Thursday, May 13, 2010

~SYBIL KATHIGASU tokoh hebat~


Nini sangat terkesan dengan kisah Sybil Karthigasu yang sedang di paparkan di Astro Warna dan Astro Prima (dokumentari) tentang kesetiaan dan kegigihannya membantu sesiapa sahaja ketika abad Jepun cuba menakluki Malaya.

Sybil, seorang wanita berbangsa Eurasian yang berkhidmat sebagai bidan@jururawat terbaik di Ipoh, Perak bersama suaminya Dr Karthigasu menjadi bualan masyarakat di eranya atas keberaniaan dan kecekalan beliau membela nasib bangsa-bangsa Tanah Melayu dengan memberikan bantuan perubatan biarpun kepada kumpulan Anti-Gerila.

Sybil, merupakan penerima tunggal pingat 'George Medal' di atas keberaniannya menyumbang tenaga perkhidmatan perubatan kepada sesiapa sahaja walaupun kumpulan anti-Gerila. Biarpun pengorbanan beliau bukanlah dengan mengangkat senjata namun mereka sedar ia mampu mengancam nyawanya dan suaminya jika perkhidmatan ini dihidu oleh pihak Jepun. Hukuman mati sentiasa mengancam mereka.

Sybil Daly ini dilahirkan pada tahun 1899 dan berkahwin dengan Dr Abdon Clement Khatigasu serta dikurniakan 2 cahaya mata (Olga Karthigasu & Dawn Karthigasu) beserta seorang anak angkat (William Pillay).

Kebolehan Sybil menguasai bahasa Kantonis membantu komunikasi baik antara beliau dengan pesakit yang tergolong daripada semua bangsa di Tanah Melayu terutama Cina, ketika beliau berkhidmat di Papan, Ipoh. Namun atas kebolehannya itu jugalah telah merubah hidupnya menjadi malang setelah kemasukan Jepun ke tanah Melayu.

Kegiatan murninya itu mula di hidu oleh pasukan tentera Jepun namun mereka tidak dapat mencari siapakah yang memberikan bantuan itu kerana dari sumber yang diperolehi, doktor tersebut fasih berbahasa Cina sedangkan Sybil dan suami tidak kelihatan seperti warga Cina apatah lagi bertutur bahasa Cina. Ini tidak mematahkan semangat pihak Jepun untuk terus menjalarkan siasatan mereka. Segala kemungkinan terus diburu hingga akhirnya mereka menahan Sybil dan suaminya, Dr Karthigasu.

Ketika di dalam tahanan, penyiksaan demi penyiksaan digunakan oleh gerila Jepun hanya untuk mendapatkan tandatangan Sybil dan Dr Karthigasu atas kerjasama mereka dengan pihak anti-Jepun ini. Namun Sybil dan Dr Karthigasu tidak mengaku apatah lagi ingin menurunkan tandatangan kerana mereka sedia maklum hukumannya adalah hukuman paling berat iaitu hukuman pancung.

Sepanjang proses penyiksaan, Sybil dan Dr Karthigasu tidak diberikan makan dan minum, dipukul dengan besi panas, kuku mereka dicabut, jarum ditusuk di bawah kuku dan banyak lagi aksi ngeri yang ditujah pada pasangan ini hinggakan jika dilihat dari mata kasar, tidak ada yang sanggup untuk menanggung derita itu hanya semata mata untuk menutup mulut dan berpegang teguh pada janji.

Akhirnya, mereka mengaku juga namun tidak dengan mengatakan 'memberi bantuan kepada pihak gerila Anti-Jepun' sebaliknya 'tidak tahu mereka itu anggota gerila anti-Jepun dan memberikan bantuan kepada sesiapa tidak mengira bangsa'. Atas kenyataan itu, Dr Karthigasu dihadapkan dengan hukuman gantung dan Sybil pula dilepaskan.

Menonton aksi keganasan dan penyiksaan yang dilakonkan semula oleh cucu saudara kepada Sybil sendiri iaitu Elaine Daly di saluran 131 Astro Warna, membuatkan segala bulu bulu roma tegang hingga tak tersanggup menontonnya. Ini baru lakonan semula, bayangkan keadaan asalnya bagaimana?

Namun Sybil yang telah dibebaskan itu meninggal dunia beberapa tahun selepas kejadian tersebut atas penyakit jangkitan rahang. Hari ini kita terlupa untuk kenangkan semangat perjuangan seseorang yang tidak membezakan bangsa walau tahu ia bakal meragut nyawa sendiri.

Ketika ini, masih Nini terbayangkan bagaiman babak babak ngeri yang ditayangkan. Kalian yang tidak melanggan saluran Warna, boleh menyaksikan dokumentari di Astro Prima 105. Atau pada sesiapa yang benar ingin mengetahu kesengsaraan itu, bolehlah mendapatkan buku yang ditulis beliau sendiri untuk tatapan kita bersama.





3 comments:

Melissa Mjb said...

salam kenal,

thanks kak for the info. sgt berguna pada saya since saya tak pernah mengenal Sybil Kathigasu. thanks again.

Marini Kamal said...

thanks coz sudi melayari ruang maya akak :)

emma huzaimah said...

hi. saya emma... ni nombor telefon saya, 017-3997699...im interested to have that sybil book...pls call me...thanks for sharing