
Kerana dunia di bawah kawalanmu
KAU TUNGGU!!!!!
BANGKITNYA RAKYAT USAH KAU SANGKAL
Bukan kerana terpedaya dakyah WIRA itu!!!
Tapi kerana kesedaran mata yang melihat dari luar tempurung
Menzahirkan terus ke naluri dan sendi
Mara kami mara yang padu
Hingga ke akhir zaman kami menuntut KEADILAN
Demi menegakkan yang benar dan membongkar yang fitnah
Menzahirkan terus ke naluri dan sendi
Mara kami mara yang padu
Hingga ke akhir zaman kami menuntut KEADILAN
Demi menegakkan yang benar dan membongkar yang fitnah
No comments:
Post a Comment