Friday, June 27, 2008

~~Ini Akhrinya Segala Gundah Itu~~

Matahari mula memancarkan sinarnya buat insan kerdil sepertiku. Asyik dalam sinaran itu membuatkan aku sering gugup menghadapi sinar lebih terik di hari depan. Kali ini, warkah ini aku tujukan khas buat kamu kekasih! Ya kamu, bukan siapa siapa tapi kamu yang banyak membawa erti kesyukuran dan keredhaan dalam hati ini. Kamu yang sentiasa berikan sebutir sinar setiap hari, kamu yang sentiasa menjadi benteng tatkala ingin rebah dan kamulah yang seringnya mencampakkan rasa kasih selain dari keluargaku.

Aku tewas kali ini, dengan panahan cinta yang kau suntikkan ke dalam tubuh. Kau harus tahu betapa besarnya hatiku ini menerima segala kehadiran baru dalam kelopak jiwaku. Haruskah aku titipkan namamu di sini? Usahlah, biar ia menjadi pertanyaan buat mereka tentang siapa kamu dan mengapa kamu menjadi pengakhir pencarian cinta abadiku.

Bangkitnya aku hari ini lebih kuat dari kejutan cas elektrik yang bisa membunuh sel darah merah. Setiap kali memandang seri wajahmu, aku pastinya rebah dalam tenungan itu. Kau kata mataku lebih tajam menusuk kalbu mu walhal hakikinya aku yang gelana setiap kali mata itu merenung susuk tubuhku. Kau ikhlas dalam lenggok bicara lirikkanmu, kau jujur dalam menyemai benih cinta ke dalam jiwaku dan kau teguh membina benteng kebahagiaan bersamaku.

Dalam derusan angin pantai mengembus rakus, aku benar benar lemas kini di setiap bait bait bicaramu yang menenangkanku. Aku mahu seisi alam bangun dan sedar bahawa aku tidak mati lagi. Kalau dulu, menghitung bintang di langir buat ku lelah, kini usah kata merenung bintang malah aku lebih setia menanti bintang malu hadir menemaniku.

Kugubal warkah ini buatmu, kerna dari kata kata, aku hanya bisa mencambah benih cinta padamu. Marilah kasih, bersama meredah dan berdoa pada DIA agar impianmu menyunting kegadisanku mendapat restu Izin DariNYA. Kau usah gentar dengan kata kata mereka, rusuhan hati mereka bukan untuk menyulitkan antara kamu dan aku. Tangisan piluku sering kau sapu dengan salju jemarimu.

Sayang, bicara ini mungkin kosong bagimu tapi impian itu besar padaku. Terima kasih kerana membasuh segala noda hitam dalam gering tubuh ini. Kita bakal melangkah ke alam baru tidak lama lagi dan kau akan menjadi pembimbing sejati. Aku pula akan sentiasa menjadi Isteri yang Solehah buatmu. InsyaALLAH...

Sebentar lagi akan kau miliki seluruh jiwaku, tidak lama lagi kau akan menatap wajahku siang dan malam. Bimbang juga hati ini kerna bulan pasti merajuk dan tersembunyi di balik pekat awan malam. Aku tahu bulan tak rela melepaskan kekasih hatinya disunting tapi BULAN, kau tetap dalam bunga bunga cinta yang ku ada.

Di sini aku berhenti, ingin kukhabarkan segalanya bahawa aku tak sabar menanti kehadiranmu dalam hidupkan atas tiket perkahwinan. Kita sama berdoa dan selebihnya pulangkan pada yang ESA untuk menentukan perjalanan ini.

Terima kasih sayang, terima kasih kerana sudi menerima insan naif sepertiku.


10 comments:

azarazara said...

argkkkkk.....

shoe-addict-mom said...

errm, mcm ku kenal muka ini, tapi di mana ya?? hihihihihihihihi

CITRAMAYA said...

Wahai sahabatku..

Aku sentiasa mendoakan agar jalanmu sentiasa dipermudahkan, segala kebahagian yang kau inginkan akan ku iringi dengan doa tulusku. Tersenyum aku bila melihat akhirnya kau menemui cintamu yang sejati. Ku harapkan kau bisa menjadi lebih tabah dan kuat untuk melalui sesuatu yang baru nanti di dalam kehidupan.

Orang2 yang diuji Tuhan itu adalah orang yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dariNYA. Semoga hari itu akan tiba bersama senyuman dan gelak tawa mu. Ianya sesuatu kesyukuran yang tidak terhingga pada Tuhan.

Moga kau berbahagia hendaknya..

asma said...

Knp saudara azarazara n saudari shoe-addict-mom, jgnla cemburu, cari kebahagian kamu nescaya kan dtg menemui dalam sedikit waktu. Ada apa dengan cinta? pertemuan itu singkat sahaja, hargai dan limpahi, selagi tidak kamu sesali..

asma said...
This comment has been removed by the author.
azarazara said...

Kepada suadara / saudari asma

Apa jenis kitab lah ko baca ni sehingga mampu menyatakan kami ni cemburu...
hampeh betul....kebahagian kami dah lama datang ler...

sorry marini / sorry ki....
kita org tumpang gumbira jer hheheheh. asma ni memandai-mandai lak wat bacaan ntah apa2 ntah kat kami berdua... hempeh sekali lagi untuk asma

shoe-addict-mom said...

tu la marini.. jgn salah anggap. kami tak cemburu pun, GUMBIRA lagi ada la.. hehehehe ;)

reformasi_girl said...

huhuu

to my dear sister "shoe addict mum", alhamdulillah kerana mendoakan kebahagiaan kami ;)

buat en azarazara....hik hik hik statement bulih membunuh tu :D

to my love asma, pray to GOD!

citramaya temanku, doa dan harapanmu akan menjadi benteng perjalanan hidup ini. muahssss

asma said...

he3, mungkin kitabku tak setebal kitab yg azarazara baca, mungkin.
takpe sama2 kita cari bahagia, fid dunya wal akhirah, amin..

reformasi_girl said...

mari kita minta azarazara kongsi kitabnya :D